HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Nov 29, 2012

Resepi Durian Crepe



! Assalamualaikum !

Adakah sekarang ini fenomena Durian Crepe ?? sana sini orang dok sibuk bercerita mengenai durian crepe. Yana tercari-cari juga di sekitar pasaraya Melaka. Tetapi seringkali hampa. Bila orang dok cerita mengenai durian crepe, Yana hanya mampu berfantasi sampai meleleh air liur ... erkk tipu jerk. hehehh

So yana ambil inisiatif lain iaitu mencari resepi melalui incik google ler ...... usha baik punya... Bermacam-macam resepi dan teknik untuk menghasilkan durian crepe. Akhirnya yana jumpa resepi durian crepe yang senang dan sempoi pada fikiran yana lah. Terima kasih incik google.

> Jom cikidup - Resepi Durian Crepe<

resepi durian crepe
Pinjam dari incik Google


BAHAN - BAHAN

Kulit Pancake:
  1. 250 gm tepung gandum
  2. 3 biji telur
  3. 500ml santan
  4. ½ sudu teh garam
  5. 1 sudu teh asen vanila
  6. Pewarna hijau / kuning
Bahan Inti:
  1. Non-dairy Whipping cream + gula (manis ikut citarasa masing2)
  2. Isi durian 



CARA - CARA  

Kulit: 
  1. Blend semua bahan
  2. Tapiskan
  3. Buat dadar (Tidak perlu diterbalikkan)


Inti: 
  1. Pukul non-dairy Whipping Cream dan gula sehingga menjadi cream/kental
  2. Isi durian dilumat kasar
Pancake Durian: 
  1. Ambil sehelai kulit pancake, letakkan whipcream
  2. Kemudian letakkan isi durian diatasnya.
  3. Lipat dan simpan dalam peti sejuk 1-2 jam.

# ---------------------------------------------- #

~~ Lepas nie boleh ler meniaga kat Melaka ..... lalallaaaaa 








Maut Ditimpa Durian



! Assalamualaikum !

Jika durian ada bau tetapi malang memang tidak berbau. 
Terkejut dengan berita pagi ini yang melibatkan nyawa seorang bayi yang berusia sebulan maut ditimpa raja buah, iaitu Durian.

durian

Muhd. Yusuf Zainal, bayi lelaki yang berusia sebulan maut apabila ditimpa sebiji durian seberat dua kilogram yang luruh ketika berada dalam dukungan ibunya di belakang rumah sewa mereka di Kampung Badak Mati, Jawi, dekat sini kelmarin.

Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Bakap (HSB) pada pukul 5 petang akibat kecederaan parah di kepala.

Kejadian tersebut berlaku apabila buah durian kampung tersebut luruh dari sebatang pokok setinggi 13 meter yang tumbuh bersebelahan dengan ampaian tempat ibu mangsa, Samimi Kasmin, 40-an, menjemur pakaian.

Samimi Kasmin merupakan seorang warga Indonesia manakala suaminya, Zainal Abedin, 46, merupakan rakyat Bangladesh dan bekerja sebagai buruh binaan di Permatang Tinggi.

Sumber : DISIni

Sesungguhnya ajal itu ditangan pencipta ~




Timbang Berat Blog


! Assalamualaikum !

speed test
Klik utk ke Website

Copy > Paste > URL Blog kedalam box > Check

Rentetan (Cehhh....) dari persalinan template baru di blog nie. Yana pun nak tahulah kelajuan / berat blog yana. So cuba lihat gambar diatas. Korang rasa ok tak?

Bagi sesiapa yang nak tahu kelajuan / berat blog (Timbang berat blog). Kalian boleh klik gambar diatas untuk Timbang berat blog.

Kalau agak-agak blog korang lambat loading kenelah cecepat cari penyelesaian








PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...