! Assalamualaikum !
Jika durian ada bau tetapi malang memang tidak berbau.
Terkejut dengan berita pagi ini yang melibatkan nyawa seorang bayi yang berusia sebulan maut ditimpa raja buah, iaitu Durian.
Muhd.
Yusuf Zainal, bayi lelaki yang berusia sebulan maut apabila ditimpa sebiji
durian seberat dua kilogram yang luruh ketika berada dalam dukungan ibunya di
belakang rumah sewa mereka di Kampung Badak Mati, Jawi, dekat sini kelmarin.
Beliau
disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Bakap (HSB) pada pukul 5 petang
akibat kecederaan parah di kepala.
Kejadian
tersebut berlaku apabila buah durian kampung tersebut luruh dari sebatang pokok
setinggi 13 meter yang tumbuh bersebelahan dengan ampaian tempat ibu mangsa,
Samimi Kasmin, 40-an, menjemur pakaian.
Samimi
Kasmin merupakan seorang warga Indonesia manakala suaminya, Zainal Abedin,
46, merupakan rakyat Bangladesh dan bekerja sebagai buruh binaan di Permatang
Tinggi.
Sumber : DISIni
Sesungguhnya ajal itu ditangan pencipta ~




