! Assalamualaikum !
Selamat pagi Jumaat semua ..... Pagi nie yana nak cerita mengenai makanan.
Siapa yang pernah datang Melaka or owang Melaka ... Sila mengaku cepat !! hehehhh
Di Melaka nie bukan sahaja terkenal dengan bangunan bersejarahnya. Tetapi makanan pun banyak yang popular kat Melaka nie. Ok hari nie yana nak cerita Mengenai Mee Hassan.
Kedai Mee Hassan nie terletak di Tengkera, Melaka. Tak tahu ?? try google map. hehehh Selalu yana pergi makan kat kedai Mee Hassan nie time weekend. Orang punyalah ramai .... Sedap ke?? mestilah sedap ..... kadang-kadang sampai tak cukup meja tau.
Hidangan tue pulak kita boleh pilih nak campur dengan mee apa. Macam dalam gambar dibawah nie. Pastu minuman dengan air mata kucing. Wahhh ... terasa kat tekak nie.

Mee Hassan ini adalah mee sup ... orang kat sini panggil mee hassan jerk. Lagi femes panggil mee hassan, Tengkera. Untuk menambah kesedapan mee ini semasa makan. Bolehlah tambah "kicap cair" dan "lada sula". Memang sedap hingga nak tambah lagi. hehehhh
Kalau datang ke Melaka jangan lupa merasa makanan nie tau. Rugi kalau tak cuba ......



