! Assalamualaikum !
Selamat pagi isnin semua ... harap semua sihat sejahtera selepas bercuti. Jangan Monday BluessSss sangat ek .... Pagi nie nak cerita kisah projek weekend yana yang lepas.
Hari sabtu yang lepas telah berlangsungnya majlis konvokesyen untuk kanak-kanak sekolah tadika. Wahhh budak sekolah tadika sekarang pun dah boleh merasa konvo kan. hehehhh
Projek yana pada majlis tersebut adalah menjual Bunga ... !! yes Bunga, yang sinonim dengan mana-mana majlis konvo di University @ Kolej. Nie adalah projek mak mertua yana. Yana dan suami masuk dalam team projek nie sekali lah. Tolong mak mertua jual ....




Alhamdulillah ... memang mendapat sambutan dari ibu bapa. Mungkin untuk dijadikan kenangan untuk anak-anak mereka. Beli bunga dan ambil gambar .... macam model cilik diatas. Insyallah ... selepas raya haji ada lagi sekolah tadika yang akan "konvo".... so projek ON.