! Assalamualaikum !
Petang semalam tetiba teringin sangat nak makan Spaghetti. On the way balik dari kerja terus shot pergi Tesco Cheng. Beli bahan-bahan untuk membuat Spaghetti resepi sendiri. Resepi campak dan lebur ... heheh
Buat sendiri lagi jimat. Boleh makan seisi keluarga. Kalau makan kat restoran mau melayang duit tah berapa. Pastu dapat makan sepinggan saja. Memang tak kenyang. Kalau buat sendiri boleh tambah-tambah.
Resepi nie ikut suka yana tau. Tapi memang sedap ... rasa Spaghetti lah. Kalau korang nak cuba buat boleh jugak.
Bahan-bahan :-
- Spaghetti kering
- Minyak zaitun (minyak masak pun boleh)
- Bawang putih, cincang halus
- Bawang bombay kecil, cincang halus
- Daging kisar (Ramly)
- Meatball
- Sos Prego (mushroom)
- Cendawan butang (ayam brand)
- Garam
- Black Pepper powder
|
antara bahan-bahan |
Caranya:-
- Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan sedikit garam untuk merebus Spaghetti sehingga kembang.
- Toskan Spaghetti yang telah kembang. Masukkan Spaghetti kedalam mangkuk berisi air dan ais (air sejuk). Rendam sehingga Spaghetti tersebut sejuk. (untuk mengelakkan Spaghetti melekat)
- Panaskan minyak. Tumis bawang Putih & bawang bombay sehingga naik bau (bukan hangus ea)
- Masukkan daging kisar & meatball. Goreng / Biarkan sehingga empuk.
- Masukkan Sos prego, cendawan butang, balack pepper, garam secukup rasa
- Masukkan sedikit air jika tidak mahu terlalu pekat.
- Masak sehingga rasanya sedap..heheh
----------------------------------------------------------------------
Tadaaaaaaaaaaa .... Hasilnya
*** tak sempat ambil gambar masa masak sebab tak sabar nak makan .... heheh Selamat mencuba
Spaghetti meatball + mushroom