! Assalamualaikum !
Hari nie yana nak review mengenai produk penjagaan wajah. Tak pernah pun review segala bagai produk. Tetapi hari nie saja tergedix nak review sikit mengenai produk penjagaan wajah "Safi Rani Gold". Weekend hari tue pergi shopping, satu set safi rania gold. Yana beli di Mydin Mall Melaka. Memang berbaloi-baloi harganya.
Sebelum ini yana menggunakan produk penjagaan wajah dari safi juga. Iaitu "Safi Balqis Perfect 10". So far memang ok.
sumber google .. *tak smpt snap gmbr produk sdr :) |
Tetapi bila usia dah memasuki peringkat "dewasa", yana perlu bertukar pada set penjagaan wajah yang seimbang dengan perubahan usia ini. Tak tua lagi tau...cuma umur jerk yang meningkat. heheh Untuk pengetahuan, kulit wajah yana berminyak dan kering. takdalah licin bak sutera tue. Adalah jugak bekas jerawat.
Set Safi Rania Gold |
So far memang tak terasa apa-apa alahan bila mula-mula start pakai produk nie. Terasa kulit memang soft jerk. Lagi pula produk ini bebas kimia. Rangkaian produk penjagaan kulit esklusif dari SAFI ini turut diperkaya dengan protein mutiara serta Vitamin B3 untuk mencerah, memulihkan kesegaran dan seri wajah sambil memperkuat struktur kulit.
Pencuci muka Safi Rania Gold nie didatangkan dalam dua jenis. Satu Gel, satu dengan pelembab. Tapi yana pakai yang biasa dulu. Serum Safi Rania Gold pula mengandungi nano emas 24k serta vitamin yang
diperlukan untuk menyerikan rona wajah dan mengurangkan kedutan. Serum ini cepat menyerap kedalam kulit wajah. Toner dia pun
berkesan menanggal daki dan kulit mati di wajah.
Pencuci muka <> Serum <> Toner |
Krim pelembab siangnya pula memang best. Sebab tidak berminyak. Ianya juga adalah untuk mengelakkan kesan buruk dari sinar UVA dan UVB matahari.
Krim Pelembab siang |
Gambar dibawah ini pula adalah BB krim. Terdapat dua jenis krim kecantikan. Satu jenis krim, dan satu lagi dalam bentuk cecair. Yana pilih untuk pakai BB krim jenis cecair. Sebab kulit yana kadang kala kering. So bila yana guna yang cecair punya. Kesannya memang nyata memuaskan. bintik hitam kesan jerawat memang tak nampak. Lagi pun ia tidak berminyak. Terasa kulit soft jerk.
BB Krim / Krim kecantikan |
Apa yang penting bukan harga sesebuah produk itu. Tapi kesan yang kita dapat apabila menggunakannya. Biarlah murah asalkan kene dengan kulit wajah kita. Berbaloi-baloi .... SAFI RANIA GOLD ... lepas nie boleh ler jadi mcm cik Ta ... sentiasa muda remaja. OpsSsss