! Assalamualaikum !
Salam sejahtera kawan maya semua ... sihat? harap semua sihat walafiat *mcm mukadimah surat cinta pulak ... heheh Hari nie isnin kan .. Tapi yana bukan nak cerita pasal Monday BluesS .. sebab memang hari-hari dah bluesS.
Jumaat lepas yana cuti kerja. Ambil cuti dari company *saja nak mention. Yana dengan incik hubby nak settle kan tentang pembelian rumah pertama kami. Yana takda lah mampu untuk beli rumah berharga ratus ribu.
Adalah dalam tiga buah bank yana pergi. Saja nak riki2 kadar faedah segala bagai. Paling tak sangkanya ... Ada sebuah bank yang Ada nama islam iaitu Bank **L*m... korang fikir lah sendiri tau. Dia tanya harga rumah yang yana nak beli tue. Bila dengar jerk harga bawah seratus ribu. Terus dia cakap. Kami tak beri pinjaman pada rumah yang berharga bawah dari seratus ribu !! Pehhh .. punyalah kerekkk dia cakap. Habis tue kami yang berpendapatan rendah nie nak kene beli rumah ratus ribu boleh lepas ke loan ??
Nak beli rumah mahal susah ... Nak beli rumah murah pun susah. Yang kaya terus kaya. Yang miskin / kurang mampu makin tertindas. Apa yang yana dapat lihat sekarang ini. Golongan yang berkemampuan, mereka suka beli rumah yang dilelong @ pemilik tak mampu bayar lagi. Bila dah dapat beli. Mereka renovate sikit-sikit. LEpas tue akan jual dengan harga dua kali ganda dari harga yang mereka dapat beli. Dari situ mereka akan mendapat keuntungan atas angin sahaja.
Kehidupan sekarang ini memang makin mencabar. Pendapatan yang diperoleh tidak seimbang dengan keperluan seperti rumah. Rumah bukan kehendak ... tetapi ianya adalah keperluan. Kerajaan perlu buat sesuatu dengan harga rumah sekarang nie Yang bagi yana memang tak masuk akal.
/ SeKiaN /
Skim Rumah Pertamaku seperti angin lalu