Hai semua .. siapa yang berpuasa hari nie .... angkat tangan anda. korang puasa ganti kew puasa sunat?? hehehe hari nie yana puasa. tapi puasa ganti ler .... suka last minit tau. huhuh hari nie yana baru nk ganti puasa. syukur dipanjangkan umur untuk menunaikanya. mintak-mintak lepas nie tak last minit lagi.
Sekarangkan boleh puasa sunat bulan rejab. siapa yang nak tambah pahala, nie lah masanya k. Dulu tyme mude remaja. tak pandai cari cik google nie. yana ingat boleh gabungkan puasa ganti dengan puasa sunat. tapi rupanya tak BOLEH tau. TIDAK BOLEH. Korang boleh cari kat google kalau nak keterangan lanjut tau.
Kesimpulan
Elok jika tidak digabungkan dan elok didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal).Tetapi ada juga pendapat ulama’ yang mengatakan elok didahulukan puasa sunat Syawal.
Sementara di sana ada pandangan yang boleh dianggap sebagai rukhsah/keringanan bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa ulama’ lain.
Wallahu ‘Aklam.
إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة .......
Niat Puasa Ganti
نويتصومغدعنقضاءفرضرمضانللهتعالى
"Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala"
Bosannya hari nie. Yana cuti dari hari jumaat lepas sampai isnin semalam. Hari nie masuk kerja lemah lemau .. segala macam ler ... tue lah cuti lame sangat. tapi bukan selalu dapat bercuti. Cuti tahun lepas pon tak habis lagi tau. bayangkannn.... hehehe (belagak)
Hari nie nak ajak kawan2 blogger join FB FanPage Yana ... tak tahu katmana nak LIKE ??? senang jerk .. korang scroll entry yana nie blah bawahhhhhh skali tue. korang nampak macam gambar bawah nie. korang klik jerk kat ctu k ...
Makngah kangen sangat sama kamo .. muaxx dah 2minggu makngah xjupe budak comey nie tau!! ginduuuu .. amboi org cuti sekolah dia pon bercuti ek .. macam dia pulak yg bersekolah ... hehehe
Apa yg yana membebel kat atas nie ek .. kikiki yang sebenarnya yana rindu sangat ngan anak buah yana yang sorg nie ... yana baru ada sorng anak buah. anak akk yana. mak dia bekerja. so time mak dia kerja. dia duduk rumah mak. mak yang jaga. tetiap hari mmg jupe dia. tue yang rindu selalu.
sekarang nie mak ke rumah adik yg sarat mengadung. tunggu masa jerk bersalin. due dia 14hb nie. doa2 kan adik yana selamat dan dipermudahkan dia bersalin ek... mak yana ke sana. so haziq nie pon mak terpaksa bawaklh. kalau tak siapa nak jaga tyme mak dia pergi kerja.
Nama dia Muhamad Danish Haziq .. salalu pggl haziq jerk. haziq nie lahir pada 01.09.2011. malam raya tahun lepas mak dia kene masuk wad. so merasa lah dak haziq nie rendang lemang segala bagai juadah raya ler thn lepas. yelh tyme tue ada lagi dalam perut ibu dia... hehehh
haziq nie cerdik tau ... sekarang belum setahun umur dia. baru 09bulan. tapi keletah semcm. aktif jerk .. badan tak lembik mcm baby biasa. tah apa nenek dia bagi makan... hehehe nnt entry lain yana upload video dia k .. sekarang kenal2lh ngn dak ucuk nie ... syg haziq. muaxxx
Hari nie banyak sangat yg yana nak tnya lh .. hari persoalan sedunia YaNa ... hahahakk Yana ada submit artikel kat Ping Busuk. tapi thumbnail tak boleh keluar. sebab2 dia seperti dibawah nie...
antara sebab-sebab tiada thumbnail :
1. sebab entry feed memang tiada langsung gambar
2. sebab anda tidak upload gambar, anda copy image link dari site lain
3. feed limitation.. contohnya anda membuat tetapan di feedburner untuk tidak
display image pada feed.
4. masalah pada layout template anda (maybe)
try and error :
1. sekiranya anda menggunakan feedburner, cuba pakai default feed yang asal
2. check rss feed atau atom feed anda secara manual
3. post link anda pada facebook, ada keluar thumbnail tak? kalau ada........
tandanya busuk.org yang bermasalah..
pengguna wordpress :
1. perlu enable thumbnail pada feed kerana by default feed wordpress memang
tiada image..
link : http://www.derekshirk.com/add-wordpress-post-thumbnails-to-your-rss-feed/
Yana baru lagikkkk ... so tak faham ler apa yang dia cakp tue ... sesapa boleh explain kat yana ??? plz ^^
Hai semua .. yana ada masalah ler .. harap korg2 dpt membantu ea.. yana baru guna samsung galaxy tab. beli pon sbb nak memudahkan yana ber'blog kew etc. tapi masalah sekarang nie. yana nk upload gambar or video ke pc, tp USB dia tak boleh detect lh... file kosong. kenapa ek??? ada sesapa tau tak?? ke yana yang tak pandai guna .. (nmpk sgt buta software) hukhuk ... ermmm Tolong .. tolong ... tolongggg
suami : dulu tyme couple abis dililit kepala .. segala bagai pin ditenyeh kat kepala tue. sekarang ke mana-mana pakai tudung sarung jerk ekkk.
isteri : dulu tyme couple lain .. sekarang kecantikkan saya untuk sayang sorang jerk .. (cantik kew .. haxhax jawapan selamat)
suami : pakai jerk lah apa pun janji tutup aurat ... ea dak
isteri : tau xpew ..... muaxxx
Sekarang nie segala bagai fesyen tudung kita boleh tengokkn ... dulu sebelum kahwin yana rajin ler lilit segala bagai. tapi selepas kahwin nie malas bebenau .. yana suka pakai tudung yang simple sarung jerk. sebenarnya mengikut keselesaan kita jgk. kalau tak selesa dah jdik mcm robot plak bila berjln .. hehehE peace yay
Petang yg lemau nie yana join segmen lagikk...yeah!! dah baca tajuk entry mesti tau kan .. heheh yana join segmen nie sbb follower blog yana baru 68 org. sedih kan tengok no tue ... haxhax :(
jom join tambah follower. tapi blog yang bawah 500 follower jerk k. klik jerk gmbr atas tue. muax
Mentor 6 .. yeah! siapa layan mentor malam tadi .. sila angkat kening! hikhik malam tadi yana terlayan pulok mentor 6 nie. tapi so far okies lah. suara suma mantop2. cayalah.
Malam tadi merupakan peringkat separuh akhir untuk mentor 6 yang menyaksikan Anas,Caroline dan Zatul layak ke peringkat akhir pada minggu depan. jangan lupa... MINGGU DEPAN k. sama-sama kita nantikan siapakah bakal juara mentor musim ke 6 ini.
sesiapa yang terlepas menyaksikan mentor separuh akhir malam tadi boleh saksikan semula Konsert Separuh Akhir itu di TonTon -http://bit.ly/mentor6-ep13
hai ollz .. mcmane hari cuti kamo2 hari nie? terisi tak? ke lebih selesa duduk rumah jerk.. Semalam yana rasa letih sangat. bukan sebab penat. tapi mungkin sebab cuaca panas sangat kot.. ditambah dengan kesesakan lalu lintas. mungkin disebabkan cuti sekolah. ramai yang datang bercuti di melaka nie.
Yana ke hospital, melawat atok suami yang sedang sakit. atok ditempatkan di ICU. 2 orang jerk dibenarkan masuk dalam satu masa. tue pon sekejap jerk dapat tengok. serius jugak atok. sudah 3 kali pembedahan dijalankan. kaki sebelah kanan atok terpaksa dipotong sehingga ke paras peha. kesian yana tengok. lebih 4 bulan atok menjadi penghuni di hospital.
Masa untuk melawat tghari 1jam jer. nak cari parking punyalah susah. berapa kali pusing baru dapat. kalaulah tempat-tempat macam nie disediakan kawasan parking yang luas.. kan bagus, ea dak..
Yana minta jasa baik kalian mendoakan kesejahteraan atok suami yana k. moga dipermudahkan segalanya. jika ditakdirkan tiada harapan, biarlah dia pergi dari terseksa seperti sekarang nie. Amin ...
Hai ollz ... macam mana hari kamu sekalian hari ini? good? not good? hikhik apa yang yana merepek nie!! (tlg abaikan jerk). korang2 perasan tak apa yang telah terjadik kat blog yana nie ??? haxhax ini lah hasil tangan gatal yana!! bertukaqqqqq .. adoi !! kalau korang perasan mmg totally berbeza dari sebelum nie. mintak pendapat kamu sekalian ..... macamane blog yana sekarang nie. kalau malaz nak komen .. tick jerk box kat bawah tue tau .... hehehe thnxxxxx
Di kedai emas, ada seorang perempuan terkentut ketika menonggeng melihat cincin. Dia tersipu-sipu malu dan melihat sekeliling dan perasan ada promoter dekat belakangnya...
Promoter tu tanya la "Boleh saya bantu?"
Perempuan tu anggap promoter itu tak dengar la yang dia kentut jadi dia jawab "Berapa harga cincin ini?".
Promoter tu jawab, "Kalau tengok pun Puan boleh terkentut, saya pasti Puan akan terberak bila tau harganya".
haxhaxhax
moral of the story ---> jgn sangka semua org pekak badak .... ^^
semlm yana telah di invite oleh tuan rumah untuk serta segmen nie. nasib baik tak banyak syarat .. hehe asyik join segmen jerk yana nie !! (ada haku kesah .. lalalala ) hehhe
siapa2 yang "newbie" jerk boleh join tau ... jom klik banner cute atas tue k!!
Note:
Segmen ditutup apabila Blogger yang mendaftarkan diri seramai 50 orang
Bloglist anda kekal selama seminggu dari tarikh segmen ditutup
hari nie yana tukar header baru ... yeahhh. cantik tak header baru yana tue?? (kene ckp cantik jgk k) hehehe malam tadi dgn buat muka comey mintak tolong hubby buatkan header cantik tue. yelah yana mana tau nk guna photoshop .... tangan mcm kayu. hehehe nasib baik incik hubby sporting (mmg slalu pon). thnx a lots. lain kali buatkan lagi ea .... muaxxxxxx
Arghhh ... boringnye ari nieh!!! keje sume dh siap (siap kew??) sampai tak tahu nak buat apa. selalu petang2 macam nie bos dah takda. so boleh ler senam mulut cikit. hari nie bos ada pulak ... nak ngulor lebih2 macam selalu tak boleh lerrr .... hehehe
semalam kwn baik yana komen pasal blog yana nie. dia cakap background yana tak cantik. sakit mata nak tengok. so yana tukar ler apa yang patut. sambil2 tue gatal tambah apa yang rasa patut (tp tak ptt pon) saja nk tambah perasa dalam blog nie. tapi makin yana nak buat lagi cantik .... makin semak pulak yana tengok blog nie. ermmm .... last2 jadiklh mcm sekarang nie. dah malas pulak nk usik2. internet pulak lembab macam siput @$%* petang nie. sakit hati pulak. sabo jerk lh. apa2 pon hari nie yana mmg BoRiNg. SeKiaN ~
Mengantoknye... pagi nie. heheh malam tadi g dating ngn hubby. Tengok wayang midnite punye .. mmg ler ngntok.. ktorg layan cite the battleships. pehHh.. mmg gempak habis ler.. Yana mmg minat tgk cite2 mcm nie. klu jiwang2 tue ngantok ckit ler nk layan. klu nk layan pon tggu keluar kat tv kew... heheh
Dah basi ler cite nie .... (suka ati ler) sebenar cite nie dh lebih dari 2 minggu kat pawagam. tapi baru berkesempatan tgk mlm td. tue pon sebab nk gunakan tiket free. korang2 yg nak daptkn tiket free setahun sekali. Daftar ler kat GSC. Korg akan dapat satu tiket free bila tiba hari lahir korg. Benda free kite perlulh support... kn..kn :) Jom review ckit cite nie ...
WoW tajuk tak tahan .. heheh tapi dua tiga menjak nie hati yana kadang-kadang terusik jugak. bila bukak facebook. kwn2 post pasal pregnant, baby ... hurmm jelez? sedih? mmg lah!! tapi yana takde ler smpai meroyan marah-marah. mungkin takda rezeki yana buat masa nie. sesungguhnya Allah maha mengetahui. kalau yg belum tahu yana pernah cite pasal 1st tyme pregnant --> disini . bulan 3 lepas yana keguguran masa usia kandungan 10minggu. sesungguhnya yana n hubby redha. moga-moga kami diberi peluang n rezeki lagi ...
.... AMin ...
Allah menyebut di dalam firmanNya, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.", surah Al-Baqarah ayat 216.
1st time yana nk try join kontes kat blog. saja suka-suka. lagi pon yana lahir bulan Mei jgk. nk support apa salahnya. selamat hari lahir mokcik n happy anniversary ^^.
korng2 jom lh join...klik jerk banner kat atas k.. thnxx
PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri