HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Sep 18, 2012

Sport Ring Jentera Baru


Assalamualaikum .. Salam sejahtera

Ada yang masih bercuti lagi ke ... Yuhuuu terasa macam hari isnin pulak hari nie kan ... alasan betul. Dah dapat cuti lama pun ... susah. heheh mula lah penyakit malas datang. Entry hari nie saja nak story pasal weekend hari tue. Cer tengok gambar- gambar kat bawah nie.


Weekend hari tue yana tak dapat jalan jauh .. banyak jemputan kahwin dengan rumah terbuka. Yelah kan last syawal. So ramai ler yang buat Open House. Kenyang jerk perut kami. Tak perlu masak kat rumah. heheh


Apa tunjuk gambar sportRing plak nie .... heheh cuti hari tue yana follow incik hubby ke kedai sport Ring. Nak cuci-cuci mata. Tetiba dah rambang mata pulak. Sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Ikut mata yana yang rambang nie. Yana nak pilih warna Oren. Incik Hubby nak warna merah pulak. Last2 kami pilih warna putih. Apa pun tak boleh ... heheh


sempat lagi yana snap gambar..heheh

Lama jugak nak tunggu siap pasang tah apa-apa lagi ler. Bosan pulak rasanya. Baik g shopping baju, tak ler bosan... Apa lagi yana snap ler gambar apa yang patut. 


Inilah jentera baru yana yang yana tunggu hari tue. (baca sini)  .... akhirnya dapat jugak. selalu yana bawa kenari, kecik. Sekarang terasa macam bawak lori pulak.. heheh

Okies lah nak sambung kerja ... Selamat Bekerja kawan-kawanhttp://matcuoi.com 



Sep 15, 2012

Harapan menggunung :-)



Tadi balik rumah, mak cakap ada surat cinta untuk yana. Sambil buat muka kompius terus g cari surat yang dimaksudkan.

Alhamdulillah... surat dari SPA lah. Buka surat cepat-CEPAT. Gelojoh tol dak yana .... kikiki Alamak.... PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT. Erm... hurm.... aku pernah apply ke jawatan nie! heheh 

Kene study maut nie! sesiapa yang pernah ambil periksa untuk jawatan nie? tolong lah yana.. bagi tips sikit... heheh

Mintak-mintak ada rezeki yana. Aamiin ...



Sep 14, 2012

Fail 2 login



Assalamualaikum ... Selamat pagi

Korang-korang .... korang boleh masuk account nuffanng tak? yana dari semalam tak dapat nak masuk lah ... kenapa ek ?? 

Nuffang nak bagi BonuSss besaw kot .... kahkah


Sep 13, 2012

Penyelesaian Masalah Zip ^^



Sumber google


Dah tengok gambar diatas ?? mesti dah tahu ceritanya kan .. heheh
Bagi sesiapa yang selalu menghadapi masalah zip seluar jeans korang tue ... hahhhh gambar kat atas adalah penyelesaiannya ...  Syssssss nie rahsia tauuuu

Buat malu jerk kalau tetiba orang dok gelakkan kita ... tapi kita nie wat tak tahu, sebab tak perasan tempat rahsia kita tak tertutup ... heheh


8th GiveAway (GA) - By Umiyumi2


Assalamualaikum

Tadi jenjalan kat blog kengkawan blogger terjumpa Giveaway nie. Nampak kuali/wok Tefal bersaiz 28cm tue trusss tersangkut untuk men join kn diri. Mana tahu untung-untung menang dapat ler masakkn telur goreng yang cantik (sebab tak melekat) untuk cik somi. heheh berangan jerk lebih ... 

tepek besar-besar kasi ada Ong .. kikiki


So pada sesiapa yang berminat untuk menang .. klik jerk gambar kuali/wok Tefal tue untuk terus ke link Giveaway tersebut.

Dateline : jam 12 tgh malam pada 25 September 2012



Terima Kasih #sign


Assalamualaikum

Apa itu Sahabat ? kawan ? rakan ?


Yana ada sorang kawan nie tau .. sebelum masing-masing berkahwin, kami selalu story mory sesama. Tukar pendapat, share cerita. Kira close jugaklah.

Tapi selepas kami berkahwin. Macam dah terputus persahabatan kami. Rasa terpinggir sangat. Yana selalu akan jadi orang ke dua, atau terakhir dalam pemikiran dia berbanding kawan yang lain. Selalu  on9 yana yang kene tegur dia dulu, baru dia akan perasan kewujudan yana.

Tak tahu lah kenapa. Rasa jauh sangat dari dia. Yana bukan mintak lebih pun ... yana tahulah dia suami orang. Tapi sebelum berkahwin pun kami tahu batas pergaulan kami yang lain jantina nie.

hurmmmmmm



Sekarang nie pun yana cuba menjauhkan diri dari dia. Mungkin dia dah ada ramai kawan baru. Takpelah .. yana pun dah ada tempat mengadu paling dekat. Yeah my lovely Hubby http://matcuoi.com 



Sep 12, 2012

Pinjaman Perumahan


Assalamualaikum

Owhhh rumah ... saat nie memang blur habis. Susahnya nak beli rumah !! dah lah yana sepatah haram pon tak tahu mengenai loan rumah. Tadi ada lah pergi dua bijik bank dekat-dekat area sini. Tapi yana masih blur lagik. kalau boleh nak lah buat pinjaman tetap... taknak lah yang guna BLR segala macam tue. Bukan nak beli rumah mahal pun ... hukhuk

Ada sesiapa boleh cadangkan bank apa yang bagus untuk yana buat pinjaman perumahan ??





Sharing #


! Assalamualaikum !



amin ya robal alamin



Sep 11, 2012

Jom Naikkan Trafik Blog!




Okeh pagi nie yana nak join segmen dari blog Bicara Mak Dara 

Blog yana nie dah lama wujud iaitu dari tahun 2010. Tapi yana baru start serius pada bulan april lepas. Itu pun sebab baru tahu kelebihan ber"blog nie.

Blog yana simple ... lebih pada luahan rasa yana. Story mory tentang kehidupan semasa yana dan dunia.

Jom kita follow follow .. boleh tambah kenalan dan story


Tarikh tutup segmen ini ialah pada pukul 6 petang




Takda Tajuk



Assalamualaikum ... selamat pagi

Mengantuk sungguh yana pagi ini. hurmmm ... Yelah hari ini baru naik kerja. Semalam tercuti emergency pulak. erk boleh pulak ... heheh 

Semalam ada urusan dengan bank dan JPJ ... nak settle kan sedikit perkara. Tak sabar rasanya nak selesaikan perkara ini secepat mungkin. Yelah dari sebelum puasa tunggu. Pung pang pung pang ....  So sekarang tinggal beberapa step jerk lagi. Insyallah akan tercapai.

Apa ?? apa ?? ??? ????

Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

http://matcuoi.com


YaAllah .. permudahkan urusan Ku .. Aamiin


Sep 8, 2012

My Weekend Story


! Assalamualaikum !

Pehhh .. tajuk omputeh tak hengattt .. kikiki saja nak kasi gempak. Sebenarnya entry yang sedang kamu, anda semua baca ini telah di schedule untuk termuntah pada saat dan hari ini. Entry nie yana dah taip pada hari jumaat sebenarnya. 

Selalunya hari cuti yana memang tak hupdate blog. Memang taklah. Kalau ada entry pada hari cuti memang ler saat itu otak yana sedang jemmm sesangat. heheh

Sebenarnya takda story mory apa pun ... Cuma nak bagi tahu sikit ... sikit jerk (ada korang kesah kew ... syok sendiri nie) *diam-diam sudah ler ... 

Yang sebenarnya, sejak bergelar isteri nie. Cuti hujung minggu yana selalunya dihabiskan kat rumah mentua. Hari jumaat selepas balik kerja. Yana n suami akan balik ke rumah Mak incik suami. Itu dah kira macam perjanjian lah. Yana kenelah adil dan saksama. (menantu contoh nie.. ngehhhh)

Alah rumah mak yana dan mertua tak sampai 30minit perjalanan jerk kot .... tue pon nak kecoh... kikiki 

Apalah dak yana tengah buat saat-saat nie kan. Apa lagi ... mestilah bukan membuta. Yang pasti yana nak menjadi menantu pilihan you ollz ... merajinkan diri ler ... apa lagikkk

Yang dah berkahwin tue, tidak kiralah lelaki atau perempuan. Kene lah adil dan saksama Okies. Tidak dapat tunjuk muka pun sekurang-kurangnya telefon lah untuk bertanya khabar mereka.

Beringatlah kita, bahawa suatu masa nanti kita jugak akan melalui saat ini sebagai ibu @ bapa @ mertua

Peace yoyhttp://matcuoi.com 



What Goes Around Comes Around



Sep 7, 2012

Bloglist HASRULHASSAN.COM | 200 Blog Terawal Sahaja!


! Assalamualaikum !


Bloglist HASRULHASSAN.COM | 200 Blog Terawal Sahaja! ..... baca lagi sekali ... 200 blog yang terawal sahaja  .... ehemm yana masih sempat lagi ke nie. heheh Minta-minta sempat lah lagi ea dak.

Dari semalam rakan blogger update entry pasal blog HASRULHASSAN.COM. Mula-mula rasa malu nak join. Yelah yana tak kenal sangat dengan blogger nie (kesian kau yana...mcm katak bawah kuali ..erkk) kahkah . Hari nie baru nak follow. Tidak tahu nak review @ puji apa. Tapi tadi yana skodeng .. usha baik punya ... Wahhhhh best jugak blog HASRULHASSAN.COM nieh!! sesuai untuk yana yang baru hendak berjinak dalam berblog. 

Tak percaya??? Cer usha blog beliau .. klik Banner atas tue Okies ..... Boleh join masuk dalam bloglist beliau. Cepat cepattttt

200 blog yang terawal sahaja !!



Ikutkan Nafsu Suka ... Ikutkan Hati MaTi !!!


! Assalamualaikum !


Binatang !!! itu lah perkataan yang sesuai diberi kepada mereka yang tidak berperikemanusian ini. Pagi-pagi dah buat yana mengucap panjang.

Sedih dan daif sungguh manusia dikala ini. Pemikiran letak dilutut agaknya. Ini berlaku kerana untuk kepuasan nafsu sahaja. Tidak berfikir panjang. Mangsanya adalah makhluk yang tidak berdosa ini pabila kehadiran mereka tidak diingini.

Allah .... lagi membebel lagi buat yana sakit hati!!!


Jauhilah ZiNa !!!!



Sep 6, 2012

Semudah Petik Jari Boleh Dapat ????


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua .... pejam celik sedang kita berseronok berhari raya. Tanpa sedar minggu hadapan adalah hari terakhir untuk kita berhari raya. So sebelum terlambat minggu ini mari lah kita serbu ke rumah kawan-kawan yang kita masih belum sempat untuk ziarah mereka.

Selepas naik kerja dari cuti raya lepas, yana memang tidak bercerita mengenai raya. Sebabnya ... bukan tidak seronok, tapi banyak yang mengganggu emosi yana dari bergembira dihari raya.

Asal kami (yana dan suami) beraya ke rumah sedara ke kawan-kawan ke. Soalan cepumas yang kami akan dapat ...............

"takda isi lagi ke "bila lagi nie....."  "takkan berdua jerk ... bila nak ada nie"  "Si polan tue baru kahwin .. dah ada isi tau"  "Jangan merancang....nanti terlambat"

"Aku tengah berusaha lah nie!!!"

Setelah berkahwin selama 9bulan dan telah mengalami keguguran pada bulan tiga yang lepas. Pelbagai usaha yang telah kami lakukan. Tapi rezeki Allah. Dia telah merancang untuk kami. Janganlah dipersoalkan pada kami. Sakit hati ini, hanya Allah sahaja yang tahu.

STRESSSSS ....... EMOSI !!!
Kalaulah kami petik jari sahaja dah dapat. Mungkin soalan seperti ini takkan ada. Kadang-kadang terasa malas nak beraya. Tapi apa kan daya ..... redha sahaja. Bukan kami tak usaha .... bukan kami tak teringin. Tapi itu semua dariNya. Kami redha dan berserah hanya padaNya.


yaAllah ... kabulkan lah doa hambamu ini ..... Amin




Kekayaan bukanlah utk kesombongan




Wang RM 100 & RM1 sama-sama dicetak & diedarkan oleh BNM. Selepas dicetak, kedua-duanya kelihatan amat cantik, keras dan berbau wangi. Akhirnya mereka di bawa keluar dan berpisah juga dari Bank untuk diedarkan kepada masyarakat.

4 bulan kemudian mereka bertemu lagi secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Kemudian terjadilah perbualan di antara kedua-dua duit tersebut.

RM100 bertanya kepada RM1,

"Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan bau busuk?"

RM1 menjawab, "Kerana Selepas aku keluar dari Bank aku terus ditangan orang-orang bawahan dari Pembawa beca, Penjual sayur, penjual ikan dan ditangan pengemis".

Lalu RM1 Bertanya balik kpd RM100,

"Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?"

Dijawabnya, "Kerana selepas aku keluar dari Bank, aku terus disambut perempuan cantik, & aku singgah ke restoran mahal, di Pavillion & juga hotel-hotel berbintang serta keberadaanku selalu di jaga dan jarang keluar dari dompet. Heh!"

Lalu RM1 bertanya lagi,

"Pernahkah engkau singgah di tempat ibadah?"

Dijawablah, "Hurm, tidak pernah. Kenapa?"

RM1 pun berkata lagi,

"Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu singgah di rumah ALLAH dan ditangan anak-anak yatim, bahkan aku selalu bersyukur kepada ALLAH.

Aku tidak dipandang bukan sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat"

Akhirnya, menangislah RM100 Kerana sombong dgn kehebatan, dan nilai yang tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.

Jadi janganlah kita pandang sebesar mana diri kita, tetapi lihatlah seberapa bermanfaat penghasilannya dipakai untuk memuliakan ALLAH.

Kerana kekayaan bukanlah utk kesombongan! Renungkan dan fikir-fikirkanlah.

Artikel asal oleh Ustaz Nasir. Diolah semula oleh Oh! Islam. SHARE & LIKE jika kisah ini bermanfaat kepada anda dan yang lain.


Sep 5, 2012

Bahasa Jiwa Bangsa




Assalamualaikum ... dan salam sejahtera.

Sudah agak lama juga yana tidak berdiari disini. Selepas berhari raya mood untuk berblog agak suram. Mungkin terlebih makan lemang ... heheh

Jangan pelik dengan penulisan yana untuk entry kali ini. Apa yang pelik?? peliknya sebab bahasa dan ejaan yang digunakan. Anda perasan tidak?? kahkah agak baku dan formalkan.

Yana akui, sekarang ini ejaan yana selalu dipendekkan dan bahasanya selalu tunggang langgang. Ini gara-gara bermain sms dan chatting di alam maya. Kalau boleh semuanya hendak diringkaskan sependek mungkin untuk menjimatkan kredit dan ruang.
Gara-gara itu lah kadang kala yana hingga terbawa-bawa didalam penulisan surat formal. Sehinggakan terlupa bagaimana nak mengeja sesuatu perkataan itu. Habislah yana kalau kena ambil ujian trengkas. Entah berapa markah yana dapat.

Aduhh ... terasa penulisan kali ini sudah macam indon lah pulak !!! maaf maaf maaf .... gelak sendiri


Baiklah sampai disini sahaja entry untuk kali ini. Mungkin agak mengarut. Tapi fikirlah tentang kebaikan bahasa kita. Selamat Beramal .... heheh


Bahasa Jiwa Bangsa


Sep 4, 2012

MuluT TemPayan BoleH Ler aKu TuTup


sumber FB


Moral of The Story .... "lu Fikir ler Sendiri"


Sep 3, 2012

Bulan baru ... Minggu baru


Assalamualaikum ... Salam sejahtera

Bulan baru ... minggu baru. Sekejap jerk dah bulan sembilan kan. Selamat datang bulan sembilan ... lagi tiga bulan dah bulan 12. Lepas tue masuk tahun baru 2013 .... heheh



Saja jerk nak update pasal bulan nie ... sebab terasa kelajuan masa berlalu sekarang nie. Pecam celik dah hujung tahun.


***Azam apa yang masih belum terlaksana lagi ekkkk

Aug 30, 2012

Giveaway Celak Arab



Jom join GA nie .. pemenang akan dapat celak arab ....http://matcuoi.com 
klik Banner okies

tamat pada 31 Ogos 2012


SEGMEN : FOLLOW BLOG KAMU !!!





Jom join .. Top Referral dapat Contact Lens ......

Follower yana 341


Segmen Up Follower & Tambah Kenalan Part 3




Okies hari nie yana join Segmen Up Follower & Tambah Kenalan Part 3 dari miss Z
Dah agak lama yana tak join segmen macam nie. So Jom kita join sambil menambah kenalan

yana Blogger dari MELAKA, Follower seramai 340


Segmen tamat pada 10 SEPTEMBER 2012, JAM 2 PETANG


Aug 29, 2012

PENCARIAN 222 BLOGGER BERTUAH OLEH NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE



Jom join

Cepat ... sebelum terlambat. Klik banner diatas Okieshttp://matcuoi.com 

27hb Ogos2012 dan berakhir 31hb Ogos 2012--12 tengahmalam




Aug 28, 2012

RamaiNya Ustaz & Ustazah On9 SeKaRanG Nie !!



Sunnah Rasulullah s.a.w. bagi pasangan yang baru berkahwin. Suami meletakkan tangan di ubun kepala isteri, dan berdoa :

" Ya ALLAH, aku memohon kepada-Mu kebaikannya, dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya" (Riwayat Abu Daud no.1260)

#---------------------------------------------------------------------#

Pagi tadi yana on9 FB, jumpa gambar ustaz Don nie... So sweet ... miawww ... heheh tapi yang tak sedapnya. Ramai pulak yang menjadi ustaz & ustazah yang tak berilmu meng"komen gambar diatas. Daripada pelamin sehinggalah ke inai pengantin perempuan.

Aduhhhh ... mereka-mereka nie suka komen yang ve- .... macam pandai-pandai jerk. Tengok orang agama ...ada saja benda yang nak di kondem ... tapi yang buat maksiat tue bukan nak didakwahnya .. biarkan jerk lagi ... Tak paham sungguh yana.


Penuhkan Ilmu didada dahulu ... !!



Aug 23, 2012

BerDarah TElinga !!


Korang layan Dulu Video kat bawah nie ....... --------

Apa pendapat korang ?? kreatif ?? hurm ....
Bagi Yana yang telah membesar pada zaman 80-an dan awal 90-an dulu, sudah terbiasa dengan lagu-lagu raya yang menarik dan berkualiti, tetapi sekarang nie .... lagu-lagu raya nyanyian budak-budak alaf baru boleh buat telinga nie berdarah. Arghh!!
Hanya Pendapat Peribadi YaNa ********

Saya Dah Start Bekerja ... huhuh


Assalamualaikum ... Salam sejahtera



Hurmmm ... Uarghhhhhh tutup mulut. Nanti lalat masuk! hukhuk Dah bersawang blog nie semenjak cuti raya hari tue. Tak sempat nak hupdate blog tyme raya. Biasa ler ... orang dah berlaki banyak tempat nak dituju. Dah bertambah saudara mara. Sampai tak cukup nafas nak makan. heheh 

Siapa yang masih bercuti??? huntung ler ........ huhuh Hari nie yana dah naik kerja. Kawasan sini sunyi sepi lagi. Masih banyak syarikat yang tutup. Bercuti raya .... 

Pagi tadi awal subuh hujan dah turun. Menambahkan kemalasan untuk bekerja. Menggugat iman betul. Nasib baik dapat nasihat percuma dari incik suami. Ku gagahi jugak perasaan ini untuk bekerja .. hahah PoYo !! Jelez jugak kat incik suami. Yelah kita kene kerja. Dia masih berselibung dengan selimut. Incik suami minggu depan baru start kerja. 
Untung ler .... !!!

MaRi KiTe KeRja !!


Aug 17, 2012

Jom MasaKkk



Apekah ... ??? siapa tahu apa yang didalam kuali gambar atas tue??.. cepat teka... siapa betul dapat makan tyme raya nanti (tipu jerk...) eh tak clear lah ... heheh alasan ler tuew... 

Ok lah kalau korang nak tahu.. gambar diatas adalah "Rendang Siat" ... kenapa pulak panggil rendang siat? sebab ... daging tue disiat-siat bukan dipotong macam selalu.

Merumitkan juga buat rendang siat nie. Ambil masa nak siat daging. Nak masak sampai betul-betul kering. Tapi yang rumit tue lah SeDaP ! Tak pecaya? cer buat .. heheh

Rendang nie buat awal takpa. tak basi. sebab kene masak sampai kering. Boleh disimpan lama. Macam serondeng jugak. 

Erm.. berbuka nie boleh rasa ckit. hehe pencuci mulut..



Aug 16, 2012

CuTi AwaL BuaT KuiH


Assalamualaikum ... Salam sejahtera.

Hari nie yana dah bercuti. So mestilah menjalankan misi untuk membuat kuih raya. Kuih nie saja jerk yana buat lambat-lambat. Yelah kalau buat awal-awal .... memang tak jumpa ler kuih nie nanti tyme raya. Habis masuk perut tyme berbuka ngan sahur. Buat pencuci mulut katanya.

Nak panggil kuih ke biskut ek ??? hentam jerk lah labu .... nama kuih nie .... cornflakes coklat. sedapppppp  hehehe nie kuih kegemaran yana. Bila beraya rumah orang. Mesti yana cari kuih nie. Kalau ada ..... memang kosong ler balang raya tuan rumah. hehehe Sebab kuih kegemaran ler yana buat sampai dua botol. Orang yang datang beraya tak makan ... habis yana makan jerk kadang-kadang. 

ok lah nak buat kuih lain pulak .... memang kerja buat kuih jerk lah tyme macam nie ... heheh



Aug 15, 2012

Rancang Perjalanan Anda

Sekadar gambar hiasan

Mungkin Esok atau lusa akan jadi macam gambar diatas kan. Masing-masing dah sibuk untuk pulang ke kampung halaman.

Kene bijak mengatur perjalanan anda supaya tidak menyusahkn diri sendiri dan orang lain ... mungkin juga dapat mengurangkan kadar kemalangan di bulan yg mulia nie ..... moga selamat sampai untuk semua yang akan pulang berhari raya ke kampung.

Apa pun yana berharap kamu semua berhati-hatilah, doa jangan lupa tau, moga selamat pergi dan balik ....


PANDU CERMAT JIWA SELAMAT ... INGATLAH ORANG TERSAYANG




m00d Nak CuTi .. Anda BiLa LaGi ??


Wow ..... besaqnya gambar ... kikiki itulah hasilnya wallpaper desktop yana. Dari pagi mood nak bekerja dah kelaut. So yana pun merajinkan diri mengedit gambau untuk dijadikan wallpaper pc opis yana ... dan kerja lain yg sewaktu dengannya (mengulau) ..... shuuuuuuuuy jangan mengadu kat bos yana ekkk .... hehehe

Hari nie yana last kerja .... eh bukan nak berhenti lah. Esok yana dah start bercuti untuk beraya. Khamis depan baru naik kerja. Amboi sakan cuti ..... heheh Excited nak beraya dengan incik suami ... 1st time tue. 

Cuti yana dah approve ?? Cuti korang macamana ?? Apa-apa pun .. Selamat bercuti yoy  :)

SeLaMaT HaRi RaYa ... BeRhaTi-HaTi Di JaLaN RaYa




Giveaway: Blog Anniversary



Jom join sempena 1st anniversary tuan punya blog nie.

Yana Tag semua follower yana :)

DateLine : 9/8/12 - 9/9/12


Aug 14, 2012

Riang Ria Raya


Assalamualaikum ... Salam sejahtera

Mood yana sekarang nie dah riang ria untuk beraya jerk nie. Badan kat tempat kerja. Tapi hati nun jauhhhh kelaut .... erkk bukan kelaut ler .... hati nak beraya lah!!


Ucapan raya untuk kamu semua ... ikhlas dari yana & incik hubby
Cilok dari FB incik hubby



Aug 13, 2012

Lawak #1


Girl VS Boy

Girl: Awak merokok?
Boy: Tak...
Girl: Minum?
Boy: Tak...
Girl: Ada kereta?
Boy: Cuma ada BMW,WOLKSWAGEN,SUBARU,HONDA DENGAN FERRARI...
Girl: [Wah anak orang kaya rupanya] Rumah kat ne?
Boy: Bukit Antarabangsa...
Girl: Wah mesti mahal...
Boy: Tak la...cuma RM 950.000 je...
Girl: Dah pernah pegi haji?
Boy: Umrah baru 3 kali...haji 2 kali..
Girl: Wah...[Calon suami mithali]...kerja apa?
Boy: Pengarah syarikat..
Girl: [Confirm jadi boyfriend aku] HOBI?
Boy: tipu org...
hahahaahaa..


--> memang dapat makan kasut size 10 <--

***coPyPasTe




Eh siapa Yang Baik Hati nie ....


Eh .. dapat surat ler ... dari Johor tue. Siapa pulak yang bagi ek.... (otak fikir siapa yg ddk Johor)


Cepat-cepat bukak !! bukan surat lah .... kad raya !! yeahyeah yana dapat kad raya .... siapa pulak yang bagi ek?? zaman belajar dulu selalu lah dapat. Sekarang nie memang takkk ler ......


Bukak-bukak nampak duit dulu ... heheh Siap dapat duit raya sekali !! Tqvm .... tengok nama ngan signature.  Baru teringat!! yana antara terawal bagi details kepada yuliana untuk dapatkan kad raya. hehehe


Terima kasih yuyu ... Jom terjah blog yuyu disini



Ada Owg FolloW YaNa Ler ......


Assalamualaikum .. Salam sejahtera

It's Monday again !! .... kohkoh ..... pagi nie yana tak bluesS macam monday kebiasaannya. Sebab mood rayo dah membuak-buak nie. hehehe Macam bebudak jerk yana nie kan. Ada ku kesahhhh ..... eh entry nie bukan nak cerita pasal rayo ke Blues. Termeleret plak ... kkk

Pagi tadi bukak email ... eh macam famous amous jerk nama ngan wajah pemilik nie! jengggg ... pewitttt "Lyssa Faizureen" Follow yana kat twitter ler ...... (owg laen tak heboh pon) hehehe

Lyssa .... nie bukan auto follow kan ..kn. heheh yang sebenarnya yana salute ngan lyssa nie tau. Sebab ramai follower kat blog beliau. Blog yana cantik (cantik kew..euww) pun sebab yana selalu ikut tutorial yang lyssa sediakan di blog beliau yang memang super senang nak ikut. Trimas lyssa .....

Yana tak aktif sangat kat twitter .. sebab .... sebab ... (buat muka malu nieh ..!!) yana tak geti guna twitter sangat ler. kahkah buta twitter tol ler dak yana nie. hukhuk tapi lepas nie mungkin yana akan fahami twitter dengan lebih mendalam. Korang-korang jom lah follow yana kat twitter. Baru ler semangat waja yana sampai nak ber twitt ....



---@ Lyssa dah follow yana kat twitter, Bila lagi nak follow blog yana?? heheh Sudi-sudi lah singgah dan follow blog yana yang tak seberapa famous nie ekkkkk ...... yg hado



Aug 11, 2012

Tips *4 = Hilangkan Ruam SuSu



Apekah?? hehehe Model diatas adalah anak buah yana yang baru lahir lebih kurang sebulan usianya. Ruam susu ini selalu terjadi pada kulit muka dan leher baby. Ia disebabkan oleh susu badan ibu atau susu tepung yang terkena dikulit baby.

Tips kali ini dari mak yana. Untuk hilangkan ruam susu nie. Anda hanya perlukan Nescafe sahaja. Iya, hanya nescafe & air suam.

1. Nescafe
2. Air suam

- Campurkan nescafe dan air suam tersebut. 
- Jangan terlalu cair. 
- Tepekkan dikulit baby seperti bedak sejuk. 
- Biarkan sehingga kering. (15 - 20 minit)
- Cukup masa, bersihkan kulit baby

*Lakukan sehingga ruam tersebut hilang


Aug 10, 2012

JOM BELAJAR BUAT KETUPAT


Sebelum raya nie apa kata kita Lembut2kn tangan menganyam ketupat (bukan mengumpat k). kira test power dulu ler .... buatnya balik rumah mak mertua nanti. Tetiba dapat tugas buat ketupat. Baru ada akal ...ini peringatan utk diri sendiri judak ... kikiki Jom kita ~




Bahan-Bahan:
2 kg beras pulut - rendam 6 jam
2 tin santan - 800ml
1 sb rata garam
daun palas secukupnya





Cara Membuatnya:






•kukus pulut separuh masak (-+ 10min). masukkan pulut yg separuh masak dlm bekas besar. masukkan 1 tin santan yg dicampur dgn garam. kacau serata. biarkan 10 min.


•kukus lagi beras tadi hingga masak. masukkan pulut yg dah masak dlm bekas besar. masukkan lebihan santan. biarkan hingga suam. dan boleh bungkus.


•bila semua siap di bungkus. kukus lagi ketupat tadi selama 30 min.


•siap untuk dihidang





@
Sumber :- FaceBook ^^






Merdeka-Raya Random Giveaway by Liyana's Studio



Jom kita join GA Merdeka-Raya dari cik Liyana nie

Tag :-



closing date : 31/8/2012




Continuity #Sabarlah Wahai Hati



Assalamualaikum ... Salam Sejahtera
Kenapa tajuk continuity????? ini kerana adalah  disebabkan ...... kesinambungan dari entry yana semalam "Sabarlah Wahai Hati". Rata-rata yang komen macam tak berapa faham apa yang yana ceritakan. Mungkin masa menaip semalam emosi yana tak berapa stabil ... ayat pun berfalsafah tahap dewa kot .... hakhak

Entry semalam tue bukan pasal yana tak muat baju raya ke berbadan dua ke ....... tapi cerita tue mengenai ........ hurmmm kalau yana cerita lagi takut emosi pulak. Sebab sebelum nie yana ada buat entry mengenai perkara nie. apa kata korang baca " kat sini " untuk cerita yang lebih details Okies .... 


Teringin .. hurmmmm



PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...