Assalamualaikum
Hari sabtu lepas, yana dengan suami bercadang untuk buat pasport baru. Memandangkan pasport lama dah tamat tempoh. Siapa kata hari sabtu tak boleh buat pasport?? sekarang semuanya boleh tau ... hari ahad pon boleh buat. Yana buat jam 4 dapat pasport jam 6petang uolsSs...
Nak tahu kat mana?? mestilah kat UTC... apa itu UTC??? baca kat sini UTC-Urban Transformation Centre. Proses buat pasport malaysia antarabangsa pun mudah sekarang. Tak perlu isi borang !!
Kalau sebelum nie anda pernah ada pasport yang dah tamat tempoh. Anda hanya perlu bawa:-
1. Pasport lama
2. Gambar (latar belakang warna putih-format baru)
3. Kad pengenalan.
Perkhidmatan kios gambar pun ada disediakan di UTC tue. Hanya sediakan duit sahaja... hehehhh Nanti pasport lama diorang akan gunting macam gambar bawah nie.
Bagi yang tak pernah ada pasport pula. Anda hanya perlu bawa :-
1. Gambar (latar belakang warna putih-format baru)
2. Kad pengenalan
Setelah dapat No giliran, nanti anda akan dipanggil untuk proses seterusnya. Buat bayaran RM100 untuk tempoh 2 tahun. Setelah bayaran dibuat, anda akan diminta untuk tunggu lebih kurang 2jam untuk pasport siap. Yana sempat pergi shopping dulu ... hehehhh So satu hari jerk pasport dah boleh siap !!
Bayaran pasport untuk kanak-kanak bawah umur 2 tahun bagi tempoh 2 tahun adalah RM80.00 sahaja. Untuk proses membuat pasport bagi kanak-kanak bawah umur 2 tahun adalah :-
1. MyKid / surat beranak (salinan & original)
2. Kad pengenalan Ibu / Bapa (salinan & original)
Rasanya macam tak jadi pergi langkawi jerk !! dah ada pasport nie .... macam terjadi rancangan lain pulak.... kikiki
Bawa aku pergi .... pacu laju-laju ..... kita lari dari realiti
Buku merah jangan lupa bawa .... moga-moga belum tamat tempoh
owhhhhhhh ... lalalalalaaaaa