HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Dec 26, 2012

Pemenang Simple Giveaway by NFH



! Assalamualaikum !


Eh Banner nie macam pernah tengok jerk ...... Erm !! bukan dah tamat ke Giveaway nie ?? lol ... yana ketinggalan kew ??? ......

Jangan larikkk ..... hehehhh yana bukan nak masuk Giveaway ler ..... kalau nak tahu, Simple Giveaway by NFH (NurfarahudahudBlog) nie dah tamat pada 24.12.12 lepas... So yana adalah salah seorang sponsor untuk giveaway NFH. Bukan sponsor wang ringgit, yana cuma mampu sponsor untuk review blog pemenang yang terpilih oleh NFH.

Terlebih dahulu yana nak susun 10x10x10xxxx jari pada blog yang bakal yana review nie. Kalau ada tersilap, terkasar, tersalah ..... etc .... mohon ampun erk. Yelah yana blog picisan jerk ado hati nak review blogger lain erk !!!

5x Review Blog by Yana Aina


So pada blog yang yana akan review tue sila alert erk .... bila-bila masa dari sekarang entry tersebut akan ter"publish  ....




Dec 24, 2012

Musim Buah - Owh Durian



! Assalamualaikum !

Cerita weekend yana masih belum habis ... hehehh biasa ler ... kalau cuti kerja, yana tak update blog. Kalau update pun tersangat ler simple .... guna hp terbatas.

Nie cerita durian pulak .. hehehh sabtu malam minggu yana ngan hubby round satu bandar Melaka. Jalan-jalan cari pasal ... biasa ler orang bujang ... hehehh Lebih kurang jam 12.30 tetiba nampak gerai orang jual durian masih belum tutup.

" ermm ..... terasa macam nak makan durian ler ....... "

"makan kat kedai boleh ... nak bungkus bawak naik kete .... NO !! "

"alaaaaa .... malu ler nak makan kat kedai. Tak puas ... nak makan kat rumah ... kusyuk sikit !! "

Hubby pun berhentikan lah kereta kat gerai tue .... kalah lawan cakap ngan yana ler tue ... kikkiiki. Rupanya kedai kawan hubby. Durian sekilo RM9.90. Tah durian apa yana pun lupa .... mata dah nampak durian jerk time tue !!

Kawan hubby suruh beli semua durian tue sebab tinggal bape biji jerk. Lebih kurang 7kilo. Yana kenyit2 mata kat hubby sambil senyum siput !! dalam hati doa mintak-mintak hubby lembut hati dengan kata-kata kawan dia tue. kikiki 

Hubby pun setuju beli semua ... tapi dengan SYARAT !! kopek kulit ... isi letak dalam bekas. Kalau nak tahu ... my hubby nie anti durian !! dia boleh muntah mengalahkan orang mengandung kalau terbau durian. Pengsan pun dia boleh !! kahkah kelakar ler ....


Fuhh !! dapat tiga bekas aiskrim !!! walawehhh ... senyum lebar yana. Tak sabar nak sampai rumah !! siap dapat free gift !! Buah pulasan dengan limau kecik2 tue ... keuntungan berganda yana malam tue .. kikiki


Sampai jerk rumah, Hubby berkurung dalam bilik. Siap spray minyak wangi !! Yana ke dapur mengerjakan DURIAN !! walaupun jam dah menunjukkan pukul 2am !! wahh .. untung mentedarah durian sensorang. Mak ngan adik beradik lain semua takda. Untung .... untung ....











Udang Goreng Tepung



! Assalamualaikum !

Weekend semalam yana jadi isteri solehah !! yeah solehah ler sangat ... hehehhh hari nie nak share apa yang yana masak untuk incik hubby semalam.

Resepi : Udang Goreng Tepung

Bahan Udang Goreng Tepung :-
  1. Udang
  2. Tepung Gandum
  3. Putih Telur
  4. Garam
  5. Lada Sula
  6. Serbuk Kunyit
=======================

Udang Segar

Campurkan semua bahan tadi bersama udang. Jangan terlalu cair (alaaa... macam buat cekodok tue). Goreng udang tersebut dengan api yang sederhana besar.

Udang - setelah dicampur semua bahan

=============================================

Tadaaaaa ....... siap sudah Udang Goreng Tepung untuk incik hubby.


----------------------------------------------------------------------------------

Selepas makan yana buat ler muka nak mintak penampo mintak pujian .... yelah .. bukan selalu yana masuk dapur masak.. opsSss !! pecah rahsia. hehehh Sekali hubby bersuara !!

" Ermm .... udang nie bukan kene buang kulit dia ke?? macamana tepung nak melekat kat isi kulit kalau kulit tak buang ...... "

Huh !! pengsan !! kahkahhh ... tue ler yana excited sangat nak masak sampai terlupa tak terfikir langsung. Padan muka aku !! erk ... tapi nasib baik hubby cakap sedappp ... kalau tak cuti setahun masuk dapur. kikiki





PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...