HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Feb 21, 2013

Tutorial = Contact Me



! Assalamualaikum !


Semalam yana ada dapat pertanya dari Cbox Nazlyizan Craft. Bagaimana nak buat Contact Me macam dalam blogshop yana tue.

tutorial contact me


tutorial contact me


1. Dashboard -> Layout -> add a gadget

2. Copy code dibawah nie dan paste 

<center>
<a href="URL FACEBOOK FANPAGES"><span style="width: 30px; height: 30px;"><img style="width: 30px; height: 30px;" src="http://i.imgur.com/sfgod.png" /></span></a>

<a href="URL FACEBOOK / FANPAGES"><span style="width: 30px; height: 30px;"><img style="width: 30px; height: 30px;" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgjY7ISFCE98Io3BWHfqYAqmU4g8Ol4xuZEMKd1MmHBr9b0_xGLJ-yLxR3YJ-ZWk7QoTw9-3NFRXYyyHwwTrAzncX9N9LASLOzVMIo1x1jmeITLm39_GkdRMzYc5Vi8k6wYE_YkVKETVl16/s1600/th_facebook_button.png" /></span></a>

<a href="URL EMAIL IMAGE"><span style="width: 30px; height: 30px;"><img style="width: 30px; height: 30px;" src="http://i.imgur.com/P3ztu.png" /></span></a>

</center>



* URL FACEBOOK FANPAGES - copy url FB fanpages korang dan gantikan dengan perkataan merah tersebut.

* URL FACEBOOK / FANPAGES - korang boleh pilih samaada nak letakkan URL facebook personal @ Facebook Fanpages. Copy URL dan gantikan dengan perkataan merah tersebut.

* URL EMAIL IMAGE - korang kene buat alamat email. Guna Paint pun boleh. Caranya :-

a) Buka PAINT dan tulis alamat EMAIL -> SAVE
b) Klik SINI dan upload gambar tadi
c) Copy DIRECT LINK -> PASTE untuk gantikan perkataan merah tadi "url email image"

3. SAVE





Feb 19, 2013

Tips Jimat Minyak Kereta




! Assalamualaikum !

Tips jimat minyak kereta yang berkesan untuk dikongsi bersama. Kerana yana pun selalu buat benda yang sama untuk menjimatkan minyak kereta. Jom cikidup ....


Jimat minyak kereta


Tips Jimat Minyak Kereta


1. Isi minyak kereta sebelah malam, atau awal pagi apabila cuaca sejuk

Mengisi minyak pada waktu malam, akan mengurang gas dalam petrol atau diesel. Kandungan gas dikatakan banyak pada waktu siang yang panas, sebab haba petrol bercampur lebihan gas dalam kandungannya. (Hubby selalu isi minyak full, time malam..memang ada perbezaan)


2. Bawa kereta dalam kelajuan yang tetap

Tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. 70 – 90 km sejam adalah bersesuaian. Semakin laju kereta, semakin banyak minyak digunakan. Pandu secara perlahan pula menyebabkan beban pada kereta. Ini menyebabkan enjin tertekan dan menyebabkan banyak minyak digunakan. (patutlah minyak cepat habis … tekan 100 selalu… hehhh)


3. Angin tayar perlu sentiasa pada tahap tekanan yang disyorkan.

Seminggu sekali periksa tekanan tayar. Penjagaan tayar yang baik memastikan cengkaman tayar yang sesuai dan pada jumlah jarak yang jauh, nyata menjimatkan minyak. (bab nie yana serahkan pada yang pakar “Mr hubby” yg yana tahu kereta ok jerk)


4. Isikan minyak sehingga tangki penuh

Minyak atau petrol cepat habis jika ruang tangki banyak yang kosong. Minyak atau petrol akan meruap. Semakin besar ruang semakin banyak minyak atau petrol meruap. Petrol yang meruap tidak dapat dibakar oleh enjin. Dicadangkan juga penuhkan semula tangki apabila tangki separuh kosong. Jangan tunggu sehingga meter pada tanda “E” baru diisi. Semakin banyak ruang kosong semakin banyak petrol meruap, maka lebih cepat habis. (selalunya tak sampai “E” dah isi semula … takut kene tolak pulak. kan ke “malu”)


5. Kurangkan penggunaan penghawa dingin

Perjalanan pagi atau malam yang sejuk tidak perlu penghawa dingin. Buka tingkap sedikit dan biarkan angin luar masuk. (pergi balik kerja yana tak on aircorn, sebab mengelakkan diri dari terlelap…huhuuu)

6. Kurangkan beban kereta

Barang-barang yang tidak perlu dalam kereta perlu dikeluarkan. Semakin banyak beban semakin banyak tenaga dan minyak digunakan. (dalam kereta yana banyak stok kasut .. berat ke??hehheh)


7. Panaskan enjin selama 30 saat sahaja

Enjin kereta panas lebih berkesan semasa kereta bergerak. Memanaskan enjin lebih 30 saat bukan sahaja membazir minyak tetapi boleh merosakkan enjin kerana pelinciran enjin lebih berkesan ketika kereta bergerak (tetiap pagi tunggu meter naik 2 takuk baru gerak .. panaskn enjin)


8. Elakkan menunggu dengan enjin masih hidup

Sekiranya anda terpaksa menunggu seseorang di dalam kereta, matikan enjin. Lebih murah untuk menghidupkan semula enjin daripada menunggu 1 minit di dalam kenderaan dengan enjin yang masih hidup. (jarang-jarang .. sebab bosan menunggu)


Boleh dapatkan lebih lanjut lagi untuk Tips Jimat Minyak Kereta disini.




Feb 4, 2013

Cameron Highlands Cactus Farm



! Assalamualaikum !

Cameron Highlands Cactus Farm .... tajuk nak omputeh kan ... hehehh dalam bahasa melayu yana panggil kebun kaktus !! boleh tak?? hentam sajalah ....


kaktus

Wahhhh .... tengok kaktus tue. Menawan kalbu kan ..... tapi kalau terkena jari bisa jugak woo .... Macam-macam jenis kaktus ada. Berbeza warna, bentuk, size ..... macam-macam boleh jumpa. 

Selain pokok kaktus, kat sini pun ada banyak bunga tau. Cantik dan segar semuanya. Cair mata memandangnya. Tapi hanya boleh pandang jerk lah. Kalau nak beli takut membazir pula. Sebab belum sampai melaka dah layu dalam bonet. hehehh

bunga



Ini hanya sebahagian gambar saja. Gambar lain dalam kamera. Yana memang gile bergambar. hehehhh Yana tak beli apa pun kat cactus farm nie. Yana ngan hubby cuci mata dan pernafasan dengan bauan segar kat situ. 

Tak rugi kalau melawat cactus farm kat cameron highlands nie. Sebab harga pokok kaktus dan bunga-bunga kat sini tak lah mahal sangat. Kalau bawak anak-anak pun ok sebab diorang boleh tengok pokok kaktus real dari tengok dalam buku.

So yana sarankan buatlah lawatan ke cactus farm nie kalau sampai ke cameron highlands ok....





Jan 23, 2013

# Wordless Wednesday # 28 / Ketenangan




! Assalamualaikum !



Redha





Jan 18, 2013

Kepentingan Asid Folik - Sebelum dan Semasa Mengandung




! Assalamualaikum !


folic acid



Apa itu Asid Folik ?
  • Asid folik adalah Vitamin B yang sangat penting dalam kehamilan untuk mambantu wanita sebagai persediaan untuk mengandung. 
  • Ia dapat membantu mengatur pembetukkan sel saraf "embryonic" dan "fetal" yang amat penting untuk tumbesaran yang normal.


Siapa yang memerlukan Asid folik ?
  • Semua wanita yang berumur 14-44 tahun, terutama bagi wanita yang ingin hamil.
  • Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang.

Bila Asid folik perlu diambil ?
  • Sekurang-kurangnya 3 - 6 bulan sebelum mengandung (@berkahwin)
  • Semasa mengandung sehingga melahirkan.

Mengapa Asid folik penting ?
  • Ia dapat mengurangkan kecacatan saraf tunjang
  • Dapat mengurangkan keguguran, kelahiran pra-matang dan kekurangan darah
  • Mengurangkan kecatatan lain seperti :- sumbing lelangit, kecacatan pada jantung, pembentukkan kaki dan tangan yang tidak sama dan kecacatan pada sistem pembuangan air kencing.

Pengambilan Asid folik
  • Hanya satu biji setiap hari.
  • Dos bagi wanita biasa adalah 400 microgram
  • Dos bagi wanita yang hamil adalah 600-800 microgram


***Alamak ... stok dah abis !!







Jan 14, 2013

TUTORIAL : Centerkan Header Blog




! Assalamualaikum !


TUTORIAL : Centerkan Header Blog



1. Dashboard -> Template -> Edit HTML -> Expand Widget

2. Cari code dibawah ( CTRL+F )

 /* Content

3. COPY code dibawah dan PASTE kan DIATAS langkah 2 ( /* Content)

.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;}

4. Contoh seperti gambar dibawah ini


5. Preview -> SAVE







Jan 11, 2013

TUTORIAL : Cara Buat Watermark




! Assalamualaikum !


Apa itu Watermark ?


Watermark adalah merupakan penanda bagi menunjukkan sesuatu gambar itu kepunyaan kita iaitu hak milik peribadi kita.

Blog yang jenis personal, selalunya meletakkan gambar family, hubby, adik-beradik ... etc adalah hak peribadi kita. So bagi menjaga gambar tersebut. Kita bolehlah meletakkan watermark di gambar tersebut untuk menjadi penanda hak milik kita.


TUTORIAL : Cara Buat Watermark menggunakan PhotoScape


STEP 1. Pergi ke Web Cooltext.com DISINI

STEP 2. Pilih Watermark / Stail yg korang minat


STEP 3. Setting apa yang perlu (contoh gambar dibawah)

STEP 4. Pastikan File Format PNG sebelum klik CREATE LOGO




STEP 5. Download Image (SAVE)


STEP 6. Open PhotoScape - Editor - Pilih Gambar - Object - Photo - Pilih watermark 



- Well DoNe -







Jan 10, 2013

Tambah Pendapatan dengan EnSurvey




! Assalamualaikum !


Kini muncul lagi program iklan yang boleh memberi kita sedikit pendapatan hasil dari melayari internet setiap hari. Sambil-sambil kita online, ada lah juga duit masuk dari membazir bayar duit internet kan. Yana usha program nie pun lebih kurang seminggu baru berkesempatan untuk join. Terima kasih kepada blogger TiranaAduka dan DenaiHati untuk info ini.

Program nie tidak memerlukan kita untuk share link iklan tersebut. Kita hanya menjawab beberapa soalan yang telah disediakan oleh EnSurvey sahaja. Senang bukan?? 

Tutorial : Cara daftar EnSurvey


  1. Klik DISINI untuk daftar (yana pilih connect FB, lagi mudah)



2. Bila dah daftar, ada tour yang akan guide korang. klik jerk NEXT - CONTINUE (fahami)




3. Klik Verify My Profile (seperti dalam gambar dibawah)




4. Akan bawa ke halaman seperti dalam gambar dibawah. Semak details korang. Pastikan letak nama dalam ic "Full Name". Tick kotak declare.




5. Korang dah boleh start jawab Survey dari EnSurvey. (Survey yang kotak hijau "LIVE" sahaja yang masih berjalan survey).




Yana baru jawab satu survey dah dapat RM0.80. Senang jerkkan .... 




Jawapan untuk persoalan EnSurvey


  1. Pendapatan bagi setiap tinjauan: RM2.00 – RM20.00 (bergantung kepada pihak klien)
  2. Syarat Pengeluaran Pendapatan : Jika pendapatan anda mencecah pendapatan minima, iaitu sebanyak RM100
  3. Yuran pengendalian: RM2.00 setiap kali pendapatan ditunaikan
  4. Konsep: Dapatkan ganjaran dengan menjawab soal selidik yang ringkas (tidak melebihi 5 minit)
  5. Tempoh Pembayaran: 45 hari selepas permohonan pengeluaran dibuat


Setiap survey akan ditujukan khas kepada kumpulan pengguna yang berbeza. Oleh itu, kita dan juga rakan-rakan kita dapat melihat survey yang berlainan berdasarkan maklumat profil yang telah diisikan di atas laman web.


Jom Daftar segera DISINI. Jangan Ketinggalan ^^










Jan 9, 2013

# Wordless Wednesday # 23 / Sahabat




! Assalamualaikum !






Jan 4, 2013

Tutorial : Lukis Doodle Menggunakan Microsoft Excel




! Assalamualaikum !




Hari ini yana belajar buat doodle dengan hanya menggunakan Excel !! yes microsoft excel .... Sebelum ini yana selalu belajar buat doodle / lukis-lukis guna Photoshop. Tapi ... hampeh !! rupa doodle pun tak serupa doodle. Nak buat orang jadi rimau ... kikikikk

Tetapi hari ini yana telah berjaya menghasilkan doodle sendiri yang ada rupa orang bukan rimau .... dengan hanya menggunakan Microsoft Excel. Yeah !! Erm ... kenapa yana baru tahu erk ... aduhh senang rupanya !! Takda lah sampai nak pecah otak macam sebelum nie.. hehhhh

Ini adalah hasil dari orang yang takda kerja time lunch !!



Korang kalau nak belajar juga boleh ikuti tutorial lukis doodle menggunakan microsoft excel di blog sifu DISINI. Yana anak murid tak bertauliah jerk. Mana boleh ajar. Nanti riak, tak berkat ilmu .... PoYo jerk kan




- Selamat menajamkan minda -



Dec 24, 2012

Udang Goreng Tepung



! Assalamualaikum !

Weekend semalam yana jadi isteri solehah !! yeah solehah ler sangat ... hehehhh hari nie nak share apa yang yana masak untuk incik hubby semalam.

Resepi : Udang Goreng Tepung

Bahan Udang Goreng Tepung :-
  1. Udang
  2. Tepung Gandum
  3. Putih Telur
  4. Garam
  5. Lada Sula
  6. Serbuk Kunyit
=======================

Udang Segar

Campurkan semua bahan tadi bersama udang. Jangan terlalu cair (alaaa... macam buat cekodok tue). Goreng udang tersebut dengan api yang sederhana besar.

Udang - setelah dicampur semua bahan

=============================================

Tadaaaaa ....... siap sudah Udang Goreng Tepung untuk incik hubby.


----------------------------------------------------------------------------------

Selepas makan yana buat ler muka nak mintak penampo mintak pujian .... yelah .. bukan selalu yana masuk dapur masak.. opsSss !! pecah rahsia. hehehh Sekali hubby bersuara !!

" Ermm .... udang nie bukan kene buang kulit dia ke?? macamana tepung nak melekat kat isi kulit kalau kulit tak buang ...... "

Huh !! pengsan !! kahkahhh ... tue ler yana excited sangat nak masak sampai terlupa tak terfikir langsung. Padan muka aku !! erk ... tapi nasib baik hubby cakap sedappp ... kalau tak cuti setahun masuk dapur. kikiki





Dec 20, 2012

Segmen Blogwalking Rilex Cool



! Assalamualaikum !

Klik utk Join

Hari nie yana nak join Segmen Blogwalking Rilex Cool dari blogger yang memang rajin Blogwalking iaitu En.Fendi yang baru menyambut hari lahir beliau semalam (nak wish TEKAN ..)

SeLaMaT HaRi LaHiR

Kelebihan Blogwalking 

  • Banyak dapat informasi yang kita tak pernah tahu.
  • Boleh dapat banyak ilmu
  • Dapat tambahkan kenalan
  • Dapat naikkan trafik blog ..... hehhhh

Itu pendapat yana lah hasil dari blogwalking yana sendiri.

- Jom Join -

DateLine : 25 Dec 2012





Dec 17, 2012

Menu Lunch ....



! Assalamualaikum !

Hari nie dan untuk minggu ini menu lunch yana adalah seperti didalam gambar dibawah. Hehehhh

lunch


Semalam dah siap-siap beli stok makanan kat pejabat untuk seminggu nie. hehehh

Yups .. menu lunch yana makan roti jerk !! kerja sensorang tanpa kawan tak best .... makan sensorang jerk. So makan roti pun dah kenyang. Kalau ada kawan lain, best juga makan sesama. Nie sensorang makan roti jerk lah ... lagi pun yana nie pemalas nak keluar beli makanan.

Tue alas perut jerk sementara nak tunggu 5.30. Balik nanti makan lah makanan berat pula. Ini salah satu tips untuk kurus macam yana tau ... kikiikiki





Dec 11, 2012

Ulser / Aduh Seksanya...



! Assalamualaikum !


Aduhh ... terseksanya !! dari semalam tak lalu nak makan. Kalau makan pun sekadar alas perut yang berkeroncong saja. Ada Ulser yang bersarang di hujung lidah nie .... sakit sesangat.

Nak kata tergigit lidah ... seingat yana takda lah pulak. Tapi memang tahan lapar jerk dari semalam nie. Mau turun lagi berat badan ... erk

Dah alang-alang yana kene Ulser nie ... tercari-cari juga info. So yana share apa yang yana dapat okies.

ulser
Gambar Contoh


Simptom-simptom ulser


Tompokan warna putih dan terasa sakit apabila bersentuhan dengan makanan. Tompokan ini boleh berlarutan 7 hingga 14 hari. Ulser menyebabkan kita hilang selera untuk makan dan minum kerana sakit. Kadangkala berasa malas untuk bertutur (memang malas pun..).

Mengapa ulser boleh terjadi?


  • Jangkitan bakteria, virus atau fungus.
  • Kesemua golongan umur boleh terkena penyakit mulut ulser.
  • Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal umur.
  • Ulser juga boleh disebabkan kerana kecederaan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah dan terkena dawai alat ortodontik.
  • Pengambilan zat besi, asid folik dan vitamin B 12 yang tidak mencukupi.
  • Sistem imuniti badan yang lemah
  • Alahan
  • Radioterapi
  • Kimioterapi
  • Sebab-sebab yang tidak diketahui. <-- kes yana kot

Petua merawat ulser


  • Gunakan pencuci antiseptik mulut
  • Sapu ubat ulser mulut seperti gel atau krim penahan sakit
  • Makan makanan lembut
  • Elakkan makan makanan panas dan pedas
  • Banyakkan minum air






Nov 30, 2012

Perbezaan Diantara Dairy dan Non-dairy Whipping Cream



! Assalamualaikum !

Siapa yang dah baca or ambil resepi durian crepe dari entry yana sebelum ini?? mengaku cepat ..... bukan nak marah lah. Nak ucap terima kasih jerk. hehehhh Tapi sebelum nak buat tue mesti tertanya-tanya. 

Apa itu Whipping Cream ?? macam yana mula-mula dululah. Bab bahan omputeh nie yana dodol sikit. Ok kat sini yana nak berikan sedikit info. Kita kene tahu dahulu Perbezaan diantara Dairy dan non-dairy Whipping Cream. Nama saja lebih kurang sama. Tapi tak sama tau. Takut resepi tak menjadi pula.

Non-dairy whipping cream ( Krim putar bukan tenusu )
Dairy whipping cream ( Krim putar tenusu )

* ------------------------- *

1. Non-dairy whipping cream ( Krim putar bukan tenusu )

krim putar bukan tenusu
Gambar contoh 

Adalah krim yang dibuat khas untuk hiasan kek. Ia dirumus daripada minyak sayuran dan minyak kelapa sawit dan tidak mengandungi bahan tenusu. Ini menjadikan ia lebih stabil, maknanya corak-corak yang dipaip menggunakan krim ini tahan seminggu tanpa kehilangan bentuknya. Ia akan kembang 3~4x ganda daripada kuantiti cecair asalnya jika dipukul. Sebelum digunakan kotak krim harus digoncang supaya sebati (kadang-kadang air dan krim di dalam kotak akan terpisah semasa proses nyahbeku dari freezer) dan pukul pada kelajuan yang tinggi hingga kembang dan gebu. Biasanya krim ini terdapat di kedai menjual bahan kek sahaja. Krim putar bukan tenusu hendaklah disimpan di tempat beku supaya tahan lebih lama.


2. Dairy whipping cream ( Krim putar tenusu )

krim putar tenusu
Gambar contoh


Merupakan hasil tenusu dan mengandungi 35 % lemak susu. Ia sesuai digunakan dalam masakan-masakan Barat, membuat kek seperti tiramisu atau hiasan mudah untuk aiskrim atau pencuci mulut ala Barat.

Ia hendaklah dipukul dengan kelajuan sederhana hingga ia menjadi kental dan bolehlah dimasukkan dalam masakan-masakan tersebut. Tetapi krim ini tidak sesuai untuk hiasan kek seperti Black Forest dan lain-lain kerana warnanya kekuningan dan kurang stabil. Ini bermakna ia tidak boleh mengekalkan bentuknya dalam masa yang lama.

Dairy Whipping Cream yang juga dikenali sebagai Thick Cream atau Double Cream tidak sesuai untuk dibuat hiasan kek kerana faktor-faktor yang telah jelaskan diatas. Krim ini terdapat dalam pelbagai jenama dan boleh didapati di pasaraya-pasaraya besar.

Berhati-hati semasa membeli krim putar tenusu kerana ia menggunakan lemak susu. Lihat tanda halal dan kandungan bahan pada kotak sebelum membeli.

Kredit :  MasamManis



Membantu tak ?? Apa lagi .. cecepatlah pergi cari bahan untuk buat Durian Crepe ~~~~






PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...