HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Showing posts with label Cinta Hati. Show all posts
Showing posts with label Cinta Hati. Show all posts

Nov 22, 2013

Istimewanya Pemuda Bernama Ahmad Ammar Ahmad Azam


Assalamualaikum

Salam jumaat penghulu segala hari buat semua. Istimewanya anak muda yang bernama Ahmad Ammar Ahmad Azam ini. Betapa beruntungnya pemuda yang bernama ahmad ammar ini. Ini dapat dilihat selepas pemergiannya kealam yang kekal iaitu kematian. Ahmad Ammar telah kembali ke penciptanya pada 02 November 2013

Ahmad Ammar merupakan penuntut jurusan sejarah di University Marmara, Turki. Allahyarham telah meninggal dunia dalam satu kemalangan ketika melintas jalan. 


Antara keistimewaan yang diperoleh, allahyarham telah disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Sebuah tanah perkuburan yang telah menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya', panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan disana.

Malahan begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan university telah hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya telah mengiringi jenazah allahyarham ke tanah perkuburan.

Betapa istimewanya pemuda ini, sedangkan Ammar hanyalah seorang penuntut Malaysia yang berada disana. Saksikanlah video dibawah ini untuk mengetahui perjalanan hidup anak muda yang istimewa bernama Ahmad Ammar Ahmad Azam. - Al-fatihah -


Ya Allah Ya Tuhanku, Baguskanlah untukku Agamaku yang menjadi pangkal urusanku, Baguskan pula Duniaku yang menjadi tempat penghidupanku, Dan Baguskanlah Akhiratku yang padanya tempat kembaliku nanti, Jadikanlah hidupku bekalan bagiku dalam segala kebaikan, Serta jadikanlah mati itu pelepas segala keburukan bagiku.....AMIN

“sesungguhnya mati itu pasti”



Nov 20, 2013

Pendek Itu Comel ?? - WW


Assalamualaikum

Pendek itu comel ??? tetiba kembang jap .... kikiiki


Walaupun twet kat atas tue fake .. bukan dari UAI, tapi .......


Kenyataan kat atas nie tetap ....... puji wanita !!! kikiki




Pelaburan Hayat - WW


Assalamualaikum

Allianz Life Insurance

Pelaburan untuk hayat ... saya sudah... anda?? ^^



posted from Bloggeroid

Nov 19, 2013

SEGMEN MACAM CANTIK JE MACAM COMEL JE


Assalamualaikum

Tertarik dengan segmen dari +adzairdawati makdara "SEGMEN MACAM CANTIK JE MACAM COMEL JE" 

Teringat ada sekeping gambar yang caption nya memang untuk tujuan macam cantik je .... macam comel je .... so apa lagi... yana pon join ler .... ^^



Comel tak saye ..... hehehhe model tak berbayar itu adalah suami yana dan haziq. 




Nov 9, 2013

Tukar Wang Asing

Assalamualaikum

Semalam hubby tukar wang asing untuk kegunaan percutian kami. Memang tinggi kadar tukaran wang asing tersebut. Nipis juga bag duit dibuatnya...

Mata wang apa?? .... SDG !! Singapore ler.... ini menunjukkan mata wang mereka lagi besar dari malaysia.

Semalam tukar RM400.00 ... dapat SDG155.00 sahaja. Huhuhhh ..... nampaknya kena standby duit malaysia lagi lah. Mana tahu... tak cukup nanti.

Sekarang yana dalam bus perjalanan ke singapore. Bertolak jam 9pagi tadi. Naik bus lagi senang.... Doakan keselamatan kami.. hehehh

Tak jadi ke langkawi... kite ke singapore... !! Hehhh



posted from Bloggeroid

Nov 8, 2013

Bila Penyakit Datang


Assalamualaikum

Bila penyakit datang ........ penyakit apa???

Penyakit "M" !!

Penyakit MaLaS !!





Memang terabai ler blog ................... 

!! SeKiaN !!

Nak g cari ubat





Nov 7, 2013

Apa Salah Anak Kucing Ini??


Assalamualaikum





Menitis air mata ketika melihat ibu kucing yang cuba menyelamatkan anak kucing tersebut !!!



Nov 6, 2013

Pesan Nabi Kepada Umatnya


Assalamualaikum


"La Tahzan Innallaha Ma'ana"




Anak Derhaka - WW



Assalamualaikum



doa
Doa untuk ibu bapa





Nov 2, 2013

Running Man & Family Outing Season 1


Assalamualaikum

Siapa peminat Running Man ??? sila sengeh dan gelak guling-guling .. hehehh

Family Outing Season 1


Kalau sedang stress ... dapat layan running man .... pehh .... memang hilang ler stress time nie. Selalunya kalau yana layan running man, memang hubby akan geleng kepala jerk lah .... dia nak cakap yana gile tak smapi hati kot ... kikiki memang terhibur dengan telatah mereka nie.

Macam yana memang tak selalu dapat layan running man kat Tv ... sebab?? sebab ...... hubby yana tak minat !! huhuhhh dia suka yana layan perlawan bola lagi bagus. Erk !! So .... kalau tak dapat layan kat Tv, yana layan kat pc ler ... tue pon kena tunggu time hubby takda ... Line clear beb !! hehehh

Bagi korang yang tak berkesempatan untuk layan running man dengan aman, atau pun berminat untuk tambah koleksi variety video running man atau pun drama-drama korea lain. korang boleh hubungi Cik Nana. Korang klik saja link nie 

Running Man

Fuhh ... memang best layan tanpa gangguan !! hehehh sorry mr hubby ^^




Nov 1, 2013

Ceramah Perdana Ustaz Kazim Elias


Assalamualaikum

Ceramah ustaz kazim elias


Pada 03 Nov ahad ini pula akan diadakan ceramah perdana oleh Ustaz Kazim Elias sempena Sambutan Maal Hijrah. Alhamdulillah .. moga majlis-majlis agama seperti ini akan selalu diadakan di Melaka... Amin ...

Rujuk poster diatas untuk maklumat lanjut.





Oct 30, 2013

Pou ... owhh ... Pou - WW



Assalamualaikum


pou kesayangan
Pou yg perlukan perhatian
Pou yg tak perlu diberi perhatian


♡ time boring baru layan pou ♡

posted from Bloggeroid

Oct 29, 2013

Proses Buat Pasport Malaysia Antarabangsa



Assalamualaikum

Hari sabtu lepas, yana dengan suami bercadang untuk buat pasport baru. Memandangkan pasport lama dah tamat tempoh. Siapa kata hari sabtu tak boleh buat pasport?? sekarang semuanya boleh tau ... hari ahad pon boleh buat. Yana buat jam 4 dapat pasport jam 6petang uolsSs...

Nak tahu kat mana?? mestilah kat UTC... apa itu UTC??? baca kat sini UTC-Urban Transformation Centre. Proses buat pasport malaysia antarabangsa pun mudah sekarang. Tak perlu isi borang !!

Kalau sebelum nie anda pernah ada pasport yang dah tamat tempoh. Anda hanya perlu bawa:- 

1. Pasport lama
2. Gambar (latar belakang warna putih-format baru) 
3. Kad pengenalan. 

Perkhidmatan kios gambar pun ada disediakan di UTC tue. Hanya sediakan duit sahaja... hehehhh Nanti pasport lama diorang akan gunting macam gambar bawah nie.

Pasport

Bagi yang tak pernah ada pasport pula. Anda hanya perlu bawa :-

1. Gambar (latar belakang warna putih-format baru) 
2. Kad pengenalan

Setelah dapat No giliran, nanti anda akan dipanggil untuk proses seterusnya. Buat bayaran RM100 untuk tempoh 2 tahun. Setelah bayaran dibuat, anda akan diminta untuk tunggu lebih kurang 2jam untuk pasport siap. Yana sempat pergi shopping dulu ... hehehhh So satu hari jerk pasport dah boleh siap !!



Bayaran pasport untuk kanak-kanak bawah umur 2 tahun bagi tempoh 2 tahun adalah RM80.00 sahaja. Untuk proses membuat pasport bagi kanak-kanak bawah umur 2 tahun adalah :-

1. MyKid / surat beranak (salinan & original)
2. Kad pengenalan Ibu / Bapa (salinan & original)

Rasanya macam tak jadi pergi langkawi jerk !! dah ada pasport nie .... macam terjadi rancangan lain pulak.... kikiki

Bawa aku pergi .... pacu laju-laju ..... kita lari dari realiti
Buku merah jangan lupa bawa .... moga-moga belum tamat tempoh
owhhhhhhh ... lalalalalaaaaa






Oct 27, 2013

Coklat Cadbury ... Penghapus Stress

Assalamualaikum

Bagi sesiapa yang sedang stress tue... tak kira lah stress sebab trafik jem kew.. stress sebab tak dapat makan ke... pew kata korang makan coklat cadbury nie. Pasti stress korang terhapus !!

Macam yana sekarang nie, tengah stress sebab tak tahu nak buat apa hari nie... hehehhh so coklat cadbury ler mangsanya !! Makan sambil bayangkan dapat lepaskan geram...

Selamat berhujung minggu ... makanlah coklat cadbury bagi penghapus .... penghilang stress !!




coklat sedap
posted from Bloggeroid

Oct 25, 2013

Video & Lirik Lagu Rapuh – Opick


Assalamualaikum

Pagi jumaat yang penuh barakah ... semoga kita semua sentiasa dalam lindunganNya. Amin ... pagi-pagi nie terasa nak layan lagu Rapuh - Opick. Macam ada suatu perasaan yang mencarik-carik jiwa nie.


Lirik Lagu Rapuh – Opick


Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu


Oct 21, 2013

Resepi Aiskrim Oreo


Assalamualaikum

Salam isnin buat semua ... No MoNdaY BlueSs okeh ... hehehh semalam adalah hari kerajinan yana. Sebab apa?? sebab semalam, dari pagi dapur yana tak sunyi. Sampai orang sebelah tanya  .. "ada buat kenduri ke hari nie" ... heheeh ada juga yang minta resepi aiskrim oreo yang yana share gambarnya di instagram.

Pagi yana masak mini murtabak popia. Tak sangka sedap sampai licin pinggan (padahal semua lapar sebab belum sarapan) kikiki ... petang pula yana buat aiskrim oreo.

Kak +Sue-Rya Qistina nie resepi aiskrim oreo untuk akak ^^

----------------------------------------


aiskrim oreo

Resepi Aiskrim Oreo


Bahan-bahan :-
1. 1 tin susu cair 
2. 1/4 tin susu pekat manis ( + - ikut manis yang dikehendaki)
3. 2 sudu besar ovalette
4. Perisa coklat (tak letak pun takpe)
5. Biskut oreo 

Cara-caranya :-
1. Blender bahan 1 - 4 sehingga gebu gebas.
2. Selesai blender bahan tersebut asingkan kepada dua bekas.
3. Patah-patahkan biskut oreo dan masukkan dalam salah satu bekas yang diasingkan tadi.
4. Blanderkan biskut oreo bersama adunan tadi (tak hancur sangat lagi bagus).
5. Tuangkan kedua adunan tadi kedalam bekas bertutup mengikut kretiviti anda.
6. Simpan didalam tempat sejuk beku sehingga beku.
7. **Nak terasa biskut orea .. patah-patahkan sedikit biskut oreo dan taburkan berselang dengan adunan tadi..







Oct 19, 2013

Temujanji Di Klinik Kesihatan

Assalamualaikum

Pagi nie bawa mak pergi rawatan di klinik kesihatan.

Awal pagi kami dah keluar dari rumah untuk ke klinik. Mak cakap kena sampai awal... sebab kalau lambat nanti orang punyalah ramai.

Jam 7am kami dah terpacak kat depan klinik kesihatan nie. Adalah dua ke tiga orang yang dah sampai. Tapi klinik belum buka lagi.

Sekali tengok papan tanda.... jam 8am pagi baru klinik buka lah..... menunggu ler kami kat luar nie 1jam lagi. Orang dah mula ramai. Sama jerk lah macam datang lambat. Huhuhhh


temujanji klinik kesihatan
posted from Bloggeroid

Oct 18, 2013

Rancang Percutian Ke Pulau Langkawi


Assalamualaikum

Sekarang nie yana sedang rancang percutian ke pulau langkawi. Yang sebenarnya ... percutian nie tak dirancang pun. Masa bulan satu awal tahun nie Air Asia ada buat promosi tempat duduk percuma. Yana tanpa fikir panjang terus jerk lah booking.

Al-kisahnya taib ...... hehehh yana hampir terlupa yang tarikh penerbangan ke pulau langkawi tue hujung bulan nie !! mati aku ... mati aku !! hahahhh dengan tabung melancong tak penuh lagi, tetiba nak pergi bercuti pulak. Adoyai ....

Yana pernah menjejakkan kaki ke pulau langkawi nie sekali jerk. Tue pun masa budak sekolah lagi. Rombongan hantar pengantin "moksu" yana kahwin. So memang tak tahu ler nak merewang mana kat pulau tue. Google juga info, maklumat, tips bercuti kat pulau langkawi tue. Banyak juga yang yana dapat. Tapi ... perasaan tak berani tue ada lah juga sikit.

pulau langkawi


Masalah lagi satu mengenai cuti !! kan sebelum nie baru naik cuti raya aidiladha. Kat pejabat yana hari tue cuti dari hari jumaat, sabtu, ahad, isnin, selasa !! rabu baru kerja .... lama kan dapat cuti. Baik .... bos yana. hehehh masalah sekarang ... yana takut nak mintak cuti !! kikikiki masak ... masak ....

Ada sesiapa orang langkawi kat sini?? sudi tak jadi pemandu pelancong untuk yana dan hubby kat langkawi nanti. hehehh

Nak pergi ke tak erk ...... blur
http://matcuoi.com







Oct 12, 2013

Aktiviti Malam Minggu

Assalamualaikum

Apa aktiviti malam minggu korang ??? Kebiasaannya... aktiviti malam minggu yana adalah menjadi penonton setia incik hubby.

Macam sekarang nie, yana ada kat tepi gelanggang badminton. Sambil tengok diorang main badminton, sambil yana ber"online.

Syok juga teman hubby kat sini. Tapi.... yang tak syok nya satu jerk lah. Kat sini panas ... panaSsss. Mana ada air-cond ! Sini bukan mall. Hehehh

Kalau nak lepak sini boleh... tapi pada yang tak tahan panas, baik korang lepak kat shopping complex. Hehehh

Hubby keluarkan peluh kat gelanggang, yana mengkenyangkan perut dengan cikides !! Elok lah tue kan...

Sebelum terlambat, yana nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha buat semua yang beragama islam. Selamat bercuti.... **yana duduk melaka dah cuti dari hari jumaat semalam sampai hari selasa. Rabu baru masuk kerja... bos bagi cuti lama.... jangan jeles !! Hehehh


main badminton
posted from Bloggeroid

Oct 10, 2013

Bahagia Kami Bersama



Assalamualaikum

Alhamdulillah ... kami masih lagi bahagia bersama. Terima kasih pada yang sentiasa mengambil berat pasal kami. Syukur padanya ... kami masih lagi bahagia bersama.

Malam tadi kami ronda-ronda bandar melaka dengan kesayangan hubby. Duduk lepak tepi sungai melaka. Sambil wife dia nie asyik fefiling cute jerk. Snap gambar macam retis pulak.



Melihat keindahan malam di tepi sungai melaka sambil ditemani kesayangan hubby yang menjadi port yana fefiling macam gadis litar .... kikiki pada korang yang nak fefiling .... bolehlah lepak tepi sungai melaka nie. Memang romantik .... ****yang belum kawen dapatkan lesen nikah dulu okies.

Dah puas fefiling .... perut pun mintak diisi. Kami lepak pulak kat Old Taste ... Memang malam tue kami yang punya. Melepak macam esok tak kerja pulak kan. Padahal punyalah susah nak bangun pagi. Tapi nasiblah ... yang penting Bahagia kami bersama. hehehh


Seronok menghabiskan masa bersama orang tercinta. Bukan selalu dapat melepak macam nie. Selagi kami masih berdua, bolehlah lepak macam nie. Maaflah pada makcik .... mak nenek yang jeles aktiviti kami nie. Bukan kami minta .... tapi Allah beri kami peluang nie. Kami redha .... insyallah rezeki lain dalam simpananNya lagi.




PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...