HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Showing posts with label $Pendapatan$. Show all posts
Showing posts with label $Pendapatan$. Show all posts

Dec 6, 2012

Payment Advice Nuffnang



! Assalamualaikum !

Selamat pagi dan salam sejahtera warga blogger sekalian. Semalam cuti, terpaksa auto publish entry sahaja. Hari ini insyallah yana akan bayar BW pada mereka yang sudi jenguk blog yana semalam. Terima Kasih ....

Pagi-pagi semalam dapat notification email dari HSBC .... sebelum buka attachment tue terfikir jugak. Yana tak pernah ada bank HSBC. Takut virus ke apa. Tapi redha jerk lah terus download. Rupanya Payment Advice Nuffnang.

payment advice


Sebelum nie tertanya-tanya juga. Kenapa tiada apa-apa berita dari pihak nuffnang setelah yana cash out pada awal bulan Oct hari tue. So sekarang lega sedikit. Walaupun tak banyak, tapi alhamdulillah .... ada lah juga dari tiada.

nuffnang payment advice

Terima kasih kepada pengunjung blog Nazlyizan yang selama ini menjadi pembakar semangat untuk yana terus menulis disini .... erkkk ... hehehhhh Kalau tiada pengunjung, sunyi sepi blog yana. Ibarat syok sendiri. hehehhh .... minta-minta lepas nie dimurahkan rezeki untuk mendapat CPUV (Cost-per-unique-visit) pula. Terima kasih Nuffnang.

~ Amin ~







Oct 23, 2012

Tiket dari Nuffnang

! Assalamualaikum !

Hari nie yana nak cerita sedikit mengenai Mr Nuffnang. YEs Mr Nuff ... sponsor tegar diblog yana sekarang. Erkk ... hehehhh Entry nie adalah rentetan dari entry Blog Hanif Idrus 

Yeahh ... disebabkan selalu orang update entry mengenai CPUV / BE, yana pun mulalah skodeng blog-blog sifu yang famos amous tue. Bukan nak sangat CPUV tue ..... tapi memang nak pun ... (walau blog tak femosSs) kikiki Yana pun hantar lah tiket / surat cinta pada Mr Nuff ..... macam yang telah disarankan oleh abg Hanif di entry beliau Disini. Selang berapa hari jerk surat cinta yana telah direply semula .... Jom yana share. Moga-moga kita boleh faham bersama. Nubis macam yana nie masih perlu belajar banyak benda.

#--------------------------------------#

Hi N******a,

Terima kasih kerana menulis kepada kami! Sebenarnya, apa yang anda cuba maksudkan ialah kempen CPUV, bukan "Buffered Earnings". Buffered Earnings, Metered Earnings, etc sebenarnya hanyalah istilah yang digunakan untuk kempen CPUV.

Untuk mendapat ruang "Buffered Earning" pada "Earnings" anda, pertama sekali anda haruslah dipilih oleh Pihak Pengiklan (Advertisers) kami untuk membuat kempen CPUV bagi pihak mereka. Terdapat beberapa faktor yang menentukan peluang anda untuk dipilih untuk kempen CPUV. Pihak Pengiklan (Advertisers) memilih blog yang mereka ingin iklankan berdasarkan beberapa faktor seperti berikut :

Disebabkan Pihak Pengiklan (Advertiser) senantiasa mempunyai pasaran khusus untuk kempen mereka, maka mereka akan memilih blog yang mempunyai pembaca blog yang berpadanan sebagai sasaran mereka. Jika pembaca blog anda termasuk di dalam kategori itu, maka peluang untuk anda dipilih untuk mereka adalah sangat tinggi. Kebanyakan bloggers yang tidak mengisi ruang 'survey' yang disediakan dengan betul berkemungkinan tinggi mendapati blog mereka tidak terpilih untuk mendapat kempen atau iklan daripada Advertisers. Ini kerana, 'survey' tersebut berfungsi untuk Advertisers kami mengenali isi kandungan blog bloggers kami dengan lebih baik. Mana-mana blog yang tidak mengisi ruang 'survey' selalunya tidak akan diendahkan oleh Advertisers kami kerana mereka tidak akan tahu jika kempen mereka bersesuaian atau tidak dengan isi kandungan blog tersebut. Oleh itu, kami amat menggalakkan anda mengemaskini laman 'survey' anda dari masa ke semasa untuk menaikkan peluang blog anda dipilih oleh A!
dvertisers kami.

Kebersanan penempatan iklan juga sangat penting dalam industri pengiklanan. Pengiklan kami telah menghabiskan banyak wang untuk mencorakkan iklan mereka dan membeli ruang iklan. Mereka perlu memastikan mesej yang ingin mereka sampaikan kepada pasaran khusus mereka sampai dengan efektifnya. Oleh itu, mereka senantiasa akan membeli ruang iklan yang hanya telah dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. Kesimpulannya, anda hanya perlu meletakkan unit iklan anda pada tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan. 

Sebagai contoh, sesuatu unit iklan "Skyscraper" seharusnya menjadi elemen pertama di sidebar dan bukan di tempat lain. Hal yang sama juga bagi unik iklan "Leaderboard" yang seharusnya menjadi elemen pertama yang dapat dilihat di saat pengunjung masuk ke laman web anda. Manakala, unit iklan "Large Rectangle" pula seharusnya ditempatkan betul-betul di bawah entri pertama anda. Jika unit iklan blog anda tidak mengikut garis panduan yang telah dinyatakan seperti di atas, hal ini akan banar-benar mempengaruhi keputusan Pengiklan untuk memilih blog anda dan berkemungkinan tinggi menyebabkan mereka memilih blog lain.

Selain itu, ruang unit iklan juga memainkan peranan penting bagi Blogger untuk dipilih dalam sesuatu kempen. Semua Pihak Pengiklan kami membuat pembahagian yang sama rata pada ketiga-tiga unit iklan kami iaitu, Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle setiap kali mereka beriklan dengan kami. Jika blog anda mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya, maka peluang anda untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah. 

Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana Pihak Pengiklan kami lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada program hadiah kami untuk Bloggers kami yang paling setia dengan kami. Ahli biasa masih akan dipilih untuk kempen tetapi dalam angka yang lebih rendah berbanding dengan ahli Glitterati.

Oleh itu, anda perlulah mengambil semua inisiatif untuk meningkatkan peluang blog anda untuk mendapat perhatian daripada Pihak Pengiklan, dengan selalu mengemas kini blog anda, menempatkan unit iklan anda di tempat yang betul, dll. Jika nasib menyebelahi anda, dan Pihak Pengiklan memilih anda untuk kempen CPUV mereka, maka peluang untuk anda mendapat beberapa angka di ruang "Buffered Earning" adalah sangat cerah!

Good luck dan selamat berblogging!

#-----------------------------------------------------------------#

***copy paste dari email yana



Oct 11, 2012

Biaw Betikk ... Saja nak menguji Orang ler ....


! Assalamualaikum !

Macam lama pulak tak bercerita kan .. heheh pagi-pagi tadi macam biasa lah sebelum memulakan kerja. Tengok-tengok pendapatan sampingan yang memang tak seberapa tue, hasil berinternet jerk nie.

OMK (owh mak kau..) biaw betikkk macam nak tekeluar biji mata nie. Kenapa tiba-tiba boleh jadik macam nie ?? kompius jap .... 

saja besaw kn .. heheh

Dah senyum sampai ke telinga dah .. padahal selalu peramkan saja. Sebab takda orang nak klik ... heheh Tapi bila perhatikan satu-satu. Tetiba muncung dah panjang ... ermmm ..... Kene tipu lah nie. Total earning kat atas tue tak sama lah ..... menguji iman betul. kohkoh



RM0.20 sen jerk tiap satu iklan yana dapat ... tue pon siapa tah yang baik hati sanubarinya klik iklan yana ... huhuh sedih kan tengok. Memang tak pandai buat iklan untuk orang klik ler dak yana nie ... huhuh



Sep 24, 2012

Kehendak & Keperluan


! Assalamualaikum !

Salam sejahtera kawan maya semua ... sihat? harap semua sihat walafiat *mcm mukadimah surat cinta pulak ... heheh Hari nie isnin kan .. Tapi yana bukan nak cerita pasal Monday BluesS .. sebab memang hari-hari dah bluesS.

Jumaat lepas yana cuti kerja. Ambil cuti dari company *saja nak mention. Yana dengan incik hubby nak settle kan tentang pembelian rumah pertama kami. Yana takda lah mampu untuk beli rumah berharga ratus ribu.

Adalah dalam tiga buah bank yana pergi. Saja nak riki2 kadar faedah segala bagai. Paling tak sangkanya ... Ada sebuah bank yang Ada nama islam iaitu Bank **L*m... korang fikir lah sendiri tau. Dia tanya harga rumah yang yana nak beli tue. Bila dengar jerk harga bawah seratus ribu. Terus dia cakap. Kami tak beri pinjaman pada rumah yang berharga bawah dari seratus ribu !! Pehhh .. punyalah kerekkk dia cakap. Habis tue kami yang berpendapatan rendah nie nak kene beli rumah ratus ribu boleh lepas ke loan ??

Nak beli rumah mahal susah ... Nak beli rumah murah pun susah. Yang kaya terus kaya. Yang miskin / kurang mampu makin tertindas. Apa yang yana dapat lihat sekarang ini. Golongan yang berkemampuan, mereka suka beli rumah yang dilelong @ pemilik tak mampu bayar lagi. Bila dah dapat beli. Mereka renovate sikit-sikit. LEpas tue akan jual dengan harga dua kali ganda dari harga yang mereka dapat beli. Dari situ mereka akan mendapat keuntungan atas angin sahaja.


Kehidupan sekarang ini memang makin mencabar. Pendapatan yang diperoleh tidak seimbang dengan keperluan seperti rumah. Rumah bukan kehendak ... tetapi ianya adalah keperluan. Kerajaan perlu buat sesuatu dengan harga rumah sekarang nie Yang bagi yana memang tak masuk akal.

/ SeKiaN /

Skim Rumah Pertamaku seperti angin lalu




Apr 25, 2012

Side Income

hye ... apa khabar u all. hope ok sokmo. ermm.. dua tiga menjak nie. yana asyik terfikir nk cari side income. tp xtau mcmane. nk ber"bisnes" tp xtau nk jual ape. mcm2 dlm kepala otak nie. tp nk start tue xtau dr mana. tkut hangat2 taik ayam jerk ... hehehe



tp apa pon yana kene jgk cari side income. nk harapkn gaji mmg tiap bulan xkn ckup. nk tggu gaji sebln punyalh lama. tp nk abiskn gaji kjp jerk ... satu ari pon bleh. apa pon yana syukur sgt2 dgn apa yg ad skrg nie. walaupon kdng2 tak mencukupi.



sesape ad pndangan / cadangan / apa2 jerk lh ... "sila komen" hehehe




enjoy !! yay


PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...