Pagi tadi bermulanya Piala Dunia 2014. Brazil merupakan tuan rumah bagi Fifa World Cup tahun 2014. Maka bermulalah rutin sang suami bersengkang mata pepagi buta. huhh Alaaa ... wa tak kisah lah beb !! bukan mata wa pun... krik krik krikk
Ingat suami saja boleh buat peraturan, isteri pun ada peraturan lah untuk suami. Bila dah deal.... baru ler senang hati si isteri. Yang penting jangan ganggu waktu tidur si isteri yang tak berapa minat tengok bola (macam aku)...hehehh
Aku tak minat tengok bola, tapi suami aku peminat bola. So untuk keadilan, aku memang takkan ganggu minat suami aku. Alaa...sebulan jerk kot !! erkk... yang penting "jangan kerana nyamuk, kelambu yang dibakar" .... "jangan team yang disokong kalah, Tv yang meletop kena baling remote" kahkah