HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Feb 28, 2014

Ikan Bakar Hj Nasir, Alai Melaka

Assalamualaikum ... selamat malam. Malam nie makan kat ikan bakar hj nasir, Alai Melaka. Kat sini memang tempat kegemaran kami orang-orang melaka kalau nak makan seafood or makan besar.. hehehh


Ikan Bakar



seafood


Kalau datang ke melaka jangan lupa singgah makan kat sini tau. Banyak kedai juga untuk pilihan... terpulang. Tapi kami suka makan kat hj nasir.

Yummy.. jom makan
posted from Bloggeroid

Oct 22, 2013

Makan Tengahari ... Rahsia Kurus

Assalamualaikum

Yeah !! Hari nie kenyang perut makan tengahari... alhamdulillah... eh macam dah tak dapat makan sebulan jerk gayanya kan.. kan ... hehehhh

Yana selalunya tengahari / lunch hour masa bekerja memang tak makan makanan berat. Selalunya makan biskut kering, gula-gula... kadang-kadang tak makan. Kesian kan....

Satu hari yana makan dua kali jerk. Pagi untuk sarapan, petang balik kerja makan untuk tengahari dan malam sekali. Kenapa??? Miskin ke??? Diet??? Inilah rahsia kurus.... hahahh

Yang sebenarnya.... tengahari time makan tue, yana malas !! Malas nak pergi beli makan... malas nak bawak bekal dari rumah. So berlapar ler.... tapi dah biasa tak makan. So memang takda sampai tergolek kelaparan ler kat office nie.

So kat situ memang dah jimat ler... jimat masa untuk makan tengahari "boleh main Facebook" .... jimat duit !! Boleh shopping time dapat gaji... hehehh

Agaknya... nie ler rahsia badan yana selim melim kot... kohkoh ... pada yang ingin kurus, silalah ikut cara pemakanan yana. Sekian


mee goreng sedap
posted from Bloggeroid

May 3, 2013

Surprise .... Happy Birthday



! Assalamualaikum !

Salam jumaat penghulu segala hari buat semua. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ini. Pejam celik sudah 28 tahun diberi ruang untuk hidup di bumi Allah. Terima kasih Ya Allah ... diatas limpah kurnia nikmat mu. 

Arghhh .... sweet 28 !!! yeah ... i'm still sweet okehhh ... ngeee

Malam tadi dapat surprise dari hubby ... huhuhh terharunya. Terima kasih Allah kerana menghadiahkan insan yang tidak terlihat harganya !! chewah ..... 



Malam tadi dah tidur .... tetiba ingat mimpi. terasa macam ada cahaya pula. Buka mata jerk .... ada orang nyanyi lagu Happy birthday .... hahahh nasib baik baru tidur ayam. Air liur belum sempat keluar lagi.. kikiikiki


Dapat hadiah Jam !! yeah .... suka suka suka ..... hubby perasan kot yana suka pakai jam pakai buang !! alah ... jam murah rm10 tue ... habis bateri buang ler ... beli lain !! heheheh Sekarang dah dapat jam mahal ... kenalah jaga bebaik. Kalau calar pon ... mau menangis seharian. PoYo !!


Punyalah jiwang hubby yana .... kikikikiii but i loike .... muaxxx 



Terima kasih pada rakan yang memberi ucapan dan doa buat yana. Terima kasih tak terhingga. Love korang !!! .... buat hubby terchenta ..... love u much !!



Mar 5, 2013

Pure Marine Collagen / PMC



! Assalamualaikum !

Pagi tadi sempat yana menyiapkan Pure Marine Collagen / PMC. Sebab stok dah ketandusan ... hehehh semua makan cepatlah habisnya.

PMC


Sedikit perkongsian, dulu mak yana selalu mengadu sakit lutut. Nak solat pun susah, jalan lelama pun tak boleh sangat. Yelah ... minyak kat lutut dah kurang. hehehh mak yana yang cakap. Tapi semenjak mak yana mengamalkan pengambilan PMC ini. Alhamdulillah ..... solat pun senang. Hah bab berjalan pun, pantang dengar. Nak follow jerk ... kikiki

masker Pure Marine Collagen

Yang bekas kecik-kecik nie yana buat untuk stok masker muka. Kalau rajin yana buat masker rambut. Aik rambut pun boleh buat masker dengan Pure Marine Collagen nie?? opkos ler boleh cayang ..... kita yang buat dia. Bukan dia buat kita ..... kikikiki Siapa yang mempunyai masalah rambut gugur. Bolehlah mencuba cara ini. Insyallah ......

Untuk info lanjut, Bolehlah rujuk entry " Pure Marine Collagen ". Kalau nak tahu lagi lanjut lagi dan lagi .... boleh inbox jerk yana kat Fanpages okies.




Feb 27, 2013

# Wordless Wednesday # 34 / Hungry



! Assalamualaikum !

hungry domo

**laponya...mulut dah macam Domo .. hukhuk ... krekkkkrekk




Feb 5, 2013

Big Red Strawberry Farm, Cameron Highlands




Assalamualaikum

Big Red Strawberry Farm, Cameron Highlands memang terbaik !! best sebab dapat makan strawberry coklat .. hehehh



Selamat datang ke Big Red Strawberry Farm, Cameron Highlands. Wahhh ... ada macam duta strawbery tak?? heehhh



Ini adalah tempat yang paling yana sukaaaaaa ....... yeah !! poyo jerk. Yana suka tempat nie sebab dapat makan strawbery dengan coklat yang memang terbaik.


Tengoklah muka puas diatas tue. Tolong jangan meluat erk. hehehhh dengan cuaca yang sejuk, dapat makan strawbery yang masam manis dicampur dengan coklat suam... perhhh sodap !!


Makanan yang menarik perhatian yana untuk makan pada hari itu. Incik hubby tak suka strawbery. So keuntungan berganda buat yana. Makan sampai tak nampak jalan pulang. hehehh


Bil untuk makanan diatas, bolehlah .... sebab sedap dan berpuas hati, so tak berkira sangat ler tentang bil tersebut. Lagipun bukan duit yana ... duit hubby... kikikiii


Di Big Red Strawberry Farm, Cameron Highlands nie kita boleh petik buah strawbery sendiri. 1/2 kilo Rm25. Sekilo Rm50. So yana pilih untuk makan sepuas hati. Tak perlu petik-petik .... just order dan makan. kikikikk

Kalau korang ke cameron highlands jangan lupa singgah di Big Red Strawberry farm nie tau .... cuba rasa strawbery dengan coklat tersebut. Pasti terlupa jalan pulang ... hehehh kidding.





Jan 8, 2013

Fenomena Air Laut Merah




! Assalamualaikum !


Fenomena air laut merah yang juga dikenali sebagai "red tide" adalah berpunca daripada kehadiran sejenis organisma sel yang dinamakan sebagai 'phytoplankton dinoflagellate' yang telah melanda di pantai barat sabah sejak lebih dua bulan lalu. Fenomena air laut merah ini dijangka akan berterusan sehingga Mei depan. 


fenomena misteri air laut merah


7 lokasi di sabah telah dikesan menghadapi fenomena air laut merah ini. Lokasi berkenaan ialah Tasik Sitompok, Kota Kinabalu, Pulau Gaya, Teluk Likas, Papar, Tuaran dan Teluk Sepanggar. Orang ramai telah dinasihat untuk tidak memakan hidupan laut yang mempunyai toksin berlebihan seperti kerang dan siput buat sementara ini. 


fenomena air merah


Ini berikutan fenomena air laut merah yang melanda, dikesan mengandungi tahap toksin yang tinggi. Sejak fenomena air laut merah yang telah melanda lebih dua bulan lalu, difahamkan telah mengorban dua nyawa. Buat masa ini, difahamkan tiada ubat khas untuk merawat mangsa yang telah terkena toksin tersebut.





Jan 7, 2013

Segmen : Saya Blogger Negeri .......




! Assalamualaikum !

Yana telah di Tag oleh  +Cik Zaniff 

Klik utk Join

Yana blogger negeri Melaka ... Tak percaya ?? terjah DISINI

Apa yang ada kat melaka ?? kalau yana cerita sejarah melaka memang tak sudah nak menaip. Rasanya semua yang bersekolah pernah belajar sejarah Melaka kan.

Antara entry yana mengenai melaka :-


Pasal makan jerk nieh !!! kikiki nampak sangat kuat makan ... lalallaaaa

Banyak tempat bersejarah kat melaka nie. Semua tempat menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara.

Memang tak rugi kalau berkunjung ke melaka.

Jom ke MeLaKa


- Semua ... semua .... dijemput Join -








Jan 5, 2013

Jalan-Jalan Ke Muar

! Assalamualaikum !

Walaupun berjiran tapi ini adalah kali pertama yana menjejakkan kaki ke muar. Ada yang melayan mestilah sampai. Kalau tak.... Bila ler agaknya yana nak jenjalan kat muar nie kan.

Tak tahu ler apa masalah jiwa hari nie, meronta-ronta nak ke muar. Tujuan sebenar tak tahu pulak. So ajak jerk incik hubby ke muar. Kononnya nak merasa mee siput.

Dengan berpandukan GPS (guna pun sesat), kami ronda-ronda pekan muar. Lepak tepi laut, pantai ... Mall .... Sume kat tepi-tepi jerk. Hehhh hajat nak mencari mee siput tak kesampaian. Melayan GPS jerk, sampai perut dah lapar. So singgah jerk makan kat Muar Soup House. Makan nasi ayam hainan. APTB ... Ngeeee

Kami nak cari kedai makan pun tak tahu arah mana. Macam tak nampak kedai makan jerk kat pekan tue. Hehhehhh

Tak jumpa mee siput ... Erm.. Ada peluang jenjalan lagi kat muar nie... Hehehhh misi memujuk incik hubby perlu diteruskan selepas ini.

Layan jerk lah gambar yang sempat yana snap .... Hehhh :)

PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...