Siapa peminat Running Man ??? sila sengeh dan gelak guling-guling .. hehehh
Kalau sedang stress ... dapat layan running man .... pehh .... memang hilang ler stress time nie. Selalunya kalau yana layan running man, memang hubby akan geleng kepala jerk lah .... dia nak cakap yana gile tak smapi hati kot ... kikiki memang terhibur dengan telatah mereka nie.
Macam yana memang tak selalu dapat layan running man kat Tv ... sebab?? sebab ...... hubby yana tak minat !! huhuhhh dia suka yana layan perlawan bola lagi bagus. Erk !! So .... kalau tak dapat layan kat Tv, yana layan kat pc ler ... tue pon kena tunggu time hubby takda ... Line clear beb !! hehehh
Bagi korang yang tak berkesempatan untuk layan running man dengan aman, atau pun berminat untuk tambah koleksi variety video running man atau pun drama-drama korea lain. korang boleh hubungi Cik Nana. Korang klik saja link nie
Pagi jumaat yang penuh barakah ... semoga kita semua sentiasa dalam lindunganNya. Amin ... pagi-pagi nie terasa nak layan lagu Rapuh - Opick. Macam ada suatu perasaan yang mencarik-carik jiwa nie.
Video dibawah ini adalah rentetan dari video pergaduhan Isteri Mat Yo dengan Pak Guard yang mula menjadi viral semalam. Video ini adalah pengakuan dari Pak Guard yang menjadi mangsa maki hamun isteri Mat Yo.
Masa mula-mula tengok video nie... tetiba aku sedih dan sayu ..... YaAllah ... sedihnya....
Part yang buat aku terharu bila pakcik nie cakap bab saman menyaman. Kalau boleh dia taknak saman-saman nie sebab dia bukan orang senang. *-*
Jangan risau pakcik ... ramai yang sokong pakcik kat luar nie. Allah akan sentiasa tolong orang yang teraniaya. Macam sekarang nie kan ..... perempuan tue upload video konon nak tunjukkan dia yang teraniaya, tapi sebaliknya yang berlaku. Dia pulak yang kena kutuk dengan masyarat sekarang nie !!!
Selamat hari wanita sedunia yana ucapkan kepada semuaaaaa ...... semua, semua !! manusia yang bergelar wanita didunia ini termasuk diri yana sendiri !!
Hari ini 08 march merupakan tarikh pernghormatan buat wanita sedunia. Hargailah wanita didunia ini setiap saat dan masa. tidak hanya hari ini sahaja.
Hari nie nak hadiahkan lagu buat wanita-wanita didunia ini. chewahh !! Terimalah
Disebabkan hari nie isnin, masih mencari-cari arah tuju. Orang kata monday blues .... hehehhh so nak share sesuatu sikit dengan korang. Lagu yang yana rasa best jgkkkkk ...... kalau layan. Dari "ST12 - Putih-putih Melati" ....
Pagi nie idea nak tulis entry takda lah ... masih beku lagi kot. hehehh Korang perasan tak lagu kat blog nie dah tukar. Mesti tak perasan kan ... sebab selalu on9 volume mute ... sebab takut kantoi ngan bos. kikiki macam tau2 jerk yana kan. Sebab yana pun buat macam tue. Kalau bos takda jerk baru volume kasi on.
Korang yang on volume tue rasa bingit tak dengan lagu kat blog yana nie?? ok tak pemilihan lagu nie? mengganggu konsentrasi korang nak membaca tak???? banyaknya soalan kan .....
Yana pilih lagu dari Hazama - Aku MahuDia nie sebab teringat time cintan cintun dulu ler ...... lagi pun gara-gara tengok cerita apa celup toqqqq ..... balik rumah terus cari lagu nie. melody dia best kotttttt
Yana share video OST Apa Celop Toqq ek dari youtube. Enjoy ~
~ saat aku kenali
dia hati ku ini selalu gundah selalu ingin dekati dan ingin menghampiri dia...
aku mahu dia milikku ku harap semua pun tahu bahagia terasa bila ku lihat
senyumannya... aku sedar ku telah jatuh cinta dengannya hati ku terasa luar
biasa aku tahu kau selalu curi lihat aku mata mu jelas kan kau mahu katakanlah
pada kekasih andainya kau punya perasaan seperti ku agar kita bisa bersama
tolong jawablah kasih jawablah perasaan hatiku yang berdebar ku selalu
terbayang senyummu.. lalalaaaaaaa ~~
Selamat hari jumaat semua ... penghulu segala hari. Semoga hari ini lebih baik dari sebelumnya.. insyallah... amin.... **esok cuti lah...heheh Hari nie jumaat?? yups hari nie jumaat ler..sok sabtu dah cuti. Oyeah !!
Selalunya hari jumaat masa rehat lama. Dari jam 12.30 - 2.30. Lamakan... sempat lagi sedekah air liur kalau tidur. heheh Tapi yana memang tak pernah tidur kat pejabat. Bukan taknak tidur, tapi memang tak boleh tidur. **bantal ucuk xda kot... heheh
Selalunya hari jumaat yana dengan kawan (Bff dunia akhirat) akan mengayam ketupat **mengumpat, makan bersama. Yelah bukan selalu dapat jumpa. Walaupun pejabat kami berdekatan, Tapi memang susah nak jumpa. Sebab masa rehat hari biasa cuma satu jam. Yana lebih suka duduk dalam pejabat sahaja. Jarang keluar untuk makan .. malassSsss
Tapi Sejak dua minggu lepas, Yana tak jumpa dengan Yul lagi. Makan pun dalam pejabat. Dah takda kawan untuk makan bersama. Yul dah pindah kerja....jauhhhhh. huhuh tinggallah yana sorang-sorang kat sini. Sampainya hati mu ...... lalalalaaaaaaaaaaaaa
Tapi takpalah...Yana pun memang suka dia dapat kerja kat tempat baru. Takdalah sampai kene basuh baju orang lain lagi .... **jahat tau orang kat tempat kerja lama dia. Kadang-kadang manusia nie kalau kita dah baik dengan dia. Mulalah ambil kesempatan.
Selalu bila dengar Yul cerita ... sakit jerk hati yana. Yana rasa bersalah sebab yana yang carikan dia kerja kat company lama dia tue. Semoga Yul sukses ditempat baru. Ditempat yang orang tahu hargai penat lelah dia.
Jom kita mulakan kerja dengan Bismillah ..... layan video kat bawah nie jap.... heheh
Semalam kecoh satu malaysia mengenai sebuah video yang mmg membuatkn ramai org marah, menggigil tgn dan kaki bila melihatkn kezaliman si ibu (ibu kew). dari sumber2 yg yana baca. kes tersebut adalah kejadian yg berlaku pada thn 2011 lepas tetapi tiba2 mula tersebar semula.
Pihak polis melalui facebook Polis Diraja Malaysia mengesahkan kes tersebut telah diselesaikan melalui pengumuman di laman facebook tersebut. polis mengesahkan bahawa si pelaku adalah ibu kandung bayi malang tersebut.
Tiada kata yang mampu dilafazkan apabila bayi ini diperlakukan dengan kejam oleh si pelakunya. Sebagai manusia yang bertamadun, apa yang berlaku dalam video ini harus dipandang berat oleh kita semua terutama pihak berkuasa.
Bayi ini telah dipukul dengan bantal, ditendang, dicubit tanpa ada langsung belas kasihan dan simpati daripada insan yang bernama manusia, tetapi berhati iblis! Sedarlah, anak-kanak ini tidak berdosa, kalaupun ia berdosa, dosanya hanyalah kerana dia hanya mampu menangis dan tidak lebih daripada itu.
Semoga Allah merahmati bayi ini, tiada kata yang mampu diucapkan tatkala menonton video ini. sesungguhnya haiwan lebih sygkn anak!!!
Gambar ini dikatakan bayi yang didera dalam video tersebut... (selepas kejadian)
STATUS VIDEO PENDERAAN BAYI
Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.
Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.
Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
assalam ... ptg2 dok kat opis nie mengantok yg amat. mcm nk tercabut jerk biji mata yana nie tahan ngantok... huhuhu nasib baik bos2 sume dh keluar. penat berlakon time bos ad td pon dh ilang. so skrg time utk yana syok sdr .... hehehe tgh klik2 kat youtube ter"klik" plak video nie .... trus segar mata. mcm nk termsuk plak biji mata nie... kikiki seronok plak yana tgk baby2 nie gelak. dalam otak dh terfikir. balik dr kje nie nk ngusik anak buah. nk jgk tgk dia gelak mcm dlm video nie. lalalalalala ~~~
PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri