! Assalamualaikum !
Pada jam 2.30 pagi ahad lepas tiba-tiba yana dikejutkan dengan panggilan dari adik yana. Masa tue yana ada di rumah mertua. Fuhh ... macam nak gugur jantung nie. Adik kata kilang tisu yang berhampiran rumah terbakar. Api sedang marak. Kilang tersebut berada kurang dari 100m dari rumah penduduk taman perumahan yana. Rumah yana dikira dekat sangat dengan kilang tersebut. Kebakaran dikatakan telah mula pada jam 1.30am.
Incik hubby tekan minyak kereta bedesup ..... terus balik rumah. Kat rumah yana masa tue ada adik yana yang perempuan saja. Mak dengan yang lain ke Kuala Lumpur sebab cuti sekolah. Bimbang juga kalau tak dapat selamatkan dokumen penting kami. Mak dengan ayah yang ada di Kuala Lumpur pun tak senang hati. Diorang nak balik .. tapi yana dengan hubby nak sedapkan hati mereka. Kami cakap situasi masih terkawal. So tak perlu lah balik dulu. Sebab mereka baru jerk bertolak sebelum kejadian.
Sesampainya kami kat rumah ... Jentera Bomba 2 biji dah ada kat lorong rumah yana. Lagi 3 biji kat luar kilang. Bomba sedang berusaha memadamkan api dari belakang kilang yang berhampiran rumah penduduk. Bomba sebaik mungkin berusaha mengawal api dari menjilat rumah penduduk, termasuk rumah yana. Masa tue dah ramai orang datang. Tiba-tiba macam ada pertunjukkan pula.
Incik hubby selamatkan motor-motor yang ada dalam rumah. Yana dengan adik selamatkan dokumen penting dalam rumah. Barang-barang kami tak keluarkan. Sebab belum dapat arahan dari pihak bomba. Cuma rumah yang berada disebelah kilang sahaja diarah bersiap sedia jika kemungkinan api tidak dapat dikawal. Masa kebakaran berlaku, terdengar letupan-letupan kecil dari kilang tersebut.
Pemandangan dari belakang rumah yana |
Yana tidur dalam pukul 6pagi. Sebab dah tak tahan mengantuk. Hubby standby lagi. Tolong jadi pemerhati bomba padamkan api. Sebab api masih marak lagi. Pagi ahad tue yana bangun jam 8.30pagi. Bomba masih padamkan api lagi. Sebab masih ada asap dari dalam kilang. Kat luar rumah dah macam salji turun jerk. Tisu yang terbakar dibawa angin berterbangan. Bau hangit dari kilang tak yah cakap ler ....
Pagi tadi sebelum ke tempat kerja, bomba masih ada lagi. Sebab asap dari kilang tersebut masih nampak dari rumah yana. Mungkin bomba standby jika berlaku diluar jangka.
Kilang tisu tersebut menjadi sumber pendapatan penduduk kampung dan taman perumahan disekitar kawasan tersebut, termasuk abang ipar yana. Tak tahu lah nasib mereka .... sebab boleh dikatakan 85% kilang tersebut telah selamat dijilat api.
Berita Sinar Harian
MyNewsHub
Berita Sinar Harian
MyNewsHub
13 0 Pengomen Terhebat:
assalamualaikum yana, syukur alhamdullilah yana dan keluarga takda pape. yana, bahaynya rumah dekat dgn kilang. kat rumah sheila dah 2 kilang terbakar. dalam 1km gak la. hee takutnya tgok api marak
nasib baik x merebak ke rumah yana... syukur Alhamdulillah...
seb baik xde ape2 ye yana
syukur alhamdulillah api tak merebak ke kawasan sekitar, ...nilah susahnya kalau buat kilang dekat sangat dengan penempatan awam..risiko !
bayanya..nsin xde pape kn
ALmahdulillah masih terkawal..
Tapi ksian bagi mereka yang cari rezeki kat situ...
Tapi rasa dapat pampasan....
dekat betul ngan umah yana...nsb baik xde kejadian x diingini berlaku kan.. ksian plak pada mereka yg kerja kat kilang tisu tu...
syukur xde pape..sume selamat..dekat sangat ngan rumah ye.ape nama kilang tisu tu yana..x perasan pulak ade kilang tisu kat sana
@mama3heroo : tak tau ler nama apa .. selalu pggl kilang tisu jerk. hehehh dah lama kilang tue ada ... dari yana kecik2.
Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa dan rumah2 penduduk berhampiran pun selamat.. Simpati dgn nasib pekerja2. Moga masih ada rezeki buat mereka..
alhamdulillah yana & penduduk setemapat selamat
DUDUK KAT KRUBONG ERK? ORANG MELAKA KE NI? :)
@fairus aah owg melaka ^^
Post a Comment