! Assalamualaikum !
Bagi sesiapa yang pernah merasai pengalaman untuk membeli rumah pertama pasti sudah jelek dengan perkataan " Skim Rumah Pertama " . Fuhh ... memang tak boleh pakai langsung !! itu semua hanya omongan momokan kosong sahaja bagi menyedapkan hati insan yang memerlukan.
Untuk yang sedia maklum, yana ada apply untuk membeli "
rumah mampu milik" ler sangat !! Pada bulan tiga lepas yana dan suami penat lelah beratur untuk merebut peluang yang diberi oleh pemaju untuk memiliki rumah mampu milik tersebut. Kami dah bayar "booking fee" dan sign dokumen kat lawyer. Selepas itu, kami perlu mencari bank bagi pembiyaan pinjaman rumah tersebut yang disediakan oleh pemaju. Antara bank yang boleh dipilih ialah BANK ISLAM, CIMB, MUAMALAT, MBSB ...
Yang menyakitkan hati dan menyesakkan minda sanubari ini adalah kerana ......... ini adalah pembelian rumah pertama bagi kami. Tetapi bila tanya mengenai "skim rumah pertama" semua bank tersebut menyatakan baik tak payah guna skim tersebut. Sebab !! memang takda faedah pun yang boleh kita dapat dari skim itu !! erkkk ....
Yang sebenarnya, pembelian rumah ini telah tergendala kerana "PEMAJU" tidak mendapatkan lagi GERAN bagi kawasan perumahan tersebut. So semua bank tidak mahu memberi kami "pembeli" pinjaman bagi pembelian rumah tersebut !! Arghh ... semak fikiran nie.
Cuma Bank Muamalat saja yang berani mengambil risiko dengan memberi pinjaman untuk membeli rumah di kawasan tersebut. Tetapi .... tetapi !!! diorang hanya boleh bagi kami 80% pinjaman sahaja !! WTHekk .... lagi 20% mana kami nak cari ????? kalau minta pada najib dia boleh bagi tak ??? huahuahhahh
MBSB lagi bagus boleh bagi 100% loan untuk rumah pertama. Tetapi ..... tetapi !! anda jangan terpedaya !! mana ada bank nak buat amal jariah !! cuba lah korang tanya betul-betul apa yang tersembunyi. Yana malas nak terangkan ..... huhuhhh semua bank sama jerk !!! "KEUNTUNGAN SEMATA".
Yana dan suami dah berbincang, mungkin kami takkan terima loan dari muamalat. Sebab kami tak mampu nak cari 20% tue !! kalau kami sign agreement loan pun belum tentu boleh dapat rumah. Sebab sampai sekarang pihak pemaju menyepi mengenai GERAN tersebut.
Menunggu dan terus menunggu !!! menanti sinar harapan ^^
SeKiaN dari Rakyat Biasa yang TiDaK KaYa !!