HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Dec 10, 2013

Tangisan Bayi Tepi Longkang


Assalamualaikum

Susualan entry berita Bayi dibuang di tepi longkang yang yana update pagi tadi. Alhamdulillah .... panjang umur bayi yang tidak berdosa itu. 


"Ipoh: “Bayi itu pasti mati jika saya dan rakan tidak menjumpainya,” kata Chong Lean Fatt, 48, yang menemui bayi baru dilahirkan dibuang dalam keadaan bogel di tepi longkang berhampiran Jalan Lapangan Perdana 19, Taman Lapangan Setia, di sini, pagi semalam.

Bayi perempuan cukup sifat dan masih bertali pusat itu dicampak di kawasan sunyi berhampiran lokasi projek pembinaan rumah kedai yang baru disiapkan.

Chong yang juga seorang kontraktor berkata, dia bersama seorang rakan serta wakil syarikat pemaju menemui bayi malang itu pada jam 11 pagi selepas terdengar tangisannya. Menurutnya, dia datang ke kawasan itu untuk memasang jeriji besi di sebuah unit kedai dan segera memaklumkan kepada rakan."

Saya beritahu rakan mengenai suara bayi menangis, tapi dia kata itu mungkin bunyi anjing liar atau kucing. Saya tidak puas hati dan memaklumkannya kepada wakil pemaju projek kedai itu yang datang untuk memantau kerja pengubahsuaian." 



Dec 9, 2013

Bantuan Sumbangan Untuk Mangsa Banjir Dari Negeri Melaka


Assalamualaikum

Sejak bencana banjir yang melanda negeri pantai timur khususnya negeri pahang. Tercari-cari juga info kat melaka nie. Niat hati nak membantu dari segi pakaian. Sebab banyak juga pakaian yang nak disumbangkan. Hari nie, alhamdulillah .. dapat info kat facebook. Akhirnya Bantuan sumbangan untuk mangsa banjir dari melaka ada juga diadakan.

Jejak kembara G7 prihatin bagi membantu mangsa banjir mengumpul pakaian dan barangan yang dirasakan boleh membantu mangsa banjir. AJK bagi jejak kembara akan menghantar bantuan tersebut dalam masa terdekat. Bagi bantuan jenis pakaian, diharap anda dapat mengasingkan pakaian tersebut seperti pakaian perempuan, pakaian lelaki, pakaian kanak-kanak dan sebagainya.

Segala sumbangan anda boleh diserahkan :-

- Hari Selasa
- 10.12.2013
- Jam 5.30 petang
- Lokasi Medan Selera Durian Tunggal, berhampiran masjid An Naim Durian Tunggal

Jom warga melaka, marilah sama-sama kita memberikan bantuan bagi meringan beban mangsa banjir. Moga sumbangan kita ini bermanfaat buat mereka.





Dec 7, 2013

Gelombang Kedua Banjir

Assalamualaikum

Hujan kembali turun di negeri Pahang. Kemungkinan gelombang kedua akan datang.

Diminta penduduk lebih berhati-hati dan berjaga-jaga.

Marilah kita bersama mendoakan kesejahteraan bagi rakyat negeri pahang dan negeri-negeri yang sedang dilanda ujian dariNya... amin ....



posted from Bloggeroid

Dec 6, 2013

30 Orang Pertama Dalam Islam Yang Perlu Kita Ketahui


Assalamualaikum


Siapakah orang pertama yang cipta telefon? alexander graham bell .. Siapakah orang pertama tulis bismillah ? ????? anak kalau tanya mahu demam nak jawab kan? .Jadi simpan nota ini untuk panduan bersama....

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM 
-----------------------------------------------

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

------------------------------------------------------

Sekarang rasanya dah boleh jawab soalan-soalan anak pintar kita??? In Shaa Allah boleh .... ^^



Dec 4, 2013

Info Banjir Terkini - WW


Assalamualaikum




Dec 2, 2013

Petua Untuk Dapatkan Wajah Berseri


Assalamualaikum

Petua Untuk Dapatkan Wajah Berseri


Lagi satu yana nak tambah .... air sembahyang pun boleh buatkan wajah kita berseri. Selepas ambil air sembahyang, jangan dilap muka tue. Biarkan air sembahyang tue kering sendiri ^^

***takda rahsia ... muka saya memang macam nie. mungkin kesan dari ambil air sembahyang .... kikiki statement siapakah ini ^^




Nov 22, 2013

Istimewanya Pemuda Bernama Ahmad Ammar Ahmad Azam


Assalamualaikum

Salam jumaat penghulu segala hari buat semua. Istimewanya anak muda yang bernama Ahmad Ammar Ahmad Azam ini. Betapa beruntungnya pemuda yang bernama ahmad ammar ini. Ini dapat dilihat selepas pemergiannya kealam yang kekal iaitu kematian. Ahmad Ammar telah kembali ke penciptanya pada 02 November 2013

Ahmad Ammar merupakan penuntut jurusan sejarah di University Marmara, Turki. Allahyarham telah meninggal dunia dalam satu kemalangan ketika melintas jalan. 


Antara keistimewaan yang diperoleh, allahyarham telah disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Sebuah tanah perkuburan yang telah menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya', panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan disana.

Malahan begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan university telah hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya telah mengiringi jenazah allahyarham ke tanah perkuburan.

Betapa istimewanya pemuda ini, sedangkan Ammar hanyalah seorang penuntut Malaysia yang berada disana. Saksikanlah video dibawah ini untuk mengetahui perjalanan hidup anak muda yang istimewa bernama Ahmad Ammar Ahmad Azam. - Al-fatihah -


Ya Allah Ya Tuhanku, Baguskanlah untukku Agamaku yang menjadi pangkal urusanku, Baguskan pula Duniaku yang menjadi tempat penghidupanku, Dan Baguskanlah Akhiratku yang padanya tempat kembaliku nanti, Jadikanlah hidupku bekalan bagiku dalam segala kebaikan, Serta jadikanlah mati itu pelepas segala keburukan bagiku.....AMIN

“sesungguhnya mati itu pasti”



Nov 20, 2013

Villa Nabila Yang Hilang Misteri


Assalamualaikum

Villa nabila yang hilang misteri disebabkan seorang remaja !!


Troll untuk rakyat malaysia ..... APTB **ingat polis takda kerja kew ...




Nov 19, 2013

Susulan Kes Bunuh Pegawai Bank


Assalamualaikum

Bekas pengawal keselamatan, nama sebenar Laode Ardina Laude Rasila. Dihadapkan ke mahkamah hari ini atas dakwaan membunuh pegawai AmBank oktober lalu.


Sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati.


Isteri suspek utama kes bunuh pegawai bank, helpia pula dipenjara enam bulan kerana tinggal melebihi tempoh di malaysia.

Sumber lanjut : BeritaHarian





Nov 9, 2013

Tukar Wang Asing

Assalamualaikum

Semalam hubby tukar wang asing untuk kegunaan percutian kami. Memang tinggi kadar tukaran wang asing tersebut. Nipis juga bag duit dibuatnya...

Mata wang apa?? .... SDG !! Singapore ler.... ini menunjukkan mata wang mereka lagi besar dari malaysia.

Semalam tukar RM400.00 ... dapat SDG155.00 sahaja. Huhuhhh ..... nampaknya kena standby duit malaysia lagi lah. Mana tahu... tak cukup nanti.

Sekarang yana dalam bus perjalanan ke singapore. Bertolak jam 9pagi tadi. Naik bus lagi senang.... Doakan keselamatan kami.. hehehh

Tak jadi ke langkawi... kite ke singapore... !! Hehhh



posted from Bloggeroid

Nov 2, 2013

Running Man & Family Outing Season 1


Assalamualaikum

Siapa peminat Running Man ??? sila sengeh dan gelak guling-guling .. hehehh

Family Outing Season 1


Kalau sedang stress ... dapat layan running man .... pehh .... memang hilang ler stress time nie. Selalunya kalau yana layan running man, memang hubby akan geleng kepala jerk lah .... dia nak cakap yana gile tak smapi hati kot ... kikiki memang terhibur dengan telatah mereka nie.

Macam yana memang tak selalu dapat layan running man kat Tv ... sebab?? sebab ...... hubby yana tak minat !! huhuhhh dia suka yana layan perlawan bola lagi bagus. Erk !! So .... kalau tak dapat layan kat Tv, yana layan kat pc ler ... tue pon kena tunggu time hubby takda ... Line clear beb !! hehehh

Bagi korang yang tak berkesempatan untuk layan running man dengan aman, atau pun berminat untuk tambah koleksi variety video running man atau pun drama-drama korea lain. korang boleh hubungi Cik Nana. Korang klik saja link nie 

Running Man

Fuhh ... memang best layan tanpa gangguan !! hehehh sorry mr hubby ^^




Oct 29, 2013

Proses Buat Pasport Malaysia Antarabangsa



Assalamualaikum

Hari sabtu lepas, yana dengan suami bercadang untuk buat pasport baru. Memandangkan pasport lama dah tamat tempoh. Siapa kata hari sabtu tak boleh buat pasport?? sekarang semuanya boleh tau ... hari ahad pon boleh buat. Yana buat jam 4 dapat pasport jam 6petang uolsSs...

Nak tahu kat mana?? mestilah kat UTC... apa itu UTC??? baca kat sini UTC-Urban Transformation Centre. Proses buat pasport malaysia antarabangsa pun mudah sekarang. Tak perlu isi borang !!

Kalau sebelum nie anda pernah ada pasport yang dah tamat tempoh. Anda hanya perlu bawa:- 

1. Pasport lama
2. Gambar (latar belakang warna putih-format baru) 
3. Kad pengenalan. 

Perkhidmatan kios gambar pun ada disediakan di UTC tue. Hanya sediakan duit sahaja... hehehhh Nanti pasport lama diorang akan gunting macam gambar bawah nie.

Pasport

Bagi yang tak pernah ada pasport pula. Anda hanya perlu bawa :-

1. Gambar (latar belakang warna putih-format baru) 
2. Kad pengenalan

Setelah dapat No giliran, nanti anda akan dipanggil untuk proses seterusnya. Buat bayaran RM100 untuk tempoh 2 tahun. Setelah bayaran dibuat, anda akan diminta untuk tunggu lebih kurang 2jam untuk pasport siap. Yana sempat pergi shopping dulu ... hehehhh So satu hari jerk pasport dah boleh siap !!



Bayaran pasport untuk kanak-kanak bawah umur 2 tahun bagi tempoh 2 tahun adalah RM80.00 sahaja. Untuk proses membuat pasport bagi kanak-kanak bawah umur 2 tahun adalah :-

1. MyKid / surat beranak (salinan & original)
2. Kad pengenalan Ibu / Bapa (salinan & original)

Rasanya macam tak jadi pergi langkawi jerk !! dah ada pasport nie .... macam terjadi rancangan lain pulak.... kikiki

Bawa aku pergi .... pacu laju-laju ..... kita lari dari realiti
Buku merah jangan lupa bawa .... moga-moga belum tamat tempoh
owhhhhhhh ... lalalalalaaaaa






Oct 28, 2013

Facebook Suspek Kes Bunuh Pegawai Bank


Assalamualaikum

Susulan kes pembunuhan seorang pegawai operasi AmBank Tempoh hari, suspek kes bunuh tersebut yang dikenali sebagai Ardi Hamzah dipercayai masih bebas dan masih berada didalam negara kita ini.

Marilah kita sama-sama SEBARKAN GAMBAR-GAMBAR DAN FACEBOOK PEMBUNUH ini !! 

Jika dilihat dari akaun facebook suspek kes bunuh pegawai bank berkenaan yang menggunakan nama Ardi Ode Putra Katela, ternyata suspek ini berasal dari INDONESIA !!! dasar binatang yang tak berhati perut !!!

Mari sama-sama kita membantu pihak berkuasa sehingga tertangkapnya lelaki yang tidak berhati perut ini.



Sekiranya ternampak, terserempak atau mempunyai maklumat mengenai lokasi lelaki ini, SILALAH laporkan ke balai polis terdekat atau hubungi 03-2052 9999.




Oct 24, 2013

Pekerja Bank Mati Ditembak



Assalamualaikum

Kejam !! gila !! hanya itu yang terluah bila terbaca berita mengenai seorang pekerja bank yang mati ditembak oleh seorang pengawal keselamatan dibilik kebal bank berkenaan.


Suspek telah melepaskan tembakan mengenai muka mangsa. Hanya kerana duit manusia menjadi sekejam ini !! kalau pun ingin merompak ..... jangan lah sampai sanggup membunuh !! 



Dikatakan, suami mangsa sempat menghubungi isterinya beberapa minit sebelum kejadian berlaku pada petang semalam.



Lelaki dalam gambar diatas ini merupakan suspek kes bunuh pegawai bank dalam kejadian rompakan di bilik kebal bank tempat mangsa bekerja di jalan USJ2 sentral subang jaya petang semalam.

Diharapkan suspek terima hukuman yang sepatutnya !!! semakin hari ..... pelbagai jenayah yang dilaporkan dinegara ini. Semakin nyawa bagai tidak berharga. Moga kita sentiasa dalam redhaNya.



Oct 22, 2013

Takziah ... Nooreen Noor Telah Meninggal Dunia


Assalamualaikum

Nooreen Noor

Al-Fatihah buat arwah Nooreen Noor




Oct 10, 2013

Makluman Waktu Solat Aidiladha



Assalamualaikum

Makluman waktu solat aidiladha bagi negeri melaka adalah pada hari Selasa 15 Oktober 2013, jam 8.30 pagi di Masjid Al-Azim, Negeri Melaka.

Pada yang berdekatan marilah beramai-ramai kita memenuhkan masjid.

solat aidiladha

Sumber : FB Masjid Al-Azim






Oct 9, 2013

Jangan Pernah Tinggal Solat



Assalamualaikum

solat

Jangan pernah tinggal SOLAT !!!






Oct 7, 2013

Power Bank Yoobao Transformer


Assalamualaikum

Sekarang ini kita selalu mendengar mengenai "power bank". Power bank adalah sebuah alat kecil yang memudahkan kita membawanya kemana sahaja. Power bank charger berfungsi sebagai alat pengecas "gadget" kita. Apa itu power bank Yoobao Transformer ??

Power bank yoobao transformer adalah salah satu jenama power bank yang ada dipasaran dimasa ini. Terdapat banyak jemana power bank di pasaran pada masa ini. Anda hanya perlu membuat pilihan kesukaan anda sahaja mengikut bajet dan kapasiti charge yang anda perlukan. Power bank yoobao transformer sebab ada gambar transformer.... ok tak jawapan yana?? hehehh



Yana dah dapat beli power bank yoobao transformer 13000mAh. Ini gara-gara yana selalu tertinggal charger handphone kat pejabat. Kalau esok kerja takpelah .... tapi selalunya yana lupa nak bawa balik charger masa cuti sabtu ahad. Suami guna handphone HTC ... mana nak sama charger.


Yana pilih yoobao transformer sebab design dia yang menarik dan terdapat 2 USB yang boleh digunakan. Maksudnya boleh charge dua handphone dalam satu masa.

Yana juga hampir tertipu dengan power bank yang bukan original. Korang kalau nak beli berhati-hati lah .... jangan kerana harga murah, korang terus beli. Jangan !! korang servey dulu dua ke tiga kedai. Dah berpuas hati, baru korang buat pilihan. Nasib baik suami ada kawan penjual handphone .... dapat lah elak dari penipu yang ingin mengaut keuntungan semata.





Oct 3, 2013

Rawatan XRay HSG



Assalamualaikum

APA ITU HSG


HSG adalah ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan salur peranakan. Ia mengunakan teknologi x-ray yang dapat memberikan gambaran bentuk rahim dan salur peranakan. Semasa ujian ini, dye berwarna akan disuntik kedalam rahim dan ia akan mengalir kedalam salur peranakan dan seterusnya kedalam ruang pelvis. HSG akan memberikan maklumat kepada pakar radiologi untuk memastikan samada terdapat kerosakkan pada sistem peranakan anda.

APA YANG BOLEH DIKESAN OLEH HSG


Secara umumnya, HSG digunakan untuk mengesan ketidaknormalan pada rahim dan salur peranakan. Ia boleh mengesan kerosakan dan penyumbatan pada pada salur peranakan dan juga boleh memberikan maklumat tentang bentuk dan saiz rahim anda. Walaubagaimanapun ia juga boleh mengesan fibroid atau polip dalam rahim dan juga memberi idea tentang kewujudan parut disekitar ruang pelvis

HSG DAN KEHAMILAN


Disamping berupaya untuk mencari masalah salur peranakan dan rahim, ia juga didapati meninggikan kadar kehamilan bagi sesetengah wanita. HSG kadang-kadang menolong menghilang debu dan penyumbatan tidak serius pada salur peranakan. Ini membolehkan mereka yang mengalami masalah infertili menjadi hamil selepas HSG.

PROSEDUR HSG


  1. Anda akan berbaring diatas meja x-ray dengan lutut membengkok keatas.
  2. Spekulum akan diletakan didalam faraj untuk mendedahkan serviks ( pangkal rahim)
  3. Satu tiub plastik akan dimasukkan ke dalam rahim melalui liang serviks.
  4. Dengan perlahan-lahan dye akan disuntik melalui tiub tadi kedalam ruang rahim
  5. Beberapa gambar x-ray akan diambil semasa proses aliran dye tersebut.
  6. Untuk proses terakhir, anda akan di minta untuk mengiring dan gambar x-ray akan diambil sekali lagi


Selepas x-ray terakhir diambil, anda akan diminta untuk berbaring selama beberapa minit. Mungkin anda akan terasa sedikit kejang pada perut tetapi tidak lama. Selepas beberapa minit, anda akan diminta untuk menukar pakaian dan keputusan selalunya akan tersedia 15-20min selepas itu.

prosedur rawatan



Dalam usia perkahwinan yang akan mencecah 2 tahun, rasanya dah perlu yana study apa yang patut untuk mencari masalah NEGARA kami. Selepas keguguran, masih belum nampak tanda untuk kembali hamil. Moga info yang yana dapat dari google ini membantu menaikkan semangat kami.

Tapi dalam bersemangat ...... takut juga nak jalani rawatan nie. Sebab kebanyakkan yang pernah buat mengatakan SAKIT semasa menjalani ujian ini. Yana tengok alat untuk rawatan tue pon dah telan liur ... macam nak pitam pun ado ....

Usaha tangga kejayaan !!! yeah !!!





Doa Memakai Pakaian



Assalamualaikum

Setiap hari pasti kita akan mengenakan pakaian di badan kita kan ... kalau tak pakai baju tazan lah kot. So jom kita hafal Doa Memakai Pakaian / Doa Pakai Baju. Kalau tak boleh hafal pun ... apa kata tampal kan gambar doa nie kat pintu almari korang, membantu juga kan.







PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...