HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Apr 5, 2015

Hari Pertama Di Tempat Baru


Assalamualaikum... hari ini 1st April adalah hari pertama aku memulakan tugas di tempat baru. Sebelum tiba hari ni memang asyik berdebar sahaja, macam-macam aku fikirkan... yelah setelah hampir 8 tahun selesa ditempat lama.

Alhamdulillah, hari ni bagi aku takdalah teruk sangat. Mungkin masih suam-suam kuku lagi. Tapi melangkah saja aku dalam pejabat, sudah tersedia fail-fail untuk aku uruskan. OK aku redha...

Aku sorang perempuan melayu dalam pejabat tu, yang lain semua lelaki dan perempuan cina. So faham-faham sajalah bagaimana suasananya. OK aku akan cuba faham...

kad kehadiran


Selama aku bekerja memang tak pernah guna punch card. So, ada gayat sikitlah sebab aku tak tahu mana nak cucuk kad tue...hahahah lawak kan.. OK aku belajar benda baru.

Nanti aku cerita lagi next entry...hahahh poyo lebih.



Mar 28, 2015

Jom Heboh Melaka


Assalamualaikum ... Semalam bermula jom heboh di Melaka. Lokasi jom heboh ni dekat saja dari rumah aku iaitu di stadium Hang Jebat.

Tapi dari tahun lepas hasrat aku untuk ke jom heboh tak kesampaian.. hehehh

Aku dengan suami sama saja.. kami tak suka sangat pergi ke tempat-tempat yang sesak. Cuma aku saja yang rasa nak pergi.. tapi hanya rasa saja tanpa niat.. hehehh

Hujan pun baru turun kat kawasan aku ni. Memang tak pergi lah jawabnya.

Lagi pun aku layan cerita Maleficent. Comel giler awek yang berlakon tue. Ok jap lagi mungkin siaran astrok akan padam.. hurmm kita tidur duluuuu...
cerita maleficent
Awek comel .. xoxo

Mar 27, 2015

Makan-makan Sempena Perpisahan


Assalamualaikum, petang tadi bos aku belanja makan sempena hari terakhir aku kerja disyarikatnya.

makan-makan
Rakan office .. gambar candid .. sorry dear ^^

Alhamdulillah.. tak sangka pula bos aku akan buat macam ini. Tetiba petang tadi rasa macam nak tarik semula surat berhenti kerja aku.. rasa sayang pula nak berhenti.

Bos bos aku asyik ckp "nanti kalau apa-apa datang lah sini" aku faham maksud diorang. InshaaAllah .. kalau kuat rezeki aku kat syarikat ni takkan kemana... hewheww

Aku harap budak yang ganti tempat aku ni dapat buat yang terbaik sebagaimana aku ajar dia selama lebih kurang seminggu lebih ni. Harap dia tak menghampakan aku.

Apa pun terima kasih buat semua ... xoxo

Hari Terakhir Berkidmat


Assalamualaikum.. alhamdulillah masih berkesempatan untuk mencoret rasa di blog yang dah kena tinggal hampir setahun.

Pejam celik tetiba dah nak masuk bulan empat !! Cepatnya masa berlalu sekarang nie. Pejam celik juga hampir 8 tahun aku berkhidmat kat tempat kerja aku nie.

Hari nie merupakan hari terakhir aku berkhidmat kat sini. Banyak kali juga niat nak berhenti kerja kat sini tak jadi. Akhirnya.... hari nie hari terakhir setelah notis sebulan berhenti aku hantar.

Sedih tue... memang sedih. Tapi aku kena fikir banyak benda juga. Aku nekad berhenti.

muka macam sedih
Macam tak sedih jerk mama aku nie.. hewhew
Sayang nak tinggalkan tempat yang banyak aku dapat pengalaman belajar benda-benda baru. Terima kasih buat bos bos aku.

Terima kasih semua.... aku sayang semua xoxo .. hehehh


PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...