HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

May 14, 2014

Review : Cantik Dan Sihat Dengan B'Vite

Lumrah setiap wanita inginkan wajah dan badan yang cantik, gebu, halus .... bla bla blaaaa ... tapi bajet setiap bulan ciput (macam aku) !! kebanyakkan produk kecantikkan dan kesihatan yang berada dipasaran harganya kadang-kadang buat kita berfikir berpuluh ratus juta kali untuk membelinya. Akhirnya angan-angan tinggal kenangan. Kini tidak perlu berfikir ratus juta kali lagi ...... meh aku cerita pasal produk mampu milik dan mampu zahir dan batin poket bulanan korang!!

B'Vite merupakan produk terbaru keluaran www.legacysecret.com yang dirumus khas untuk wanita Malaysia yang mengalami pelbagai masalah kulit. Dengan hanya dalam satu botol dapat merawat pelbagai masalah kulit yang selama ini mengganggu anda.

Dengan B'Vite, anda tidak perlu risau lagi dengan masalah kulit berminyak, jerawat, jeragat, tona tidak sekata, mahu tegangkan kulit, mahu kulit lembut, mahu kulit gebu !! semua B'Vite boleh bantu !!


produk putih

Antara bahan yang terkandung dalam B'Vite ini adalah :

 Bil.
Bahan
1.
Pure marine collagen
2.
Pomegranate
3.
Goji Berry
4.
Acerolla Cherry
5.
Aloe Vera
6.
Soursop leaf
7.
Bilberry
8.
Psyllium Husk
9.
Argan Stem Cell
10
Apple Stem Cell
11
Grape Stem Cell
12
Alp Rose Stem Cell
13
Comfrey Root Stem Cell
14
Tomato


ramuan B'Vite


Fungsi & Kebaikan B'Vite :

1. B'Vite witening dapat memutihkan kulit wajah dan tubuh
2. B'Vite whitening dapat menyamarkan noda hitam, dikulit ataupun wajah
3. B'Vite whitening dapat mengencangkan kulit sehingga melambatkan kedutan.
4. Kaya dengan Anti oksidan, Menyihatkan dan seterusnya membuat kulit kelihatan putih kemerahan.

B'Vite juga mampu mengatasi masalah seperti :

1. Membantu meregenerasi, merevitalisasi dan memelihara sel kulit agar selalu tampak awet muda.
2. Memperbaiki elastilasi, mengencangkan serta menguatkan struktur kulit.
3. Membuat kulit cerah seperti semulajadi
4. Mencegah kulit dari kusam
5. Menyamarkan garis halus
6. Mmebantu mencegah dan mengatasi masalah kulit seperti flek hitam akibat sinar matahari, jerawat, garis halus, luka dsb.
7. Membantu menjaga kesihatan rambut, mata, kulit, sistem pencernaan dan sistem kardiovaskular. 
8. Menyamarkan kesan parut serta noda hitam
9. Sebagai antioksidan alami serta anti kanser
10. Membantu melembapkan kulit secara natural dan menjaga kadar air kulit agar terhindar dari masalah dehidrasi.
11. Membantu detoksifikasi/pengeluaran racun tubuh
12. Meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit dan infeksi
13. Membantu mengatasi gangguan pencernaan dan pernafasan
14. Membantu mengatasi kelelahan, letih, lesu serta kram otot

B'Vite


Di samping itu B'Vite membantu mengelakkan penyakit seperti :

- Menstabilkan Kolestrol
- Mencegah STROKE!
- Mencegah penyakit jantung
- Memelihara daya tahan tubuh
- Anti aging (Menjaga kekenyalan Kulit )+ Menambah Colagen!
- Membantu masalah pencernaan
- Membantu tubuh detox

masalah jerawat


Cara makan :
Waktu pagi : 2 sudu besar sebelum sarapan.
Untuk kesan yang lebih cepat boleh makan 2 sudu besar di waktu pagi dan 2 sudu besar sebelum tidur untuk 3 bulan pertama.

Kandungan : 250 ml

Harga:
RM33.00 (WM)
RM39.00 (EM)
BRD 18.00 (BRUNEI)
SGD 18.00 (SINGAPORE)

Maklumat lanjut :
> https://www.facebook.com/LegacySecretTrading







Apr 30, 2014

Kanser Kembali Menyerang

Terasa tak bermaya saja sekarang nie. Letih majlis kahwin adik ipar belum lagi habis. Berita sedih pula datang berkunjung.

29.04.2014 aku dapat anak buah baru lagi. Alhamdulillah ... along aku selamat melahirkan anak kedua dengan cara pembedahan. Berat baby 2.02kg. Baby tak cukup bulan .. patutnya bulan 6 baru lahir. Tapi baby asyik mengeras saja, tak sabar nak lihat dunia. Doktor kalau boleh tak nak baby keluar dulu. Asyik suruh along aku rehat saja, bila baby dah tak bermaya baru kelam kabut buat pembedahan .. hurm ... macam-macam hal. Belum aku cerita pasal along aku kena tinggalkan kat luar bilik bedah lama gile lepas pembedahan, sampai ada efek kat buah pinggang along aku !!

kanser

Mak aku tak puas hati sikit !! sebab along aku tak dapat tengok baby dia lagi. Along aku bersalin secara pembedahan. Kena bius separuh badan. Sepatutnya, doktor kena tunjukkan baby kat along aku lepas baby selamat dilahirkan ... tapi doktor langsung tak bagi along aku tengok baby dia. Sekarang along aku dalam bilik ICU. Bila along aku akan dapat tengok anak dia?? huh ..

Untuk pengetahuan, sebelum nie along aku ada Kanser Pankreas / Hempedu. Kalau boleh, doktor nasihatkan along aku tak boleh mengandung dalam dua ke tiga tahun nie. Tapi .... dah rezeki dia, terima jerk lah. Mungkin along aku banyak simpan rahsia tentang penyakit dia nie. Lepas bersalin, baru tahu kanser dia yang dulu doktor kata dah baik, rupanya mula menyerang kembali !! Ya Allah...

Along aku sekali lagi jadi penghuni dalam bilik ICU. Baby tak cukup bulan, so kena duduk dalam bilik kaca. Tapi keadaan baby stabil. Cuma ... along aku saja yang tak berapa nak stabil. Tau jerk lah keadaannya, kalau dah ditempatkan kat dalam ICU. Berselirat dengan wayar-wayar.

Ya Allah ... kau kuatkan lah semangat along aku untuk menghadapi dugaan Mu ini. Jauhkanlah dari sebarang penyakit yang memudaratkan.

Aku nak kerja pon takda mood. Tapi hari nie kena kerja juga setelah bercuti lama. Arghhh ... aku nak balik !! tak sanggup rasanya nak kerja, tapi hati kat tempat lain.


Apr 23, 2014

WW - Energy Saving Mode

Aku bukan malas taip entry sekarang nie .. tapi aku sedang ber' Energy Saving Mode !! hehehhh sabo jerk lah... wahai aura kerajinan, muncul ler kau !!! ^^

energy saving mode



PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...