HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Jan 10, 2013

Tambah Pendapatan dengan EnSurvey




! Assalamualaikum !


Kini muncul lagi program iklan yang boleh memberi kita sedikit pendapatan hasil dari melayari internet setiap hari. Sambil-sambil kita online, ada lah juga duit masuk dari membazir bayar duit internet kan. Yana usha program nie pun lebih kurang seminggu baru berkesempatan untuk join. Terima kasih kepada blogger TiranaAduka dan DenaiHati untuk info ini.

Program nie tidak memerlukan kita untuk share link iklan tersebut. Kita hanya menjawab beberapa soalan yang telah disediakan oleh EnSurvey sahaja. Senang bukan?? 

Tutorial : Cara daftar EnSurvey


  1. Klik DISINI untuk daftar (yana pilih connect FB, lagi mudah)



2. Bila dah daftar, ada tour yang akan guide korang. klik jerk NEXT - CONTINUE (fahami)




3. Klik Verify My Profile (seperti dalam gambar dibawah)




4. Akan bawa ke halaman seperti dalam gambar dibawah. Semak details korang. Pastikan letak nama dalam ic "Full Name". Tick kotak declare.




5. Korang dah boleh start jawab Survey dari EnSurvey. (Survey yang kotak hijau "LIVE" sahaja yang masih berjalan survey).




Yana baru jawab satu survey dah dapat RM0.80. Senang jerkkan .... 




Jawapan untuk persoalan EnSurvey


  1. Pendapatan bagi setiap tinjauan: RM2.00 – RM20.00 (bergantung kepada pihak klien)
  2. Syarat Pengeluaran Pendapatan : Jika pendapatan anda mencecah pendapatan minima, iaitu sebanyak RM100
  3. Yuran pengendalian: RM2.00 setiap kali pendapatan ditunaikan
  4. Konsep: Dapatkan ganjaran dengan menjawab soal selidik yang ringkas (tidak melebihi 5 minit)
  5. Tempoh Pembayaran: 45 hari selepas permohonan pengeluaran dibuat


Setiap survey akan ditujukan khas kepada kumpulan pengguna yang berbeza. Oleh itu, kita dan juga rakan-rakan kita dapat melihat survey yang berlainan berdasarkan maklumat profil yang telah diisikan di atas laman web.


Jom Daftar segera DISINI. Jangan Ketinggalan ^^










UTC Melaka - Urban Transformation Centre




! Assalamualaikum !




UTC adalah singkatan kepada Urban Transformation Centre atau Pusat Transformasi Bandar. Ia adalah satu usaha dan inisiatif kerajaan untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan utama kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti Bandar dalam satu pusat atau bangunan. UTC diperkenalkan untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan dan kerjasama dari pihak swasta. Terdapat lebih kurang 70 agensi kerajaan, pihak swasta, NGO yang bernaung didalam satu bangunan.



UTC Melaka telah dirasmikan oleh YAB DATUK SERI UTAMA MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK iaitu Perdana Menteri Malaysia pada 23 Jun 2012. UTC Melaka beroperasi dari jam 8.30 pagi - 10.00 malam setiap hari.

UTC Melaka yang terletak di Jalan Hang Tuah menjadi kebanggaan rakyat Melaka kerana ia adalah UTC yang pertama Didunia diwujudkan. UTC Melaka juga menjadi rujukan kerajaan persekutuan bagi mewujudkan UTC lain diseluruh negara. Contoh UTC lain yang telah dibangunkan adalah UTC di Pudu Sentral, Kuala Lumpur. 

SENARAI AGENSI / PERKHIDMATAN DI UTC MELAKA


UTC MELAKA
KLIK UTK BESAR

10 KLUSTER DI UTC MELAKA

  1. Perkhidmatan Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat
  2. Perkhidmatan Pendidikan, Latihan dan Pekerjaan
  3. Perkhidmatan Pembangunan Perniagaan dan Keusahawanan
  4. Perkhidmatan Kesihatan
  5. Perkhidmatan Kewangan
  6. Perkhidmatan Kerajaan
  7. Perkhidmatan Pembangunan Belia
  8. Perkhidmatan NGO
  9. Perkhidmatan Utiliti
  10. Perkhidmatan Keselamatan

Pada sesiapa yang memerlukan perkhidmatan yang cepat bolehlah berkunjung ke UTC Melaka. Di UTC Melaka juga ada menyediakan pusat jagaan kanak-kanak. Sementara kita selesaikan urusan di kaunter, anak-anak bolehlah ditinggalkan di pusat jagaan tersebut. Gym pun ada disediakan. Dengan bayaran serendah rm1 sahaja.... Macam-macam ado kan .....


Peta Lokasi ke UTC Melaka




Keterangan lanjut boleh ke laman WEB UTC http://www.utc.my  

"Melaka Maju Negeriku Sayang - Negeri Bandar Teknologi Hijau"










Drama Adam Dan Hawa aka Adam Zariff




! Assalamualaikum !

Siapa kat sini yang selalu layan drama Adam & hawa ? ? yang bersiaran setiap isnin hingga khamis, jam 9.00malam. Siapa ? siapa ? yana tak layan ..... tapi ....... mamat kat dalam gambar bawah nie tetiap hari dia layan drama Adam dan Hawa tau.




Nama mamat nie Adam Zariff .... nama manja adam. hehehhh Adam memang peminat setia drama adam dan hawa macam papa dia. Tetiap malam isnin hingga khamis mesti adam tak ketinggalan mengadap depan tv. Tunggu OST drama adam dan hawa "Muara Hati".

Bila adam dengar jerk lagu muara hati dari Dato Siti dan Hafiz, semua orang dia buat tak layan. Dia feeling sensorang... kikiki


Adam Zariff nie anak sulung adik yana. Adam selalu jadi mangsa Muhamad Danish Haziq. Siapa Haziq ?? nanti yana update pasal Haziq pulak ok. Adam suka senyum ... gelak. Mulut dia nganga jerk..kikikk omak eh kempunan nak mam kepc time nak terberanak.. hehehh


Mama ngan Papa Adam duduk KL .... adam tinggal melaka dengan nenek ngan makcik dia. Seronok dapat tengok adam membesar depan mata.


***Bilalah rezeki yana........







Jan 9, 2013

# Wordless Wednesday # 24 / Hati




! Assalamualaikum !






# Wordless Wednesday # 24 / DIY

! Assalamualikum !

# Wordless Wednesday # 23 / Sahabat




! Assalamualaikum !






Tolong Hormat Entry Orang Lain !!




! Assalamualaikum !


Rabu tanpa kata !! tapi izinkan yana berkata-kata pagi nie k. 

Yana bukan nak mencari gaduh !! tapi terasa macam ...... macam tak puas hati dengan seseorang. Kejadian nie pun tanpa sedar !!! Erm .... mentang-mentang ler yana nie blogger baru. Follower tak ramai. Tapi apa salah kreditkan sikit utk blog yana. Dah lah copy paste BULAT-BULAT !!! 

Malam tadi, yana publish entry - DISINI - mengenai tiket free Air Asia. Then bila ke Dashboard !! yana ternampak atas post yana tue ada post yang sama dengan entry yana. Rujuk gambar bawah nie. 9 saat jerk kot bezanya...... Ok fine .... yana pun klik ler blog tersebut. Mungkin dia ada kredit untuk yana !! tapi ......




Sikit nama YaNa pun takda dalam entry tersebut !! Tengok gambar bawah nie !! kesilapan ejaan dalam entry yana pun sama !! Yana tau ler dia ramai follower .... nak cecah 2k tue ..... tapi apa salah bagi kredit kat yana sikit. Tak mintak banyak pun .....




Siapa yang yana maksudkan??? korang klik ler gambar bawah nie ........ tengok entry dia ngan entry yana. Memang sikit pun takda beza !!


Klik utk lihat Entry

Terima kasih pada cikgu Fikri sebab hargai entry yana .... Yana tak minta banyak pun... Tapi tolonglah hormat hak orang lain. Macam nak masuk rumah orang jugak !! datang dengan niat yang baik, pasti orang layan !! bukan datang untuk mencuri !!




Maaf ler .... yana tak pandai nak marah-marah !! 

** Walaupun yana hanya blogger picisan ... tolong lah hargai yana, tak banyak pun sikit.......

Yana buat entry nie maksudnya yana dah bagi kredit "backlink" free kat dia jgkkan ... baiknya hati yana











Jan 8, 2013

Jom Booking !! 10Ribu Tiket Air Asia Percuma




! Assalamualaikum !


Air Asia



Sempena Program Intergrasi 1Malaysia, sebanyak 10000 (sepuluh ribu) tiket Air Asia akan diberikan secara percuma. Program tersebut telah dilancar oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato Seri Najib Razak. 

Tujuan Program Integrasi 1Malaysia


Tujuan Program tersebut adalah untuk merapatkan jurang antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Sehubungan dengan itu, syarikat tambang murah Air Asia telah bekerjasama untuk memberikan 10K tiket percuma untuk tempoh yang ditetapkan.

Tempoh Penerbangan Percuma Air Asia


Penerbangan percuma tersebut adalah antara 14 Januari 2013 sehingga 04 Februari 2013.

Destinasi Penerbangan Percuma Air Asia


Destinasi penerbangan percuma tersebut hanya sah bagi penerbangan yang berlepas dari Kuala Lumpur,  Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu dan Bintulu.

 Cara Mendapatkan Tiket Percuma Air Asia


Pelangga boleh menempah tiket percuma tersebut dengan mengakses laman web http://www.airasia.com bermula dari 08 Januari 2013, Jam 12 tengah malam (iaitu telah masuk tarikh 09 Januari 2013).

----------------------------------------


now everyone can fly



*** Cukai lapangan terbang akan dikenakan, walaubagaimanapun tambang dan surcaj bahan api dimansuhkan ***

Larat ke nak berjaga malam nie .... huhuhhhh mesti stuk !! Zzz







Bijak Dahulu Bijak Sekarang - ASB




! Assalamualaikum !




Dari awal tahun lagi pusat bank penuh dengan manusia. Memula yana pelik juga. Sebab jarang tengok situasi macam tue. Sampai ke tangga bank orang penuh. Yana masa tue ada urusan untuk company. So tak perlu beratur. Sampai di bank terus ke kaunter untuk berurusan. Orang lain yang beratur pandang macam nak makan jerk. kikikiki "nasib baik yana tak keluarkan buku ASB time tue...kalau tak sia-sia makan maki".

Hampir dua tiga minggu juga bank penuh dengan manusia. Selidik punya selidik, rupanya mereka semua tue berurusan mengenai ASB (Amanah Saham Bumiputera). Owhh ... dah boleh semak untuk Bonus dan dividen ASB rupanya... macam duduk bawah tempurung jerk yana nie kan... hehehh Bonus dan dividen untuk tahun 2012 adalah sebanyak 1.15% dan 6.75%.

So bagi sesiapa yang melabur dalam skim ASB boleh lah makan dividen tue tanpa mengeluarkan modal. Macam rolling duit jerk dalam tabungan ASB tue kan. Yana takda pelaburan dengan ASB. Yana cuma menyimpan jerk. Bak cogankata ASB "Bijak Dahulu Bijak Sekarang". 

Simpanan yana pun tak banyak lagi. hehehhh tadi baru balik dari bank ... saja gatal nak semak baki. Semak jerk ... "Bijak Dahulu Bijak Sekarang".



*** Meriah bank dan pejabat pos awal-awal tahun nie erk .....





Fenomena Air Laut Merah




! Assalamualaikum !


Fenomena air laut merah yang juga dikenali sebagai "red tide" adalah berpunca daripada kehadiran sejenis organisma sel yang dinamakan sebagai 'phytoplankton dinoflagellate' yang telah melanda di pantai barat sabah sejak lebih dua bulan lalu. Fenomena air laut merah ini dijangka akan berterusan sehingga Mei depan. 


fenomena misteri air laut merah


7 lokasi di sabah telah dikesan menghadapi fenomena air laut merah ini. Lokasi berkenaan ialah Tasik Sitompok, Kota Kinabalu, Pulau Gaya, Teluk Likas, Papar, Tuaran dan Teluk Sepanggar. Orang ramai telah dinasihat untuk tidak memakan hidupan laut yang mempunyai toksin berlebihan seperti kerang dan siput buat sementara ini. 


fenomena air merah


Ini berikutan fenomena air laut merah yang melanda, dikesan mengandungi tahap toksin yang tinggi. Sejak fenomena air laut merah yang telah melanda lebih dua bulan lalu, difahamkan telah mengorban dua nyawa. Buat masa ini, difahamkan tiada ubat khas untuk merawat mangsa yang telah terkena toksin tersebut.





KALENDER EKSKLUSIF 2013 HAZWANHAIRY | BOX CREATIVE




! Assalamualaikum !


kalender 2013


Sebelum nie yana ada buat entry yang yana telah menang contest dari HazwanHairy bukan hairie othman tau .... hehhh

So semalam yana dah terima Kalender dari beliau. Memang Eksklusif u all .... yana suka kalender format macam nie. Sebab tersenarai hari-hari cuti umum. Sebelum nie memang tertunggu-tunggu kalender kuda dari supplies, tapi tahun nie tak dapat pulak. Nasib baik dapat kalender tahun 2013 dari Hazwan. Terima kasih HazwanHairy.




Tengok tue .... dah siap tampal kat cpu komputer office. Lepas nie ........ membilang cuti ler kerja yana. Bos tolong jangan pening ok. hehehhh



Jan 7, 2013

Segmen : Saya Blogger Negeri .......




! Assalamualaikum !

Yana telah di Tag oleh  +Cik Zaniff 

Klik utk Join

Yana blogger negeri Melaka ... Tak percaya ?? terjah DISINI

Apa yang ada kat melaka ?? kalau yana cerita sejarah melaka memang tak sudah nak menaip. Rasanya semua yang bersekolah pernah belajar sejarah Melaka kan.

Antara entry yana mengenai melaka :-


Pasal makan jerk nieh !!! kikiki nampak sangat kuat makan ... lalallaaaa

Banyak tempat bersejarah kat melaka nie. Semua tempat menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara.

Memang tak rugi kalau berkunjung ke melaka.

Jom ke MeLaKa


- Semua ... semua .... dijemput Join -








Rumah Sewa - Kerinchi @ Bangsar




! Assalamualaikum !

Selamat pagi semua .... salam 1 malaysia

Kerja-kerja audit masih mengejar .... sampai bercuti pun otak ke arah Audit !! Audit !!! adoi bila ler boleh settle. Dah bulan satu nie yana oit !!!

Ok lah takmo cite panjang. Jap lagi nak sambung semula kerja carigali dokumen untuk dihantar ke Audit.


RUMAH SEWA - KERINCHI @ BANGSAR



Yana nak minta tolong .... tolong, rakan-rakan blogger lain. Yana sedang mencari rumah sewa disekitar area Kerinchi @ Bangsar @ yang berdekatan dengan Hospital Pantai Bangsar.

Yana perlukan rumah sewa tersebut dengan kadar segera. Yana cari untuk adik yana yang bekerja di Hospital Pantai. Semalam puas mencari tapi tak dapat. Kalau rakan blogger lain ada maklumat boleh share ngan yana k.




- URGENT -





Jan 5, 2013

Jalan-Jalan Ke Muar

! Assalamualaikum !

Walaupun berjiran tapi ini adalah kali pertama yana menjejakkan kaki ke muar. Ada yang melayan mestilah sampai. Kalau tak.... Bila ler agaknya yana nak jenjalan kat muar nie kan.

Tak tahu ler apa masalah jiwa hari nie, meronta-ronta nak ke muar. Tujuan sebenar tak tahu pulak. So ajak jerk incik hubby ke muar. Kononnya nak merasa mee siput.

Dengan berpandukan GPS (guna pun sesat), kami ronda-ronda pekan muar. Lepak tepi laut, pantai ... Mall .... Sume kat tepi-tepi jerk. Hehhh hajat nak mencari mee siput tak kesampaian. Melayan GPS jerk, sampai perut dah lapar. So singgah jerk makan kat Muar Soup House. Makan nasi ayam hainan. APTB ... Ngeeee

Kami nak cari kedai makan pun tak tahu arah mana. Macam tak nampak kedai makan jerk kat pekan tue. Hehhehhh

Tak jumpa mee siput ... Erm.. Ada peluang jenjalan lagi kat muar nie... Hehehhh misi memujuk incik hubby perlu diteruskan selepas ini.

Layan jerk lah gambar yang sempat yana snap .... Hehhh :)

Jan 4, 2013

Tutorial : Lukis Doodle Menggunakan Microsoft Excel




! Assalamualaikum !




Hari ini yana belajar buat doodle dengan hanya menggunakan Excel !! yes microsoft excel .... Sebelum ini yana selalu belajar buat doodle / lukis-lukis guna Photoshop. Tapi ... hampeh !! rupa doodle pun tak serupa doodle. Nak buat orang jadi rimau ... kikikikk

Tetapi hari ini yana telah berjaya menghasilkan doodle sendiri yang ada rupa orang bukan rimau .... dengan hanya menggunakan Microsoft Excel. Yeah !! Erm ... kenapa yana baru tahu erk ... aduhh senang rupanya !! Takda lah sampai nak pecah otak macam sebelum nie.. hehhhh

Ini adalah hasil dari orang yang takda kerja time lunch !!



Korang kalau nak belajar juga boleh ikuti tutorial lukis doodle menggunakan microsoft excel di blog sifu DISINI. Yana anak murid tak bertauliah jerk. Mana boleh ajar. Nanti riak, tak berkat ilmu .... PoYo jerk kan




- Selamat menajamkan minda -



Review Blog : Yaya's




! Assalamualaikum !



Wow .... cantiknya !!! cantikkan header blogger nie ... teruja sangat sebab header dia lg cantik dari header yana ... hehehh kan dah poyo.

Kalau nak tahu blog ini milik yaya yang comel tau ... kat blog nie ada disediakan 


Yana suka masuk kat tab Art Trade, sebab suka tengok doodle yang ada kat situ. Cantikkk ...... buatkan yana satu doodle boleh?? satu jerk ... kikiki

Lembut jerk kaler yang digunakan dalam blog beliau. Sedap mata nie kalau duduk lelama dalam blog beliau.


Jom terjah DISINI


Review Blog : One Direction



! Assalamualaikum !


Sesi meng"review kembali lagi .... hehehh




Header diatas adalah milik blogger yang bernama Nur Elisra Eisya .... wow sedap nama ... hehehh Hurm ... pertama kali masuk blog adik nie yana terpandangkan header dia yang bergerak-gerak tue. Header flash kot ... cantik, simple.

Maaf lah ... yana tak berapa pandai kalau masuk blog yang bertemakan macam nie tengok nak sebut pun tak pandai ... huhuhhu yana boleh sesat dalam blog nie. Nak ke Home pon yana tak tahu.

Tapi kalau pakai template macam nie memang simple dan sempoi jerk. Tapi kalau terlalu simple, macam susah pulak kan. Tapi terpulang pada setiap individu tue ... eh blog dia sukati dia ler ... adoyaiii   berapa banyak tapi ler ...... huhuhhh

Maaf ea dik .. akk yana kurang ilmu untuk template yang adik pakai tue. hukhuk adik nie mungkin baru menubuhkan blog nie. Melihat pada jumlah entry dan follower beliau.

Apa pun tahniah .... menang Wink-wink Giveaway by Humai & Najwa

Jom terjah DISINI



Salam Jumaat - Penghulu Segala Hari




! Assalamualaikum !


Selamat pagi …. Salam jumaat penghulu segala hari...

SEmoga hari ini lebih baik dArI sEmAlAm...

SEmoga Allah permudahkan segala urusan kita sEmua pAdA hari ini....amin....




Jan 3, 2013

Giveaway Mialiana.com



! Assalamualaikum !


Alhamdulillah .. masih berkesempatan men"join"kan diri untuk Giveaway dari Kak Mia.

Klik utk Join
Saya paling suka entry 9 Tahun Bekerja Sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29) di Mialiana.com kerana dari situlah yana mula kenal dengan empunya blog iaitu kak mialiana. Masa tue ramai yang dapat panggilan SPA untuk exam. Walaupun belum kenal ... tapi kak mia menjawab segala persoalan yang ditanya. Menunjukkan yang empunya blog seorang yang mesra dan baik hati. Entry tersebut juga menunjukkan kak mia seorang yang berdedikasi dalam melaksanakan kerja beliau. Sungguh cekal jiwa kak mia dalam melaksanakan tugas walau pun kekurangan bantuan.

Sesuai dengan tagline Blog kak mia iaitu Smile.. Smile... Smile.... walau sesusah mana pun dugaan dalam hidup kita. Dengan mengukir senyuman ikhlas ... insyallah segala kesulitan akan terasa senang. Macam gambar haziq nie.



Korang kalau nak kenal dengan kak mia boleh klik gambar dibawah nie. 


Jom sama-sama join Giveaway Mialiana.com ..... Senyum selalu ^^

Tag

DateLine : 10.01.2013







Tako Tao - Sedap ke ??




! Assalamualaikum !



Giler besar gambar tue ... hehehh Korang tahu apa tue TAKO Tao ?? yana pun baru tahu ... ek eleh ... gayat tol erk. kikiki



Tako Tao merupakan makanan dari jepun. Makanan orang jepun lah nie ... yana orang melayu saja nak merasa. Nie gara-gara bisikan syaiton adik yana ler. Dia cakp sedap ... sedap. Huh pantang ler dengar sedap !! mencari ler Tako Tao nie di tahun baru. Gambar tue Tako Chicken & Cheese. 

Tako Tao nie boleh dibeli di kios kat Jusco. Yana beli di Jusco aeon bandar melaka. Fuhhh ... tengok style orang tue masak meleleh air liur nie. Sebab terkesima dengan cara memasaknya. Poyo jerk kan ...

So far .... tekak melayu yana nie boleh terima lah makanan nie. Kalau sushi tue .... susah sikit nak terima tekak.

Dah dapat merasa terdiam ler .... kalau tak mencari jugak 




Allah Selamatkan Kamu



! Assalamualaikum !

Hari nie mula bekerja semula. Walaupun masih rasa sakit ..... huhuhhh Tak tahulah kenapa dengan perut yana nie. Rasa bisa jerk ....

Nie nak cerita kisah yang telah terkumpul sepanjang yana bercuti. Tak dapat menaip ... windu ... hehehh

Ahad lepas 30.12.12 merupakan hari lahir mak yana yang ke ....... 52thn. Alhamdulillah ... mak yana masih diberikan kekuatan tanpa sebarang penyakit.

Surprise kami pada hari itu menjadi !! yeah .... memula pada 29.12.12 kami keluar sekeluarga makan-makan. Kami berada di KL masa tue, rumah adik. Cuma along ngan suami jerk takda. Anak dia kami culik. hehehh Sorang pun buat tak tahu mengenai hari lahir mak.



Tepat jam 12am 30.12.12 kami Surprise !! mak dengan kek dan nyanyian Allah selamatkan kamu di kedai makan yang penuh dengan pelanggan lain. Time tue yana menyorok malu ... kikiki adik-adik lain wat muka tak bersalah tak malu




Bersyukur kepadaNya kerana memberi kesihatan pada mak. Moga mak sentiasa dibawah perlindunganNya ... Amin ... We Love u Mak ^^







Jan 2, 2013

Permulaan Kerja di Tahun Baru

! Assalamualaikum !

Pagi tadi sempat update satu entry setelah bercuti lama. Sempat juga membalas beberapa kunjungan dari rakan blogger lain. Tapi masih berhutang banyak lagi. Minta diberikan masa ..., huhuhu

Tadi lebih kurang jam 11.30 yana ke klinik sebab tak tahan sakit perut. Mencucuk-cucuk.. Nak berjalan pun tak larat. Tapi gagahkan diri juga drive ke klinik.

Doktor kata yana gastrik !! Doktor bagi pilihan ... Sama ada nak ubat pil atau nak suntikan.... Adoiii .... Yana sengeh kambing jerk. Sambil berfikir panjang... Yana pilih makan ubat ler !!! Ermm ... Pagi tadi yana sarapan sikit jerk. Sebab  menahan sakit perut. Malam tadi makan banyak... Huhuhh

Yana dapat MC .... Memula takut juga nak minta izin bos untuk balik. Sebab yana baru naik kerja. Tapi .... Dari yana pengsan baik yana balik.

Hurmm .... Permulaan kerja untuk tahun baru terjejas sedikit. Asyik MC jerk dak yana nie... !! Huhuhu

Memories - 2012




! Assalamualaikum !

Fuhhhhhhfuhhhhh ... hokhokkkhokk

fuhhhhhhhhh

Berabuk !! Arghhh .... Hampir seminggu yana bercuti dari ber"blog ... maaf ler .. lupa nak ambil cuti. hehehh Banyaknya nak bayar hutang .. aduhhh ... nanti yana balas kunjungan kalian ya ... terima kasih lawat blog yana masa yana cuti. huhuhuhhh

Walaupun hari nie #Wordless Wednesday# tapi yana nak taip jugak walau tak panjang mana. Nak lepas rinduuu .... lalalalaaaaa 

Entry Mukadimah untuk tahun baru 2013 ... Selamat Tahun baru semua

Mengimbau kenangan 2012. Tahun yang tidak akan dilupakan. Pregnant ---- keguguran. Ermm ... Moga kami diberi rezeki lagi untuk merasai menjadi ibu dan ayah. amin ...




Tahun 2012 juga merupakan tahun yana mula aktif dalam dunia blog ini. Sehingga yana berjaya cashout nuffnang dan says heboh jerk . Tapi yang paling berharga adalah .... yana dapat ramai kawan baru dalam dunia blog nie. Walau tak seramai mana ... tapi menjadi penyuntik semangat buat blog yana. Terima kasih semua !!


Semoga tahun 2013 akan menjadi permulaan dan pengakhiran yang lebih baik dari tahun sebelumnya ... amin ....



PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...