HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Nov 8, 2012

Benci tapi Terpaksa


! Assalamualaikum !

Entry kali nie saja nak cerita pasal seseorang yang yana benci sangat. Maaf ea ... yana kalau dah benci orang tue ... pandang muka dia pun macam nampak kaki yang busuk bertepek kat muka dia.

Kat pejabat yana nie ada sorang mamat bodoh tapi belagak nak mampus. Dia anak bos ... so faham-fahamlah kedudukan dia macamana. Kerja orang angkat sampah lagi mulia kalau nak dibandingkan dengan dia yang tau tidur, lepak jerk kat pejabat nie. Makan gaji buta yang beribu tue. Bukan jelez ... tapi yana nie dibuat macam patung .... buat kerja banyak pun tak guna. Bukan orang nak hargai. Baik yana buat macam sekarang nie.

hate

Yana kerani jerk kat sini, tapi yana lah dispatch, mak guard, segala bagailah. Bukan nak merungut. Tapi sakit hati dengan mamat bodoh tue. Sepatutnya waktu kerja 8.30am-5.30pm. Tapi sukati dia nak datang jam berapa dan balik jam berapa. Selalunya sebelum jam 5pm dia memang dah hilang. Dia kalau kerja luar / overtime dapat claim ot segala bagai. Tapi yana yang kat pejabat nie kene cover kerja dia ... dapat asap jerk. Siapa tak sakit hati kan.

Bila bapak dia suruh buat kerja sikit. Perhhh ... muka dia macam stokin !!! pastu macam nak hangin jerk. Padahal bukan buat apa pun kat pejabat nie. Buat jerk lh kerja tue. Takkan tetiap bulan nak makan gaji buta. Tue baru bapak dia yang suruh. Kalau yana yang suruh lagi macam keldai muka ngan perangai dia tue. Bukan suruh buat apa pun ... suruh g bayar bill pun nak merungut. Hari nie yana suruh, kadang-kadang minggu depan baru buat. Yana kalau dah hangin ... yana start enjin kete trus pergi sendiri. Memang sakit hati !!! Kalau lambat bayar line hp bapak dia kene potong, yana jugak yang kene menjawab.

Memang banyak yang yana tak puas hati dengan dia. Tapi nasib baiklah Allah berikan yana kesabaran dan hati yang lembut. Tetiap hari kene ngadap dia memang boleh sakit jiwa. Mintak-mintaklah ada rezeki lain diluar sana. Yana dah tak sanggup dipergunakan lagi selama 4 tahun nie.



  

Krabi, Thailand


! Assalamualaikum !

Semalam sebelum balik dari kerja, saja-saja join contest. Pilih destinasi idaman kalbu untuk pergi bercuti. Tiba-tiba teringat nak pergi Krabi, Thailand. Wahhh ... kalau dapat pergi sana. Untung Woooo ... yana tengok gambar pun macam dah terasa ada disana. Betapa indahnya alam ciptaan Allah.


MEmang tak berharap menang pun.... saja angan-angan nak kesana ... hehehhh tapi kalau ada sesiapa nak sponsor yana jangan segan-segan ek. bagi tau jerk ... kikiki

Owhhh .... Krabi, Thailand ~

-end-






Contest: Saya Sayang Kamoo Sahabat'


! Assalamualaikum !

klik untuk join

Yana ada dua orang sahabat iaitu Nurul & Azie. Kami bertiga sudah berkawan dari tingkatan tiga (tahun 2000). Maksudnya dah 12 tahun persahabatan kami nie terjalin. Kami namakan persahabatan kami sebagai "nuraziana", ini adalah gabungan nama kami bertiga. Tarikh keramat kami setiap tahun adalah pada 02 Nov.

Dulu setiap kali tarikh keramat kami, kami pasti akan keluar berpoya bersama-sama. Duduk tepi tasik, tepi laut....makan-makan, shopping. Masa tue lah kami akan habiskan masa bersama dengan mengingati memory kami semasa zaman sekolah, cerita pakwe, hal semasa  .... mengumpat ... hehehhh Setiap kali tarikh keramat juga kami pasti akan beli cenderahati yang sama buat kami bertiga sebagai kenangan menggunakan tabung simpanan "nuraziana". Walaupun kami duduk satu negeri, tetapi sekarang nie selepas tamat sekolah, kami jarang berjumpa sebab kekangan waktu. Tetapi kami masih berhubung melalu telefon.

Satu peristiwa yang yana tak dapat lupakan adalah masa sehari sebelum tarikh keramat kami. Tahun bila dah lupa ..... Kami telah sewa homestay tepi laut. Masa nak pergi tue kami konvoi naik moto. Masa tue yana baru belajar bawa moto ... walaupon dah ada lesen tapi takut bawa moto. Masa nak pergi rumah nurul, yana excident masuk parit. Lutut luka, pipi pun bertampal .. tapi nasib baik takda apa-apa. Yang malunya .. takda kereta langgar pun... tapi sendiri masuk parit.. hahahahh

Nurul ngan azie pakat untuk batalkan rancangan kami nie. Tapi yana dah excited, so teruskanlah. Malam tue sebelum tidur diaorang lah jadi nurse yana. Kene jaga yana makan ubat. Bisa woooo luka tue. So yana bercuti dalam bilik jerk. Kempunan nak mandi laut.

Gambar bawah nie adalah buktinya... hehehhh azie cuci gambar nie sampai tiga tau. Kami simpan dalam wallet masing-masing sebagai kenangan. Gambar tak berapa clear, dah lama simpan dalam wallet ..... Dulu pakai kodak. Nie yana scan jerk.



Kami harap hubungan persahabatan kami ini akan kekal hingga ke syurga .. insyallah.. amin

Kontes tamat pada 15/11/2012

Tag : MV / KINA / CIK ROSE



PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...