HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Nov 6, 2012

Trilogi Kisah Along di Hospital


! Assalamualaikum !

Entry kali nie nak cerita mengenai keadaan along yana. Ada juga yang bertanya (terima kasih banyak2) ... sebab sebelum nie yana ada cerita mengenai sakit along yana. Buat masa sekarang nie along alhamdulillah stabil.

Rabu, 31.10.2012 : Dari siang hari kami nak ke Hospital (Hospital Besar Melaka) untuk buat rawatan lanjut mengenai penyakit along. Sebab malam semalam along demam panas dengan suhu mencecah 38 darjah calcius. Tapi Hujan turun dengan lebat hingga ke malam. Sebelum isyak hujan renyai. Kami redah jerk. Sampai terus ke wad kecemasan. Lebih kurang 1jam urusan (scan, ambil darah, masuk air) along terpaksa ditahan sebab mata dan kulit badan/muka semua dah kuning. Kuning adalah disebabkan pembengkakan Hati. Yana difahamkan kalau demam + kuning mungkin boleh akan membawa maut.

Khamis, 01.11.2012 : Along masih demam sedikit. Pagi hari nie along perlu menjalani satu ujian. Doktor masukkan teropong melalui mulut along untuk melihat keadaan didalam badan along. Selepas ujian tersebut doktor menerangkan pada along, mereka telah memasukkan satu tiub didalam saluran apatah .. untuk membuka sedikit ruang bagi membolehkan cecair dari hati dapat mengalir dengan lancar dan dapat mengurangkan kuning yang terjadi sebab hati bengkak. Malam mak tidur hospital teman along.

Jumaat, 02.11.2012 : Pagi nie demam along dah kebah. Kuning along pun dah surut sedikit. Selera makan pun dah macam biasa. Pagi doktor pakar pembedahan datang. Pembedahan akan dijalankan pada 20.11.2012 betul-betul jatuh pada hari lahir along yang ke 30thn. Setelah itu Along dan mak dibawa ke bilik Bius untuk berjumpa dengan pakar bius. Pakar bius menerangkan mengenai risiko pembedahan yang akan along lalui. Mungkin koma @ lumpuh @ icu .... macam-macam lah .... sebab pembedahan akan berjalan selama 6jam. Doktor menerangkan ini adalah satu pembedahan besar yang boleh melibatkan nyawa. Malam nie yana tidur hospital teman along.

Sabtu, 03.11.2012 : Along dibenarkan pulang kerumah sementara menunggu hari pembedahan. Along perlu masuk wad sehari sebelum hari pembedahan. Along hanya dibekalkan ubat antibiotik untuk 5 hari.

Insyallah next entry yana akan ceritakan ketidakpuasan hati kami sebagai keluarga along terhadap "doktor" dihospital tersebut....memang PanaSs !!!

Tolong Doakan kesihatan along yana... TQ




Nov 5, 2012

Rinduuuuuu ......


! Assalamualaikum !

Fuhh ... letihnya !! baru balik dari merayau ... eh silap, baru balik dari Pejabat Pos, Bank, Market ... blablablaaaa ..... dah macam dispatch plak yana rasa. Padahal bukan kerja yana !!!

Tue lah ubat untuk yana setelah bercuti lama !! kerja orang yana kaber .... tapi bila yana bercuti, kerja yana kene kaber sendiri ... terbaekkkk !!!

Takpelah ..... dah nasib macam nie....layankan jerk. Hari nie hari yana, sok lusa ko rasa ler !!!

Dah lama tak join Giveaway, contest .... etc. Rasa rindu pulak. Tapi masih belum berkesempatan lagi. Masa mencemburui. huhhhhh




i'm back


! Assalamualaikum !

Fuhhhhhhh ..... berabok blog yana nie

Pagi nie datang ke tempat kerja dengan tiada perasaan ... erk !! biasalah kalau dah dekat seminggu bercuti. Macam nie lah perasaannya. Kelaut jerk .....

Pagi-pagi lagi dah buat yana takda mood. Datang office macam nak masuk penjara jerk rasanya. Macam nie lah kalau kerja dengan anak dan bapak owner of company !!! kita nie orang asing ..... ikut jerk lah rentak mereka-mereka nie !!!

Minggu lepas genap 4tahun yana kerja kat company nie .... tapi perangai anak bos nie memang tak berubah langsung !! untung kalau lahir jerk kat dunia nie ada pangkat anak bos !! tak perlu susah-susah jadi kuli macam yana nie. Sabo jerk lh .....

Nasib ko baik dapat pekerja macam ak yang memang penyabar .... tapi sabar ak ada hadnya !!!



PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...