HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Oct 2, 2012

Spaghetti Resepi Ku


! Assalamualaikum !

Petang semalam tetiba teringin sangat nak makan Spaghetti. On the way balik dari kerja terus shot pergi Tesco Cheng. Beli bahan-bahan untuk membuat Spaghetti resepi sendiri. Resepi campak dan lebur ... heheh

Buat sendiri lagi jimat. Boleh makan seisi keluarga. Kalau makan kat restoran mau melayang duit tah berapa. Pastu dapat makan sepinggan saja. Memang tak kenyang. Kalau buat sendiri boleh tambah-tambah.

Resepi nie ikut suka yana tau. Tapi memang sedap ... rasa Spaghetti lah. Kalau korang nak cuba buat boleh jugak. 

Bahan-bahan :-

- Spaghetti kering
- Minyak zaitun (minyak masak pun boleh)
- Bawang putih, cincang halus
- Bawang bombay kecil, cincang halus
- Daging kisar (Ramly)
- Meatball
- Sos Prego (mushroom)
- Cendawan butang (ayam brand) 
- Garam
- Black Pepper powder

antara bahan-bahan

Caranya:-

- Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan sedikit garam untuk merebus Spaghetti sehingga kembang.
- Toskan Spaghetti yang telah kembang. Masukkan Spaghetti kedalam mangkuk berisi air dan ais (air sejuk). Rendam sehingga Spaghetti tersebut sejuk. (untuk mengelakkan Spaghetti melekat)


- Panaskan minyak. Tumis bawang Putih & bawang bombay sehingga naik bau (bukan hangus ea)
- Masukkan daging kisar & meatball. Goreng / Biarkan sehingga empuk.
- Masukkan Sos prego, cendawan butang, balack pepper, garam secukup rasa
- Masukkan sedikit air jika tidak mahu terlalu pekat.
- Masak sehingga rasanya sedap..heheh

----------------------------------------------------------------------

Tadaaaaaaaaaaa .... Hasilnya



*** tak sempat ambil gambar masa masak sebab tak sabar nak makan .... heheh Selamat mencuba

Spaghetti meatball + mushroom




Jom Tukar Bloglist dengan Mak Dara


! Assalamualaikum !



Pagi nie yana nak join segmen dari Mak Dara lagi ..... yana nak join segmen 

Jom sama-sama kita join. Boleh tukar-tukar bloglist.

Tarikh Tutup 2hb oktober 2012 jam 3 petang

Oct 1, 2012

Safi Rania Gold


! Assalamualaikum !

Hari nie yana nak review mengenai produk penjagaan wajah. Tak pernah pun review segala bagai produk. Tetapi hari nie saja tergedix nak review sikit mengenai produk penjagaan wajah "Safi Rani Gold". Weekend hari tue pergi shopping, satu set safi rania gold. Yana beli di Mydin Mall Melaka. Memang berbaloi-baloi harganya.

Sebelum ini yana menggunakan produk penjagaan wajah dari safi juga. Iaitu "Safi Balqis Perfect 10". So far memang ok.

sumber google .. *tak smpt snap gmbr produk sdr :)

Tetapi bila usia dah memasuki peringkat "dewasa", yana perlu bertukar pada set penjagaan wajah yang seimbang dengan perubahan usia ini. Tak tua lagi tau...cuma umur jerk yang meningkat. heheh Untuk pengetahuan, kulit wajah yana berminyak dan kering. takdalah licin bak sutera tue. Adalah jugak bekas jerawat.

Set Safi Rania Gold

So far memang tak terasa apa-apa alahan bila mula-mula start pakai produk nie. Terasa kulit memang soft jerk. Lagi pula produk ini bebas kimiaRangkaian produk penjagaan kulit esklusif dari SAFI ini turut diperkaya dengan protein mutiara serta Vitamin B3 untuk mencerah, memulihkan kesegaran dan seri wajah sambil memperkuat struktur kulit.

Pencuci muka Safi Rania Gold nie didatangkan dalam dua jenis. Satu Gel, satu dengan pelembab. Tapi yana pakai yang biasa dulu. Serum Safi Rania Gold pula mengandungi nano emas 24k serta vitamin yang diperlukan untuk menyerikan rona wajah dan mengurangkan kedutan. Serum ini cepat menyerap kedalam kulit wajah. Toner dia pun berkesan menanggal daki dan kulit mati di wajah. 


Pencuci muka <> Serum <> Toner

Krim pelembab siangnya pula memang best. Sebab tidak berminyak. Ianya juga adalah untuk mengelakkan kesan buruk dari sinar UVA dan UVB matahari.

Krim Pelembab siang
Gambar dibawah ini pula adalah BB krim. Terdapat dua jenis krim kecantikan. Satu jenis krim, dan satu lagi dalam bentuk cecair. Yana pilih untuk pakai BB krim jenis cecair. Sebab kulit yana kadang kala kering. So bila yana guna yang cecair punya. Kesannya memang nyata memuaskan. bintik hitam kesan jerawat memang tak nampak. Lagi pun ia tidak berminyak. Terasa kulit soft jerk.

BB Krim / Krim kecantikan


Apa yang penting bukan harga sesebuah produk itu. Tapi kesan yang kita dapat apabila menggunakannya. Biarlah murah asalkan kene dengan kulit wajah kita. Berbaloi-baloi .... SAFI RANIA GOLD ... lepas nie boleh ler jadi mcm cik Ta ... sentiasa muda remaja. OpsSsss


PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...