HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Showing posts with label hamil. Show all posts
Showing posts with label hamil. Show all posts

Mar 11, 2014

Inspirasi Buat Mereka Yang Masih Belum Dikurniakan Zuriat




Assalamualaikum & salam sejahtera. “Bila nak dapat anak” “korang tak usaha ke” … Mungkin pertanyaan sebegini dah menjadi makanan buat orang yang senasib macam aku. Bukan dua pertanyaan itu sahaja. Tapi pelbagai pertanyaan yang diajuakan. Sampaikan kalau boleh persoalan dalam kain pun ada yang tanpa segan silu bertanya. Kalahkan doktor pakar gaya pertanyaan “mereka” itu.

“Mereka” yang aku gelarkan itu adalah mereka-mereka yang paling caring dalam dunia ini. Mereka itu adalah makhluk Allah yang “sangat” terbaik hati kerana mengambil berat akan nasib kami yang masih belum dikurniakan zuriat ini. Mereka terlupa yang Allah maha pencipta, Allah maha perancang, kita hanya makhlukNya.

“Aku mesti belajar!! belajar terima kenyataan, belajar untuk redha, belajar untuk sentiasa positif dengan ketentuan Allah”

Semoga perkongsian ini boleh menjadi panduan untuk yang senasib dengan aku untuk mengubat hati dan dapat menjalani kehidupan "normal".

air mata

-------------------------------------------------------------


Bismillah...untuk mereka yang telah berkahwin tetapi masih belum dikurniakan zuriat~

1) Alhamdulillah...saya ingin katakan...bersangka baiklah pada Allah..bersangka baiklah pada Allah...bersangka baiklah pada Allah...

2) Allah Maha Baik....

3) Buatlah sujud syukur(google cara buat sujud syukur) & syukurlah kerana masih belum diberikan anak. Nabi pesan formula untuk ditambahkan nikmat adalah "Bilamana kamu diberikan nikmat yang sedikit, kamu bersyukur, maka Allah akan tambahkan nikmat itu"

4) Mengapa Dia masih belum beri anak? Jangan membuat jawapan-jawapan sendiri. Tapi jawapannya hanya satu-KERANA DIA MAHA BAIK!

5) Jangan fokus kenapa masih tak diberikan anak, tetapi fokuslah untuk hidup dalam sentiasa memuji Allah tanpa henti 24jam/7 hari/siang malam

6) Buang semua perasaan sedih

7) Berlapang dada & senyum selalu. 

8)Jadilah insan paling bahagia tanpa anak..Kerana itu kehendak Allah yang menciptakan kita~Siapa kita untuk melawan kehendak Allah?

9) Atas segala usaha & doa,DIA masih memilih kita untuk tidak dikurniakan anak. Sungguh DIA MAHA TAHU apa yang terbaik buat kita pada saat & ketika ini

10) Usah kita bimbang dan risau hidup tanpa zuriat, atau putus keturunan

11) Usah merungut mengapa sampai sekarang belum dapat anak kerana itu bermakna kita komplen Allah

12) Teruskan usaha bersungguh-sungguh & jangan jemu selagi kita mampu & mahu

13) Tiap kali 'bersama', 'bersama' dengan penuh rasa ghairah & cinta, bersungguh-sungguh dari hati untuk cari redho Allah & doa & yakin Allah akan beri zuriat dari 'hubungan' ini.TIAP-TIAP KALI BUKAN PADA WAKTU SUBUR SAHAJA. Sungguh kita tidak tahu, bila Allah mengatakan 'kun faya kun..'

14) Usah 'bersama' dalam keadaan tidak ada semangat atau bersama dalam keadaan putus asa dan anggap kita takkan dapat anak pun sebab dah banyak kali cuba..Allah bertindak mengikut sangkaan hambanya..begitu kita sangka, begitulah hasilnya. Teruskan mencipta sangkaan-sangkaan yang baik

15) Untuk seorang isteri, berbahagialah kerana isteri-isteri Nabi juga tidak memberikan Rasulullah ank kecuali Saidatina Khadijah & Mariah.

16) Jangan salah menyalahkan pasangan. Jika kita mahu hidup dengannya, teruskan dengan redho, hormati & sayangi dia. Jika tidak mahu lagi bersama, kita berbincang & cari jalan yang disepakati.

17) Banyakkan istighfar dan melakukan solat taubat kerana dengan taubat, Allah ampunkan dosa kita , angkat darjat kita dan luaskan rezeki kita

18) Banyakkan sedekah kerana dengan sedekah menyucikan jasad dan hati dan membuka luas ruang-ruang rezeki yang tidak disangka-disangka

19) Puji Allah sentiasa & syukur banyak-banyak kerana tidak diberikan anak pada waktu ini. Syukur bererti kita menerima dengan lapang dada, kita senyum dan rasa bahagia kerana kita tahu Allah memperlakukan kita dengan sangat baik

20) Suami & isteri kena satu fikir. Tiap kali bangun pagi, sama-sama ucapkan, "kita akan dapat anak kandung tahun depan 2014" .Ucap tiap-tiap hari dengan tarik nafas, senyum dan yakin

21) Tuliskan di atas kertas besar dan lekat pada dinding atau mana-mana kawasan yang senang untuk kita lihat -tulis "kami akan dapat anak kandung pada tahun 2014". "saya akan hamil pada 2014" atau apa sahaja ayat pendek yang TIAP-TIAP HARI mata kita boleh melihat, mulut kita boleh menyebut, telinga kita boleh mendengar, masuk dalam otak kita, sampai pada hati kita dan semua kenyataan-kenyataan itu akan diproses dalam sistem badan kita

22) Konsisten makan makananan sunnah, madu, kurma, susu, kismis, buah tin,minyak zaitun, dan tiap kali makan, niatkan "kami(suami isteri) makan ikut apa yang nabi makan, tolonglah ya allah berkati makanan ini dan hasilkanlah darinya pada tubuh kami zuriat yang soleh dan solehah"

23) Jumpa doktor dan ikut nasihat doktor sungguh-sungguh bukan separuh jalan atau ala kadar

24) Jangan kedekut keluarkan duit untuk perbelanjaan rawatan

25) Mohon mak ayah dan adik-beradik konsisten buatkan solat hajat untuk kita. Seluruh ahli keluarga kena sepakat & rajin

26) Suami isteri buat solat taubat & solat hajat tiap-tiap hari jangan tinggal termasuk membaca yassin

27) Suami Isteri baca tiap hari surah Ibrahim ayat 40, surah furqan ayat 74 dan surah al-anbiyak 89 (rujuk tafsirnya sekali)

28) Tinggalkan semua kemaksiatan dan siap sedia sentiasa kerana bila-bila masa kita akan jadi ibu & ayah!


****Orang sekeliling sibuk bertanya, dan telinga kita panas dan hati tersinggung. Untuk semua yang bernama masyarakat, pernah atau tidak kita mendoakan golongan ini untuk Allah kurniakan mereka zuriat atau kita hanya tahu mendesak dengan soalan. Sungguh kita melukakan hati mereka, Allah lebih-lebih lagi akan melukakan hati kita****

positif

TAMBAHAN: Pernah seorang makcik ni, ketika anak sulungnya hampir berkahwin beberapa tahun yang lalu, dia mengadu, 'makcik tak sedia lagi nak timang cucu, makcik tak sedia lagi nak jadi tok, makcik muda lagi"- selepas anak sulungnya kahwin bertahun-tahun, tidak dapat anak walaupun adik-adiknya kahwin dan semua dikurniakan ank...ibu-ibu dan ayah2 tolong check perkataan jgn smpai jadi satu doa tanpa sedar & anak-anak tolong jumpa mak ayah risik-risik bertanya kalau-kalau pernah menyebut perkataan seumpama ini. Jika mungkin mak ayah kita dah terlupa atau menafikan, maka minta sahaja mereka sebut, " ya allah aku redho ankku ini diberikan zuriat dan aku mahu menjadi nenek/tok/opah kepada anak yg dikandungnya nanti...tolong ya Allah..."






Oct 3, 2013

Rawatan XRay HSG



Assalamualaikum

APA ITU HSG


HSG adalah ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan salur peranakan. Ia mengunakan teknologi x-ray yang dapat memberikan gambaran bentuk rahim dan salur peranakan. Semasa ujian ini, dye berwarna akan disuntik kedalam rahim dan ia akan mengalir kedalam salur peranakan dan seterusnya kedalam ruang pelvis. HSG akan memberikan maklumat kepada pakar radiologi untuk memastikan samada terdapat kerosakkan pada sistem peranakan anda.

APA YANG BOLEH DIKESAN OLEH HSG


Secara umumnya, HSG digunakan untuk mengesan ketidaknormalan pada rahim dan salur peranakan. Ia boleh mengesan kerosakan dan penyumbatan pada pada salur peranakan dan juga boleh memberikan maklumat tentang bentuk dan saiz rahim anda. Walaubagaimanapun ia juga boleh mengesan fibroid atau polip dalam rahim dan juga memberi idea tentang kewujudan parut disekitar ruang pelvis

HSG DAN KEHAMILAN


Disamping berupaya untuk mencari masalah salur peranakan dan rahim, ia juga didapati meninggikan kadar kehamilan bagi sesetengah wanita. HSG kadang-kadang menolong menghilang debu dan penyumbatan tidak serius pada salur peranakan. Ini membolehkan mereka yang mengalami masalah infertili menjadi hamil selepas HSG.

PROSEDUR HSG


  1. Anda akan berbaring diatas meja x-ray dengan lutut membengkok keatas.
  2. Spekulum akan diletakan didalam faraj untuk mendedahkan serviks ( pangkal rahim)
  3. Satu tiub plastik akan dimasukkan ke dalam rahim melalui liang serviks.
  4. Dengan perlahan-lahan dye akan disuntik melalui tiub tadi kedalam ruang rahim
  5. Beberapa gambar x-ray akan diambil semasa proses aliran dye tersebut.
  6. Untuk proses terakhir, anda akan di minta untuk mengiring dan gambar x-ray akan diambil sekali lagi


Selepas x-ray terakhir diambil, anda akan diminta untuk berbaring selama beberapa minit. Mungkin anda akan terasa sedikit kejang pada perut tetapi tidak lama. Selepas beberapa minit, anda akan diminta untuk menukar pakaian dan keputusan selalunya akan tersedia 15-20min selepas itu.

prosedur rawatan



Dalam usia perkahwinan yang akan mencecah 2 tahun, rasanya dah perlu yana study apa yang patut untuk mencari masalah NEGARA kami. Selepas keguguran, masih belum nampak tanda untuk kembali hamil. Moga info yang yana dapat dari google ini membantu menaikkan semangat kami.

Tapi dalam bersemangat ...... takut juga nak jalani rawatan nie. Sebab kebanyakkan yang pernah buat mengatakan SAKIT semasa menjalani ujian ini. Yana tengok alat untuk rawatan tue pon dah telan liur ... macam nak pitam pun ado ....

Usaha tangga kejayaan !!! yeah !!!





Sep 4, 2013

Ubat Wajib Bagi Mereka Yang Hamil Mahupun Yang Ingin Hamil



Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Ubat wajib bagi mereka yang hamil mahupun yang ingin hamil ..... Pehhh !! 1st time tajuk entry kemain panjang. Wakakaka

Bagi mereka yang sedang hamil, ingin hamil atau pun yng sudah bersalin. Pasti dapat gambarkan perasaan yana dalam entry ini. Bcomplex Tablet tue macam pil multivitamin aka untuk memberi lebih tenaga lah. Yana pun tak tahu sangat. Tapi yana ambil lepas dapat nasihat dari doktor. Kalau nak tahu lanjut ... korang boleh tanya pakcik google atau pun klinik yang berdekatan.

Ehh... Ehhh... yana belum ada rezeki untuk hamil lagi. Tapi yana dalam usaha untuk Hamil !! Doktor suh amalkan makan asid folik dengan Bcomplex untuk persediaan kearah kehamilan.

Asid folik memang takda masalah nak telan. Yang masalahnya..... Bcomplex tue ler !!! Bau dia..... yaAllah !! Pegang kat tangan pun bau dia susah nak hilang tau. Inikan pulak kat tekak !! Adoi..... tapi redha jerk lah... demi mu baby.

So bagi sesiapa yang seangkatan dengan aku ( sedang usaha untuk hamil ) korang amalkanlah pengambilan pil nie. Bukan yana yang cakap, tapi doktor yang bagi nasihat. Hehehhhh ***yana takut nak try ubat yang bukan2....






Apr 26, 2012

Am i pregnant??

15.02.12

hari nie keluar lunch ngn kwn baik yana ... nk glamour pggl YuL jerk. hehehe time nk blk opis tetiba terfikir nk sggh farmasi. sbb dua tiga ari nie badan mcm xberapa nk balance jerk. kjp demam kjp baik. mlm jerk badan panas. dah ke klinik. doktor ckp may b musim panasss kot. berbalik cite farmasi td. heheh cik YuL tolong yana belikn benda tue ... alah benda nk test hamil tue "pregnancy test". TQ YuL !! syg ko ... heheh balik jerk opis. YeSss line clear. dengan tak sabarnye yana wat ler test. Fuhhhhh !!!


2line?? ermm... am i pregnant?? sengeh lebau2 sensorg. walau xtau apa result sebenar (yelh 1st tue) yana panjatkan kesyukuran padanya. moga2 apa yg yana n suami harapkan telah dimakbulkan. tak sabar rasanya nk bg tau berita nie pada suami. terasa lmbt pulak jam nie nk menunjukkn waktu balik. sabo jerk lh ... heheh

yana bungkus2 benda alah tue buat mcm gift bg kat suami. tadaaaaaa ... ngn excited nye. muka suami time tue blur jerk (gile ke apa bini aku nie). kikiki lama2 dia pon sengeh lebau (baik punye..) kami berbincang besok kita kerja 1/2 ari jerk ok. ptg kita pergi klinik. Muahhhhhh


16.02.12

congratulation !!! encik bakal menjadi ayah n puan bakal jadi ibu. sebelum smpai klinik yana dah terbayangkn kata2 doktor (alah...mcm slalu dlm drama tue) hehehe tp mmg tak ler .... doktor tue ckp mcm biasa jerk. tp yg pasti YANA DAH HAMIL SEBLN LEBIH !!!! bermulalh penjagaan rapi oleh incik suami. apa yg yana buat suma dipantau olehnya. walaupon kdng2 rimas. tp yana bersyukur sgt dpt suami mcm nya. dia begitu penyayang!! YANA JADI PUTRI !!! 


PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...