HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Showing posts with label Office. Show all posts
Showing posts with label Office. Show all posts

Mar 24, 2014

Silap Publish Entry

Bila mata mengantuk macam-macam boleh terjadi. Aku pun tak perasan macamana aku boleh silap publish entry pagi tue. Dah publish baru tepuk dahi !! haigooOoo ... tak boleh buat apa ler ... biaw kan jerk.

Aku kan ada dua blog. Satu blog nie, lagi satu blog meniaga aku Nazlyizan Creation. Kalau masa nak taip entry guna handphone, aku akan terus taip kat handphone guna Bloggeroid. Masa nie lah aku kena tuka link entry untuk publish kat mana.


Hurm .. nampaknya aku kena buat entry lain ler... nak buat entry baru tue yang aku kena cari mood. hehehh Tunggu jerk lah erk pada yang nak menunggu.

Aku sedang tunggu orang dari Jabatan Akauntan Negara nie. Tah apa diorang nak cek kat office aku nie pon aku tak tahu. Aku dah sediakan apa yang diorang mintak. Lepas nie tadah jerk lah telinga apa yang diorang nak cari .. huhuhh

Ya Allah ya tuhan ku, kau permudahkan lah urusan ku pada hari ini. Amin ...



Nov 28, 2013

Doa Mohon Rezeki Halal


Assalamualaikum

Selamat pagi ... selamat bekerja .... selamat menjalankan tugas masing-masing. Semoga rezeki yang kita peroleh halal dan diberkati olehNya .. amin .... Jom Doa Mohon Rezeki Halal.

- Doa Mohon Rezeki Halal -




Nov 27, 2013

Maharaja Lawak Mega 2013 - Nabil


Assalamualaikum

Petang-petang yang ngantok nie layan lawak jap ler .....

Maharaja Lawak Mega 2013 - Nabil




Oct 22, 2013

Makan Tengahari ... Rahsia Kurus

Assalamualaikum

Yeah !! Hari nie kenyang perut makan tengahari... alhamdulillah... eh macam dah tak dapat makan sebulan jerk gayanya kan.. kan ... hehehhh

Yana selalunya tengahari / lunch hour masa bekerja memang tak makan makanan berat. Selalunya makan biskut kering, gula-gula... kadang-kadang tak makan. Kesian kan....

Satu hari yana makan dua kali jerk. Pagi untuk sarapan, petang balik kerja makan untuk tengahari dan malam sekali. Kenapa??? Miskin ke??? Diet??? Inilah rahsia kurus.... hahahh

Yang sebenarnya.... tengahari time makan tue, yana malas !! Malas nak pergi beli makan... malas nak bawak bekal dari rumah. So berlapar ler.... tapi dah biasa tak makan. So memang takda sampai tergolek kelaparan ler kat office nie.

So kat situ memang dah jimat ler... jimat masa untuk makan tengahari "boleh main Facebook" .... jimat duit !! Boleh shopping time dapat gaji... hehehh

Agaknya... nie ler rahsia badan yana selim melim kot... kohkoh ... pada yang ingin kurus, silalah ikut cara pemakanan yana. Sekian


mee goreng sedap
posted from Bloggeroid

Oct 7, 2013

Power Bank Yoobao Transformer


Assalamualaikum

Sekarang ini kita selalu mendengar mengenai "power bank". Power bank adalah sebuah alat kecil yang memudahkan kita membawanya kemana sahaja. Power bank charger berfungsi sebagai alat pengecas "gadget" kita. Apa itu power bank Yoobao Transformer ??

Power bank yoobao transformer adalah salah satu jenama power bank yang ada dipasaran dimasa ini. Terdapat banyak jemana power bank di pasaran pada masa ini. Anda hanya perlu membuat pilihan kesukaan anda sahaja mengikut bajet dan kapasiti charge yang anda perlukan. Power bank yoobao transformer sebab ada gambar transformer.... ok tak jawapan yana?? hehehh



Yana dah dapat beli power bank yoobao transformer 13000mAh. Ini gara-gara yana selalu tertinggal charger handphone kat pejabat. Kalau esok kerja takpelah .... tapi selalunya yana lupa nak bawa balik charger masa cuti sabtu ahad. Suami guna handphone HTC ... mana nak sama charger.


Yana pilih yoobao transformer sebab design dia yang menarik dan terdapat 2 USB yang boleh digunakan. Maksudnya boleh charge dua handphone dalam satu masa.

Yana juga hampir tertipu dengan power bank yang bukan original. Korang kalau nak beli berhati-hati lah .... jangan kerana harga murah, korang terus beli. Jangan !! korang servey dulu dua ke tiga kedai. Dah berpuas hati, baru korang buat pilihan. Nasib baik suami ada kawan penjual handphone .... dapat lah elak dari penipu yang ingin mengaut keuntungan semata.





Oct 4, 2013

Bila Lewat Datang Kerja

Assalamualaikum

Salam jumaat buat semua pembaca setia nazlyizan aka yana. Hari nie yana lewat sampai tempat kerja. Bagi yang kenal bos yana.... tolong.... tolong erk jangan bagi tahu bos yana.... hehehh (tahu takut).

Bila kita dah lewat untuk ke tempat kerja. Pagi-pagi dah buat sedikit dosa kering!! Sikit jerk tau...

Biasalah.... kalau dah lewat. Dalam perjalanan nak ke tempat kerja. Kena pula hadap kenderaan yang macam siput sedut !!! Kat situ dah buat dosa dah... memang ler kena maki !! Dah ler macam siput kena sedut... lepas tue tak nak bagi orang laluan untuk potong... memang makan maki lah pagi-pagi nie.

Dah sensorang dalam kereta tue... mengongot jerk lah yana nie... huhuhhh alhamdulillah... selamat sampai pejabat.

Moral of the story..... kalau dah lambat tue.... ada jerk lah yang menghalang. Hehehh len kali jangan lembab sangat bersiap !!
posted from Bloggeroid

Sep 26, 2013

Pindaan Tarikh Hari Jadi TYT Melaka



Assalamualaikum

Pindaan Tarikh Hari Jadi TYT Melaka untuk rujukan mereka-mereka yang bekerja di negeri melaka. Tarikh Hari jadi TYT Negeri Melaka yang jatuh pada 12 Oktober 2013 telah dipinda pada 11 Oktober 2013.


Pindaan Tarikh Hari Jadi TYT Melaka


Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk pada laman web negeri melaka DISINI.

-Harap maklum-


***kalau bab cuti ... laju jerk dak yana nie kan .... hahahahhh




Sep 23, 2013

Kursus Syarikat Punya Hal



! Assalamualaikum !

Entry ini adalah entry luahan PERASAAN .... diulang... Entry ini adalah entry luahan PERASAAN !! Kursus Syarikat punya hal. Memang aku stress kalau bab kursus syarikat nie dibangkitkan !!

Mahunya tak stress ..... sebab hal kursus-kursus nie lah ak jadi macam banduan bersalah !! yes banduan ... sebab cara dia layan aku, macam aku yang harus dipersalahkan !!

Lesen CIDB, PKK ... etc syarikat kan perlu dihidupkan / renew ..... So kalau nak renew kenalah kumpul MATA (tah apa-apa jerk). Mata tue dapat bila pergi kursus ler .... Kat office aku nie yang pekerja tetap ada 2 orang jerk. Yes 2 orang sahaja !! .... so bab-bab kursus nie aku dengan mamat sebalah aku nie kena ler terlibat .......................... setiap kali ada panggilan kursus, antara aku dengan mamat poyo nie akan dipilih oleh BoSs !!

Bos aku pilih pun tengok kursus juga. Tapi yang tak boleh blah !!! mamat poyo nie punya hal .... kalau boleh semua kursus dia nak aku yang kena pergi. Hello ..... dah lah kalau kursus kena hari cuti (sabtu ahad) ko suruh aku pergi !!! takkan hari bekerja pun ko nak suruh aku yang pergi jugak kottt .... !!!

Aku tak kisah nak pergi kursus tue ..... tapi ..... yang aku kesahhhhh ..... balik dari kursus kerja aku , aku yang kena settle kan sendiri. Bukan ko boleh tolong settle kan ...... kalau balik dari kursus aku boleh lelap mata takpelah ..... ini buat aku pening .... memang tak ler bro .... puihh !!

Sekarang nie macam dah mula perang dingin. Memang aku rasa dingin jerk nie .............. dia dah buat aku macam banduan. Ok fine .... dont mine .... aku ikut jerk rentak ko. Kita tengok siapa yang kena .....


Feb 28, 2013

Meredah Kesesakan Bandar



! Assalamualaikum !

Letih juga berpanas dalam kereta nie walaupun ada penghawa dingin. Yelah ... Orang melaka mana biasa redah kesesakan jalanraya nie. Kalau "jem" pon takda lah panjang sangat. Hehehh

Tadi habis training lebih kurang jam 12 lebih. Sempat lagi buat reflexsiologi.... Alahh... Urut tapak kaki. Kikiki

Sekarang kat Kompleks Dayabumi. Singgah sini hantar dokumen. Jap lagi .... Tak tahu kemana pula. Yana follow jerk. Yelah dah dapat green light dari hubby. Hehhh


Kompleks Dayabumi


Training PETRONAS


! Assalamualaikum !

Hari nie yana tak masuk office. Sekarang yana kat Bangi. Ada training Petronas SUS...

Tadi dah lah sampai lambat. Sesat sikit ... Eh bukan sesat, tapi silap bangunan. Heheh

Training sampai tengahari jerk kot... Dah mengantuk juga nie. Yelah... Jam lima dah kene bangun. Sebab menumpang kereta orang. Jauh nak kerumahnya.

Pada yang masih belum join GA yana dijemput join k. Yang dah join... Terima kasih .... Jangan lupa semak link penyertaan korang tau.

Ok lah, dah macam takda hala tuju jerk topik yana nie. Hehehh salam 1blogger ... Chewahhh ^^


Feb 25, 2013

Email Usul Kepada BoS !!



! Assalamualaikum !



Dah habis baca?? apa pendapat kawan-kawan sekalian?? patut ke yana emailkan usul yana tue kepada bos??

Sekarang nie yana tengah menarik nafas keletihan !! letih kenapa?? letih cari parking !!! jalan jauh2 !! Huhh !!! yana kene buat kerja yang hurrmmmmmmmmmmmmm .... bila balik pejabat nampak pulak si BODOH tue tengah layan video!! syok2 relax dalam aircond !! arghh !!! rasa macam nak meletup jerk amarah nie!!

Adakah mimpi yang yana ceritakan dalam entry INI boleh terbalik?? Maksudnya .... yana yang pegang Pisau tue ... yana kejar si "BODOH" !! hahahahhhh


Geram .... aku geram .... Geram ...... lalalaaaaa ***tenangkan hati dengan BW ^^


Feb 19, 2013

Buah Tangan Dari Mekah




! Assalamualaikum !

Selamat malam semua... Tadi kat office yana dapat buah tangan dari mekah. Alhamdulillah .... Yana dapat air zam-zam dengan buah kurma.

Siapa yang baik hati bagi?? Siapa lagi kalau bukan bos yana... Bos yana memang tetiap tahun ke sana. Untungkan banyak duit. Best nya ...

Apa pun terima kasih bos... Tetiap tahun yana dapat merasa minum air zam-zam free. Hehehh

Sekarang nie yana kat office hubby. Teman hubby buat kerja .... Hubby buat pelan, yana buat pandai.

Kikikiii ... Tah jam berapa ler dapat balik nie... ^^


air zam-zam




Feb 14, 2013

Bila Nak Bayar Hutang !!!



! Assalamualaikum !


Bila nak bayar hutang !!!


Apa khabar semua .... Yana sihat-sihat sahaja. Hehhh Huhh

Hujung tahun lepas, jenuh menghadap segala bagai dokumen syarikat untuk dihantar ke auditor. Sekarang adalah masa untuk menjawab pula. Jenuh nak menjawab segala persoalan "si auditor" tue. Yelah ... sebab bukan kita yang belanja duit tue. Macamana kita nak menjawab kan .... So sabo jerk lah. Siapa yang tahu bab-bab audit nie tahu ler .....


Auditor


Bila nak bayar hutang !!!


Sekarang nak menghadap Borang E pulok .... aduhhh .... "eh dak yana nie dah bercuti lama macam-macam pulak" ... hehehh Marilah kita bekerja dengan Ikhlas !! yes



Bila nak bayar hutang !!!

Hutang ??? yana nak ucapkan terima kasih pada kamu ... kamu ... kamu .... yang sudi datang singgah ke blog yana. Kalau perasan ... yana agak menyepikan diri sedikit. Yana masih belum betul-betul dapat membalas kunjungan korang. Yana minta maaf okies. Yana nak selesaikan dulu tugasan-tugasan diatas. Barulah hati nie senang dan lega. Yana kumpul dulu k. Nanti yana bayar hutang. Takda riba' kan .... hehehhh

Peace yoy



Feb 4, 2013

Permulaan Di Pagi Hari




! Assalamualaikum !

Selamat pagi ................................ semua

huhhhhhh 

Inilah penyakit yang sukar diubati oleh diri ini. huhuhhh setelah bercuti lama, penyakit malas pun senang datang. erk

Malam tadi yana tak boleh tidur. tak tahu kenapa ..... lebih kurang jam 4am lebih baru mata nie beransur lelap. So ................ pagi nie dah macam panda pun ado. Asyik menguap jerk.

Mengantuk SaNgaT !!! fuhhfuhhhh


mengantok


Wahai kengantukkan ...... main ler jauh-jauh !!

Nak cari Mood ..... nak cari mood


Psssttt ..... nanti akan penuh terhidang ceritera dari cameron !! jangan muak tau .... hehehh


***masih berfikir-fikir mengenai rajuk dan kembali "dotmy" apakah yg terbaik ??? huhuhhh







Jan 25, 2013

Program Saringan Kesihatan PERKESO



! Assalamualaikum !


Sebagai langkah prihatin dan penghargaan ke atas tahap kesihatan golongan pekerja yang mencarum. Pihak PERKESO telah menyediakan kemudahan pemeriksaan saringan kesihatan percuma kepada pencarum.

Pemeriksaan kesihatan percuma ini diberikan kepada semua pencarum PERKESO yang telah mencapai umur 40 tahun dan keatas mulai 01 Januari 2013.




Pekerja yang layak menerima kemudahan ini akan diberikan Baucar Program Saringan Kesihatan. Pekerja yang layak digalakkan untuk mengambil peluang ini bagi membuat pemeriksaan saringan kesihatan di klinik-klinik yang telah berdaftar dibawah program PERKESO ini.

Bagi pekerja wanita, mereka akan mendapat dua baucar dari pihak PERKESO. Satu untuk ujian kesihatan seperti pekerja lelaki, dan satu baucar lagi adalah untuk ujian kesihatan MAMOGRAM.

Bagi pekerja yang layak, anda digalakkan untuk menyemak baucar yang telah diberikan pada wakil syarikat yang menerima surat dari pihak PERKESO.

Untuk keterangan lanjut sila ke laman web PERKESO http://www.perkeso.gov.my/




Dec 4, 2012

Untung Ler Kau !!!


Masa Bekerja
8.30am - 5.30pm

------------------------------------------------------------

8.30 - Sampai office, Prepare apa yang patut.
9.20 - "boy" (anak bos) sampai office ... masuk bengkel. Duduk lepak / tidur. 10.00am masuk office. On pc ... klik klik klikkkkk
10.30
Yana  - Boy tolong pergi pejabat pos, ada surat dengan bill nak kene settle.
Boy    - Hurmm ... dah pukul berapa nie Nor .... ramai oranglah. Esok lah saya buat.
Yana  - Kepala bapak ko !!!! (hanya mampu cakap dalam hati)
Sebelum jam 5pm, Tinggal yana sensorang jaga office.

Untung Ler Kau !!!

---------------------------------

Esoknya
8.30 - Sampai office ... buat apa yang patut. Sambil tunggu Boy untuk menuntut janji semalam.
9.15 -  Boy datang masuk bengkel. Duduk lepak / tidur. 10.00am masuk office.
10.00 
Yana - nie surat semalam kene pos.
Boy   - Hurmm (mendengus) ... saya kene pergi petronas lah. Nantilah  ~~~
Last2 aku peram surat tue sampai weekend ajak hubby pergi pejabat pos settle kan !!

Untung Ler Kau !!!

-----------------------------------------

Awal tahun time kenaikan gaji ...... 

Bos - Bulan nie punya gaji nanti Nor tambahkan gaji Boy RM .... blablablaaaa
       - Gaji Nor pon tambah k untuk kenaikan gaji RM ..... Blablablaaaaa
Yana - OK menurut perintah !!!! hanya mampu tersenyum

Yang pasti kenaikan gaji Boy akan lebih banyak dari yana !!! siapa tak sakit hati ???

Untung Ler Kau !!!    

Selama 4 tahun yana kerja disini, macam tuelah ragamnya hampir setiap bulan setiap tahun, perkara yang sama !!! Nak mengadu pada bos?? Hurmm ... memang tak berguna. Kalau dah bapak sendiri takut dengan anak. Baik yana bercakap dengan tembok !!

Untung Ler Kau !!!

Saya adalah kerani, mak guard, posmen, operator, office girls ..... blablablaaaaaa
!!!!!!!!!!!!!!!!!!

~ SeKiaN ~



Apr 25, 2012

CuTe ... MuaHhHhhh

assalam ... ptg2 dok kat opis nie mengantok yg amat. mcm nk tercabut jerk biji mata yana nie tahan ngantok... huhuhu nasib baik bos2 sume dh keluar. penat berlakon time bos ad td pon dh ilang. so skrg time utk yana syok sdr .... hehehe tgh klik2 kat youtube ter"klik" plak video nie .... trus segar mata. mcm nk termsuk plak biji mata nie... kikiki seronok plak yana tgk baby2 nie gelak. dalam otak dh terfikir. balik dr kje nie nk ngusik anak buah. nk jgk tgk dia gelak mcm dlm video nie. lalalalalala ~~~



enjoy !! yay
PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...