HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Oct 3, 2013

Doa Memakai Pakaian



Assalamualaikum

Setiap hari pasti kita akan mengenakan pakaian di badan kita kan ... kalau tak pakai baju tazan lah kot. So jom kita hafal Doa Memakai Pakaian / Doa Pakai Baju. Kalau tak boleh hafal pun ... apa kata tampal kan gambar doa nie kat pintu almari korang, membantu juga kan.







Jul 16, 2013

Bahana Menghina Agama Islam

Assalamualaikum

Salam ramadan buat semua. Pagi nie terbaca kes tentang seorang remaja cina yang diculik dan ditinggalkan bogel dilebuhraya.

Semalam kes si "alvivian" penuh juga wall Fb kite... hurmm tah apa nak jadi zaman nie. Agama islam seperti diperlekehkan. Bangsa lain seperti tidak ada hormat lagi dengan agama islam.

Mungkinkah "kita" sebagai islam terlalu berlembut dengan bangsa lain???? Sehinggakan mereka "naik lemak" ???

Senang-senang menghina.... pastu minta maaf !!! Bahagianya..... hidup mereka !! Bayangkan jika "kita" yang menghina agama mereka .... mungkinkah mereka akan mudah memaafkan kita ??? .....

****Dalam bulan yang mulia ini, diharap kita dapat menjaga bahasa kita semasa memberi komen di FB... jangan kerana mereka-mereka ini yang cetek fikiran... kita pula yang mendapat dosa****




Apr 3, 2013

# Wordless Wednesday # 40 / Zikir Rabu



! Assalamualaikum !


zikir




Mar 20, 2013

# Wordless Wednesday # 37 / Zikir



! Assalamualaikum !






Feb 27, 2013

# Wordless Wednesday # 33 / Anak Soleh



! Assalamualaikum !


doa



Feb 22, 2013

Sebab-sebab Keguguran



! Assalamualaikum !

Disini yana nak share kan sedikit info sebab-sebab keguguran yang yana dapat. Ini adalah antara sebab utama yang selalu terjadi pada mereka yang keguguran, termasuk diri ini sendiri. Moga bermanfaat. Amin ..

punca keguguran

----------------------------

Keguguran di awal kehamilan adalah sesuatu yang kerap terjadi di kalangan wanita dan ramai pakar perubatan berpendapat bahawa keguguran adalah sebahagian dari proses pembiakan wanita yang normal. Kajian telah menunjukkan ramai di kalangan wanita yang tidak mengetahui mereka sebenarnya keguguran kerana ia terjadi terlalu awal. Kajian menunjukan 70% dari telur yang berjaya disenyawakan, gugur di awal kehamilan pada saat ujian air kencing masih belum positif.

Apabila saat ujian air kencing sudah positif, 1 dalam 5 kehamilan ini pula akan mengalami keguguran.

Walau bagaimanapun, keguguran pada mana-mana peringkat kehamilan boleh memberikan tamparan yang hebat terhadap anda lebih-lebih lagi apabila anda sudah mencuba sekian lama untuk hamil. Ramai yang tertanya-tanya mengapa ia terjadi dan tidak kurang juga yang cuba menyalahkan diri sendiri. Jesteru itu, amat penting untuk anda memahami bahawa, kebanyakkan dari sebab keguguran tidak dapat anda elakkan dan ia terjadi dengan sendiri.

Walaupun 10-20% keguguran tidak diketahui punca dan sebabnya, berikut adalah 8 sebab yang kerap dikaitkan dengan keguguran :-


1. Kromosom yang tidak normal
Mengikut kajian perubatan, 60% daripada penyebab keguguran adalah disebabkan oleh kromosom yang tidak normal. Kromosom adalah struktur kecil di dalam sel yang membawa unsur-unsur genetik, dengan total 23 pasang, satu set dari ibu dan satu set dari bapa.
Kadang-kadang, apabila telur dan sperma bertemu, salah satu dari kromosom menjadi rosak dan embrio yang terhasil mempunyai kromosom yang tidak normal yang akan mengakibatkan keguguran.
Dalam kes yang sangat jarang, pasangan didapati mempunyai kecacatan pada kromosom mereka tetapi ketidaknormalan ini yang tidak memberi sebarang kesan negatif kepada diri mereka sendiri, tetapi boleh menyebabkan keguguran berulang sekiranya kehamilan berlaku.

Apa yang boleh anda lakukan
Jika anda mengalami keguguran pertama kali, jangan terlalu risau. Kemungkinan untuk anda hamil lagi dan melahirkan anak yang sihat adalah tinggi. Walau bagaimanapun, jika kehamilan kedua juga mengalami keguguran lagi, anda mungkin ingin mempertimbangkan samada tisu janin anda dihantar ke makmal untuk ujian kromosom. Sekiranya keputusan didapati normal, ujian-ujian yang lebih terperinci mungkin akan disarankan. Bagi mereka yang mengalami kromosom tidak normal, rujukan kepada pakar genetik mungkin akan disarankan.

2. Kecacatan pada sistem peranakan
Jika anda dilahirkan dengan rahim yang tidak normal, keguguran senang berlaku kerana embrio yang tersenyawa gagal tertanam dengan sempurna dan keguguran akan berlaku. Mengikut kajian perubatan, kecacatan pada rahim seperti Bicornuate Uterus atau Uterine Septum menjadi penyebab kepada 10 peratus daripada keseluruhan keguguran. Pangkal rahim yang longgar yang dipanggil “cervical incompetence” juga boleh membawa kepada keguguran dan ia kerap terjadi pada awal trimester ke dua disebabkan oleh janin yang semakin membesar meninggikan tekanan dalam rahim menyebabkan pangkal rahim terbuka dan janin akan gugur dengan senang.

Apa yang boleh anda lakukan
Anda mungkin akan disarankan menjalani ujian Hysteroscopi atau Laparoscopi untuk diagnosa yang tepat samada anda mengalami ketidaknormalan pada rahim. Sekiranya diagnosa sudah dipastikan dengan tepat, pembedahan yang sesuai mungkin akan disarankan. Sekiranya berlaku pangkal rahim yang longgar doktor mungkin akan mengesorkan pembedahan ikat pangkal rahim atau dipanggil cervical cerclage.

3. Masalah ketumbuhan pada sistem peranakan
Masalah peranakan lain seperti Fibroid juga boleh mengganggu sistem peranakan anda dengan menghalang implantasi yang berkesan dan boleh menyebabkan keguguran. Penyakit endometriosis juga dikaitkan dengan keguguran kerana bahan kimia dari sista endometriosis adalah toksik terhadap janin dan boleh menyebabkan keguguran.

Apa yang boleh anda lakukan
Sekiranya pasti anda mengalami fibroid, pembedahan membuang fibroid yang dipanggil myomectomy mungkin akan disarankan. Jika endometriosis menjadi punca masalah anda, pembedahan membuang sista dan tisu-tisu endometriosis menjadi penting sekiranya anda ingin hamil semula.

4. Masalah Immunologi
Terdapat masalah perubatan di mana badan wanita hamil mengeluarkan antibodi yang boleh menyerang janin dan menyebabkan keguguran berlaku. Masalah ini atau lebih dikenali sebagai Sindrom Antiphospholipid terjadi disebabkan janin yang terbentuk dari sperma dianggap sebagai objek asing atau virus pada tubuh wanita hamil. Tubuh wanita seterusnya akan membentuk antibodi dan menyerang janin yang terbentuk dan berlakulah keguguran.

Apa yang anda perlu lakukan
Walaupun rawatan terhadap masalah ini masih dalam peringkat eksperimen dan hasilnya tidak begitu memuaskan, doktor selalunya akan menyarankan rawatan ubat aspirin, heparin atau steroid untuk mengurangkan risiko keguguran anda.

5. Penyakit perubatan yang tidak terkawal
Masalah penyakit tiroid, kencing manis, darah tinggi, buah pinggang yang tidak terkawal dikaitkan dengan persekitaran yang tidak sesuai untuk janin hidup dengan sihat seterusnya akan menjurus kepada masalah keguguran.

Apa yang anda perlu lakukan
Pastikan masalah perubatan anda terkawal sebelum merancang untuk hamil. Jumpa doktor dan tukar cara hidup kepada yang lebih sihat.

6. Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)
Dalam kes PCOS, tahap ketidakseimbangan hormon menyebabkan ovulasi menjadi tidak teratur dan haid tidak menentu. Di samping terdedah kepada risiko kencing manis, PCOS juga menyebabkan pesakit kebal pada insulin dan menghalang lapisan endometrium menjadi matang dan tidak begitu reseptif terhadap tumbesaran janin. Ini boleh menjadi punca kepada keguguran berulang. Kajian menunjukkan 10-20 peratus wanita yang kerap gugur didapati mengalami PCOS.

Apa yang anda perlu lakukan
Jumpa doktor anda untuk memastikan anda bebas dari kencing manis sebelum hamil. Doktor mungkin akan menyarankan Pil Metformin sekiranya anda kebal pada insulin.Pastikan berat badan anda dalam BMI yang optimal dengan bersenam dan diet yang sesuai.

7. Jangkitan Kuman
Jangkitan kuman seperti rubella, cytomegalovirus, toxoplasmosis dan bacterial vaginosis boleh menyebabkan keguguran, tetapi ia jarang jarang terjadi. Agak sukar untuk mendapatkan jangkitan rubella disebabkan pemberian vaksin diperingkat sekolah dan risiko untuk toxoplasmosis semasa hamil pula adalah kurang dari 0.2%.

Apa yang anda perlu lakukan
Sekira anda pengemar kucing, keguguran bukan sebab untuk anda membuang kucing anda kerana kemungkinan besar anda sudah pun imun pada jangkitan ini, jadi risiko janin terjangkit dengan jangkitan toxoplasmosis adalah sangat rendah. Kajian perubatan menunjukkan 60% wanita sudahpun imun kepada toxoplasma sebelum mereka hamil lagi.
Walaubagaimanapun, jumpa doktor sekiranya anda risau keguguran anda mungkin berpunca dari jangkitan kuman. Ujian darah boleh mengesahkan anda pernah mengidap penyakit ini tetapi mungkin tidak dapat memberikan jawapan samada ia penyebab keguguran anda. Rawatan Antibiotik mungkin akan disarankan.

8. Gaya Hidup tidak sihat (Rokok, Alkohol, Dadah, Toksin Alam Sekitar)
Kajian perubatan mendapati Nikotin yand disedut dari rokok dapat mengalir ke dalam darah dan menebusi uri anda dan seterusnya mengganggu bekalan darah dan pertumbuhan janin. Statistik menunjukkan perokok mempunyai dua kali risiko untuk gugur berbanding dengan bukan perokok. Minum alkohol yang keterlaluan juga dikaitkan dengan keguguran.
Kajian juga menunjukkan wanita yang bekerja di ladang, di bilik operasi, pejabat dan klinik pergigian makmal mempunyai kadar keguguran yang lebih tinggi dari biasa di atas sebab sebab yang tidak diketahui.

Apa yang anda perlu lakukan
Elakkan semua tabiat yang boleh merosakkan badan anda sebelum mencuba untuk hamil untuk memastikan kandungan yang sihat. Sekiranya anda mengesyaki tempat kerja anda boleh memberikan kesan terhadap kehamilan anda, beritahu doktor anda tentang kerisauan anda.

Tanda-Tanda Keguguran

Pada awal kehamilan, anda mungkin kerap mengalami kejang pada perut dan rasa tidak selesa, ia selalunya normal tetapi jika ia disertai dengan pendarahan faraj yang banyak, anda mungkin mengalami keguguran. Doktor anda mungkin akan memeriksa faraj anda dan ujian Ultra Sound mungkin akan dilakukan untuk memastikan adakah janin masih hidup. Sekiranya pasti tidak ada degupan dan sisa keguguran masih banyak tertinggal, doktor anda mungkin akan menyarankan prosedur yang dipanggil D&C untuk memastikan tiada risiko jangkitan kuman pada rahim anda. **Teringat kenangan lalu ~~~



Feb 21, 2013

Kejujuran Insan yang Bernama Manusia



! Assalamualaikum !


kejujuran

Update status kat FB fanpages pagi tadi .... harap-harap kita sentiasa JUJUR dalam setiap pekerjaan, perlakuan .... etc. Insyallah ... amin. Peringatan untuk diri sendiri juga ^^




Feb 20, 2013

# Wordless Wednesday # 32 / Doa utk Mendapatkan Zuriat




! Assalamualaikum !


Doa bagi Mendapatkan Zuriat



# Wordless Wednesday # 31 / Doa utk Ibu Bapa




! Assalamualaikum !


doa kepada ibu bapa





Feb 14, 2013

ValenTine Day ... What !!



! Assalamualaikum !



haram disambut




Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan hukum orang Islam menyambut perayaan Hari Valentine. Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Sumber -> Majlis Fatwa


pokok kari

Bagi yana ... Hari berkasih sayang adalah setiap hari. Tak perlu menunggu setahun sekali untuk menyambutnya. Tak perlu berbunga bagai ... cukuplah kepercayaan dan kasih sayang sesama pasangan kita. Motip pokok kari tue?? hehehhh cukup ler sehelai dua daun kari dibubuh dalam masakan kari kita. Masak kari untuk pasangan kira .... kenyang wowww. Bolehlah bertambah kasih sayang abadi. hehheh




Feb 13, 2013

# Wordless Wednesday # 30 / PerancanganNya




! Assalamualaikum !






Jan 9, 2013

# Wordless Wednesday # 24 / Hati




! Assalamualaikum !






Jan 4, 2013

Salam Jumaat - Penghulu Segala Hari




! Assalamualaikum !


Selamat pagi …. Salam jumaat penghulu segala hari...

SEmoga hari ini lebih baik dArI sEmAlAm...

SEmoga Allah permudahkan segala urusan kita sEmua pAdA hari ini....amin....




Dec 12, 2012

# Wordless Wednesday # 18 / Al-Fatihah



! Assalamualaikum !



Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam tadi

- Al-Fatihah -

* Dari kecik smpai besar..kalau nk puasa or raya mesti tunggu kemunculan beliau kat Tv 



Nov 9, 2012

Rahsia Surah Al-Kautsar


! Assalamualaikum !

rahsia Surah Al-Kautsar


Surah Al-Kautsar ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Surah Al-Kautsar ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda(SAW) bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam Surah Al-Kautsar ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan ALLAH s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, ALLAH s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.




Oct 10, 2012

Iman Anda Sudah Loww !!!


Iman Anda Sudah Loww !!!

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║██░░░░░░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║██░░░░░Battery Low ░░░░░─║║║
║║██░░░░░░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

▂ ▄ ▅ ▇ █ Charge Iman Anda █ ▇ ▆ ▄ ▂

أستغفر الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║████░░░░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║████░░░Battery Low ░░░░░─║║║
║║████░░░░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

سبحان الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║███████░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║███████Battery Low ░░░░░─║║║
║║███████░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

لا إله إلا الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║█████████░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║█████████tery Low ░░░░░─║║║
║║█████████░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

الله أكبر

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║███████████░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║███████████y Low ░░░░░─║║║
║║███████████░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

لا حول و لا قوة إلا بالله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║██████████████░░░░░░╚╗╚╗
║║██████████████ ░░░░░░─║║║
║║██████████████░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

الحمد لله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║█████████████████░░░╚╗╚╗
║║█████████████████░░░─║║║
║║█████████████████░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

اللهم صل على سيدنا محمد

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║████████████████████╚╗╚╗
║║███████ Battery Full ██████─║║║
║║████████████████████╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝
Sudah Full , Amin ^^
Ahamdulillah, sedar xsedar anda telah berzikir & berselawat..
"ber blog sambil beribadah" ^_^ ..
♥  Cepat Charge .. ♥









Oct 3, 2012

KENAPA KUBUR LELAKI DIGALI SEDALAM 5 KAKI SAHAJA DAN WANITA 7 KAKI??


! Assalamualaikum !


KENAPA KUBUR LELAKI DIGALI SEDALAM 5 KAKI SAHAJA DAN WANITA 7 KAKI??


Isteri : Abang, boleh sayang tanya?
Suami : Ye sayang. Nak tanya apa?

Isteri : Sayang pelik la abang. Kenapa syarat dalam Islam, bila lelaki meninggal dunia, kubur nya digali sedalam 5 kaki tapi kubur wanita berlainan digali sedalam 7 kaki?
Suami : Ooo.. InsyaAlLah senang ja jawapannya tu..
(sambil tersenyum).

"Kalau nak tau Islam ni agama yang sangat prihatin dan bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam dari lelaki kerana jika berlaku banjir, jenazah wanita tersebut tak akan terapung ke atas dan akhirnya akan membuka aurat jenazah. Islam sangat menjaga aurat kaum wanita, sampaikan hingga nyawa dah melayang dari jasad pun. Islam masih melindungi aurat kaum wanita."

Isteri : SubhanaAlLah. Besarnya kuasa AlLah ya abang.
Suami : *Hanya tersenyum*

Wahai kaum wanita. Tutuplah aurat mu dengan sempurna, ketika masih bernyawa. Kerana InsyaAlLah,  AlLah juga akan membantu melindungi aurat mu walaupun nyawa sudah tiada suatu hari kelak..





Oct 2, 2012

Untungnya dah Kahwin


! Assalamualaikum !



*** Sesungguhnya kita tidak tahu bilakah hari kematiaan kita ....



Sep 12, 2012

Sharing #


! Assalamualaikum !



amin ya robal alamin



Sep 7, 2012

Ikutkan Nafsu Suka ... Ikutkan Hati MaTi !!!


! Assalamualaikum !


Binatang !!! itu lah perkataan yang sesuai diberi kepada mereka yang tidak berperikemanusian ini. Pagi-pagi dah buat yana mengucap panjang.

Sedih dan daif sungguh manusia dikala ini. Pemikiran letak dilutut agaknya. Ini berlaku kerana untuk kepuasan nafsu sahaja. Tidak berfikir panjang. Mangsanya adalah makhluk yang tidak berdosa ini pabila kehadiran mereka tidak diingini.

Allah .... lagi membebel lagi buat yana sakit hati!!!


Jauhilah ZiNa !!!!



PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...