HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Aug 27, 2014

Hadirnya Putera Impian

Assalamualaikum, agak lama juga blog aku nie menyepi. Segala bagai Earning dari Nuffnang pun aku tak sempat review lagi. Apa-apa pun terima kasih buat nuffnang. Walau aku menyepi, tetap juga ada tersangkut earning buat aku beli coklat. Tak lupa juga terima kasih pada yang singgah or terdatang blog aku yang tak seberapa ini.

Alhamdulillah .... Tanggal 29.04.2014 hadirnya putera impian dalam hidup aku dan suami. Rezeki yang tidak pernah disangka. Macam yang orang selalu kata tue.... "Allah turunkan hujan sebab nak hadiahkan kita pelangi" (kalau silap betul-betulkan lah erk..)

allah turunkan hujan sebab nak hadiahkan kita pelangi

Wahai putera impian baba dan mama, engkaulah racun.... engkau jugalah penawar. Semoga kebahagian kekal milik kita sayang Muhamad Iqram Huzaifah ... Love you.



posted from Bloggeroid

Apr 30, 2014

Kanser Kembali Menyerang

Terasa tak bermaya saja sekarang nie. Letih majlis kahwin adik ipar belum lagi habis. Berita sedih pula datang berkunjung.

29.04.2014 aku dapat anak buah baru lagi. Alhamdulillah ... along aku selamat melahirkan anak kedua dengan cara pembedahan. Berat baby 2.02kg. Baby tak cukup bulan .. patutnya bulan 6 baru lahir. Tapi baby asyik mengeras saja, tak sabar nak lihat dunia. Doktor kalau boleh tak nak baby keluar dulu. Asyik suruh along aku rehat saja, bila baby dah tak bermaya baru kelam kabut buat pembedahan .. hurm ... macam-macam hal. Belum aku cerita pasal along aku kena tinggalkan kat luar bilik bedah lama gile lepas pembedahan, sampai ada efek kat buah pinggang along aku !!

kanser

Mak aku tak puas hati sikit !! sebab along aku tak dapat tengok baby dia lagi. Along aku bersalin secara pembedahan. Kena bius separuh badan. Sepatutnya, doktor kena tunjukkan baby kat along aku lepas baby selamat dilahirkan ... tapi doktor langsung tak bagi along aku tengok baby dia. Sekarang along aku dalam bilik ICU. Bila along aku akan dapat tengok anak dia?? huh ..

Untuk pengetahuan, sebelum nie along aku ada Kanser Pankreas / Hempedu. Kalau boleh, doktor nasihatkan along aku tak boleh mengandung dalam dua ke tiga tahun nie. Tapi .... dah rezeki dia, terima jerk lah. Mungkin along aku banyak simpan rahsia tentang penyakit dia nie. Lepas bersalin, baru tahu kanser dia yang dulu doktor kata dah baik, rupanya mula menyerang kembali !! Ya Allah...

Along aku sekali lagi jadi penghuni dalam bilik ICU. Baby tak cukup bulan, so kena duduk dalam bilik kaca. Tapi keadaan baby stabil. Cuma ... along aku saja yang tak berapa nak stabil. Tau jerk lah keadaannya, kalau dah ditempatkan kat dalam ICU. Berselirat dengan wayar-wayar.

Ya Allah ... kau kuatkan lah semangat along aku untuk menghadapi dugaan Mu ini. Jauhkanlah dari sebarang penyakit yang memudaratkan.

Aku nak kerja pon takda mood. Tapi hari nie kena kerja juga setelah bercuti lama. Arghhh ... aku nak balik !! tak sanggup rasanya nak kerja, tapi hati kat tempat lain.


Apr 11, 2014

Penginapan Di Tanjung Pengelih, Johor

Seminggu dua nie banyak pula yang tersinggah kat blog aku semata-mata nak cari penginapan di Tanjung Pengelih, Johor. Semua nie gara-gara entry aku Melawat Adik Di KD Sultan Ismail.

homestay tanjung pengelih pengerang johor

Nak tahu kenapa mereka cari penginapan di Tanjung Pengelih, Pengerang Johor ??? hehehh .... ini sebab ..... hari sabtu nie akan ada majlis tamat latihan untuk Laskar Muda TLDM. Macam mana aku tahu ?? Mestilah aku tahu .. sebab aku pun akan kesana, nak tengok adik bongsu aku kawat untuk tamat latihan dia kat KD Sultan ismail setelah 6 bulan adik aku kat sana.

Aku pun tengah mencari-cari penginapan kat Tanjung Pengelih nie. Dapat homestay ke.... hotel ke .... ok lah juga. Tapi tak jumpalah ..... masa pertama kali aku pergi lawat adik aku tue, aku tak perasan pula mana bandar kat tanjung pengelih. Ermm ... aku tidur kot !! aku memang pantang naik kereta jalan jauh. Pasti aku bantai ternak air liuq !! hahahh

Majlis bermula jam 7 pagi (12.04.14) hari sabtu nie. So .... terpaksalah gerak dari melaka jam 2 ke 3 pagi nie. Kalau lambat memang tak sempat nak tengok adik kawat. Perjalanan mungkin ambil masa 3 ke 4 jam.

Moga perjalan kami pagi nanti selamat dan dipermudahkan olehNya ... Amin .... Pada keluarga yang nak ke majlis esok, pandulah berhati-hati ok. Jumpa esok di KD Sultan Ismail !! ^^


Apr 1, 2014

Abah Mak Dah Selamat Pulang

Alhamdulillah ... abah mak dan semua rombongan Umrah dah selamat pulang ke Malaysia.

Semalam abah mak dah selamat sampai Melaka. Alhamdulillah abah mak sihat walafiat. Dapat tunaikan ibadah kat sana.


kurma, zamzam, kismis,

Pagi nie aku sarapan Arabian !! Hahahh arab ler sangat. Biasalah.. kalau balik dari tanah suci, mestilah bawak balik air zamzam, kurma, kismis, kekacang ... etc.

Mak abah tak lupa belikan anak-anak dara dia jubah dengan shawl. Dapatlah sorang sepasang... tak lupa juga buat cucu-cucu cilik diorang.


cucu cilik
Adam & Haziq

Bilalah... dapat jejakkan kaki kesana. In shaa Allah.. jom pasang niat. Moga diberi peluang kesana suatu hari nanti ... Amin...



Mak | Abah | Awo

posted from Bloggeroid

Mar 28, 2014

Kadar Tukaran Wang Asing

Kalau nak merancang bercuti keluar negara, mesti perkara utama yang kita semak adalah kadar tukaran wang asing. Masa nie bolehlah kira-kira bajet percutian kita. Kalau tak cukup bajet, cari destinasi lain yang mampu dengan bajet dompet kita. 

Sekarang nie tak perlu ke "Money Changer" semata-mata nak tengok kadar tukaran wang asing. Kita boleh semak dulu kadar tukaran wang asing semasa hanya guna internet saja.

Panjang lebaw pulak membebel !! macam hari tue, sebelum mak abah aku berangkat tunaikan Umrah. Aku dengan adik-beradik lain adalah bekalkan sikit duit belanja buat mereka kat sana nanti. Yelah .. kalau dah ke tanah suci, mestilah ramai yang mengirim. Tapi kirim pakai "air liur" jerk lah .... huhuhhh mana laku nak membeli. Harap-harap dapatlah mak abah aku topup sikit-sikit apa yang patut.

Aku selalu ke Currency Converter DISINI untuk semak kadar tukaran wang asing terkini. Dah tahu kadar tukaran baru ler boleh bajet-bajet ke "money changer" mana-mana pasaraya shopping mall ada.

tukar duit arab saudi

Tapi kalau dah ke kedai money changer tue .... takda lah tepat sangat duit yang korang nak tukar tue tau. Sebab diorang akan ambil upah sikit. Tapi takda lah lari jauh nownowww ....

***bila nak bercuti lagi nie ...... kalau boleh tetiap bulan nak holiday !! ^^




Mar 24, 2014

Abah Dan Mak Menunaikan Umrah

Alhamdulillah, abah dan mak aku diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci mekah bagi menunaikan Umrah.

Abah dan mak bertolak dari KLIA pada pagi sabtu lepas (3.30pagi .. delay 5.30pagi). Terima kasih tak terhingga buat pakcik aku kerana sponsor mak dan abah aku untuk buat umrah.

tunai umrah

Nenek, pakngah, makngah, staff pakcik aku pun berpeluang untuk kesana. Moga Allah perluaskan lagi pintu rezeki pakcik aku.



pakej keluarga tunai umrah


besan

Ramai yang mengantar kat KLIA tue.. dah macam perjumpaan keluarga pulak. Macam-macam ragam ler yang diorang buat. Baik yang kecik sampai ler yang besar panjang.. boleh main-main pulak kat KLIA tue. Yelah... jam 3 pagi, mana ada ramai orang. Macam KLIA tue diorang yang punya...


ragam kanak-kanak


Apa-apa pun... moga abah, mak ... dan semua rombangan diberikan kesihatan yang baik disana. Moga selamat pergi dan kembali. Amin...

posted from Bloggeroid

Feb 11, 2014

Semak Status Perjalanan Ke Luar Negara


Assalamualaikum dan salam sejahtera. In Shaa Allah tak lama lagi mak dengan ayah yana akan menunaikan Umrah. Tapi sebelum ke luar negara perlulah semak dan sediakan apa yang patut. Hari nie yana sesaja tergerak tangan kat keyboard nie nak semak status perjalanan ke luar negara.

Manalah tahu ... dah siap segala bagai kelengkapan tetiba kena tahan kat airport, tak ke kelam kabut nanti. Pada peminjam PTPTN pon harus semak nama korang sebelum nak keluar negara. Manalah tahu ..... hehehh

Jom semak status perjalanan ke luar negara disini http://sspi2.imi.gov.my/ . Harap dapat membantu korang yang tengah runsing takut nama blackList atau tidak.


Bawalah daku pergi ..... lalalaaaa 
hurmMmm ... rasa macam nak Holiday lagi jerk !! 



Jan 6, 2014

Proses Lipat Kad Kahwin

Assalamualaikum... jenuh pulak melipat kad-kad kahwin nie.. tue lah len kali tempah jerk lah yang sekeping jerk. Tak ler rumit sangat nak melipat bagai.

Hahahahhhh

Sambil melipat sambil mengungut !! Macam tak ikhlas jerk nak menolong kan.. kan..

Sekarang tengah proses lipat kad kahwin. Proses cop-cop tarikh nantilah.. penat nie ...

Siapa nak kahwin?? Yang pasti bukan yana yang akan kahwin.. kikikikiii



posted from Bloggeroid

Dec 27, 2013

Melawat Adik Di KD Sultan Ismail

Assalamualaikum

Kisah melawat adik di KD Sultan Ismail nie sebenarnya cerita hari rabu lepas (25.12.13). Tapi hari nie baru ada masa nak taip entry. Macam PoYo jerk kan.. hehehh

Blog nie pon dah macam diary juga. So haruslah sematkan apa yang patut dalam blog nie. Nanti senang nak imbau kembali kenangan lalu.

Hari rabu tue cuti Christmas.. so boleh lah pergi melawat adik yang sedang menjalani latihan TLDM "laskar muda". Nak cerita banyak tak tahu.. takut silap pulak. Hehehh

Malam sebelum perjalanan. Bajet jam 6 pagi dah gerak ! Ok 6pagi tau.... !!! Hahahhh last2 jam 7 lebih baru gerak. Biasalah.. janji melayu.


TLDM

Kali pertama nak kesana, memang tak tahu jalan langsung. Hanya berpandukan WAZE sahaja. Tapi memang banyak membantu... terima kasih Waze !! Dalam perjalanan pergi, berhenti kejap kat RnR apa tah lupa. Singgah makan..sebab kat rumah tak sempat makan. Masa nak teruskan perjalanan, nak keluar parking.. boleh pulak "bontot bercium bontot" !!! Argh... berlanggar !! Nasib baik calar2 sikit bontot my cinte hati. Huhuhh settle cari baik jerk. Dua2 salah kot... tak nampak bontot kereta masing2... hahahahh


Alhamdulillah.. akhirnya jam 11.30pagi sampai juga kami kat KD Sultan Ismail tanjung pengelih, pengerang Johor. Drama air mata pon bermula.. hehehh anak mak ... biasalah. Adik cover air mata ler tue.. kikiki masa melawat yang dibenarnya dari jam 10pagi sehingga 5petang.


laskar muda

Ramai juga ibu bapa dan keluarga yang ambil peluang untuk berjumpa anak-anak kesayangan mereka. Memang meriah lah tengok suasana nie.







Sambil-sambil tue dapat juga dating dengan hubby.. heheh dapat duduk kat jeti tue memang best giler.. angin kuat. Boleh nyenyak ler kalau dapat tidur kat situ.






Dah habis lepaskan rindu, jam 3.30 petang kami pun gerak balik... tinggallah adik. Bulan 4 tahun depan baru habis latihan. In Shaa Allah .. kalau ada peluang lawatan lagi kami pergi lagi.

posted from Bloggeroid




Dec 25, 2013

KD Sultan Ismail - WW

Assalamualaikum

Alhamdulillah... selamat sampai KD Sultan Ismail.


sultan ismail


Jumpa adik tersayang.. hehehh
posted from Bloggeroid

Dec 18, 2013

Masa Bersama Family

Assalamualaikum

Arghh ... pasni dah boleh tidur. Hehehh baru balik jalan-jalan. Masa bersama family.. bukan selalu. Tapi kalau dah berjimba memang macam tak ingat jalan pulang.

"Adam nak makan apa??"
"KepCcccc"

Bebudak sekarang nie kan. Umur belum dua tahun dah pandai mintak KFC... huhuh

So tadi kita makan kepccccc ....





Lepas makan kfc, hubby nak lepaskan gian kejap. Last2 ... muncul 2 orang penyanyi latar !!





Bukan main lain budak berdua tue bila dah dapat pegang mikrofon !! Nasib tak kena halau... hehehh

Masa bersama family lah yang boleh menenangkan jiwa raga. Walau bukan selalu, tapi berbaloi !!
posted from Bloggeroid

Dec 16, 2013

Happy Birthday Hubby

Assalamualaikum

Happy birthday hubby !! Kali kedua sambut birthday hubby sejak berkahwin. Kali nie dapat juga buat kejutan kat hubby.

Cerita nie hari jumaat lepas.. tapi baru nak cerita sebab kekangan waktu!! Wahh.. kelas ko maria !! Kahkah

Birthday hubby 14 december.. tepat jam 12am 14 haribulan tue. Terus buat kejutan !! Nasib baik hubby bagi respon terkejut. Kalau tak.. memang hentak kepala kat dinding ler sebab selalu kalau yana nak buat kejutan mesti tak jadi!! Hahahhh




Kek kecik jerk untuk suami... untuk alas perut. Hehehh lepas makan kek.. kitaorang lepak bandar. Makan-makan sambil tengok aksi-aksi mat rempit.





Jangan tak tahu... kat melaka nie mat rempit dah ubah hari untuk merempit. Bukan lagi sabtu malan minggu tau. Tapi setiap hari jumaat malam sabtu. Kalau tak percaya.. korang try ler lepak bandar melaka area bustand lama tue.. OpSss terlebih sudah !!


posted from Bloggeroid

Dec 13, 2013

Bila Dekat Gaduh, Dah Jauh Rindu ...

Assalamualaikum

Bila dekat gaduh, dah jauh rindu ler pulak !! Realiti dunia macam nie lah... hehehh

Rasanya dah sebulan lebih kot... Tapi macam dah setahun pulak tak nampak. Rindu nak bertekak... nak lawan cakap.. nak marah-marah... nak minta tolong. Rindu semualah.... tue lah bila dekat macam kucing ngannnn tikus. Hehehh

Kami sekeluarga rindu dengan adik lelaki tunggal kami. Adik jalani latihan TLDM sejak awal november. Alhamdulillah... adik terpilih untuk berkhidmat dalam TLDM.

Mak siap tidur dengan bantal busyuk adik untuk hilangkan rindu. Hehehh dah nama anak lelaki tunggal. Mestilah semua orang rindukan dia.

Kalau kat luar dengan kawan2 dia ... fuhhh macam otai !! Langsi !! .. tapi ... kalau kat rumah... hehehh takmo lah bocor rahsia.. mau makan tapak ngan dia nanti.

Malam tadi mak suruh tuliskan surat untuk adik. Siap sertakan gambar kami semua. Mak cakap untuk adik hilangkan rindu pada kami. Malam tadi memang benak kepala otak nak tulis surat. Yelah.. terasa macam zaman dolu2 pulak nak kena tulis2. Sakarang kan dah canggih.. asyik taip msg jerk.. skill nulis pon dah kelaut.

Semoga adik yana sentiasa dilindungi OlehNya.. moga berjaya dan dapat banggakan kami sekeluarga. Amin ..


latihan TLDM
posted from Bloggeroid

Dec 4, 2013

Musim Hujan Yang Melanda

Assalamualaikum

Dah tiga hari mentari tak menampakkan sinarnya. Sejak musim hujan yang melanda nie.

Baju kat ampaian pon dah tiga hari tak berangkat. Akhirnya terpaksa dijemput ke dalam rumah. Hehehh

Sidai baju dalam rumah jerk. Hari nie pon mentari seakan terlena dek kerana hujan yang turun.

Harap negeri yang dilanda banjir tue selamat dari bencana yang teruk. Walaupun kat melaka nie tak banjir. Tapi melaka juga tersenarai dalam negeri yang dilanda hujan tanpa henti.

Hujan salah satu nikmat dariNya... bersyukur lah seadanya. Jangan sampai menyalahkan Hujan pulak !!



posted from Bloggeroid

Dec 2, 2013

Happy Anniversary !!

Assalamualaikum ... hari nie happy sangat !! Dapat surprise dari incik hubby. Hari nie anniversary kami. Happy 2nd anniversary....

Alhamdulillah... dah dua tahun usia perkahwinan kami. Bersyukur di jodohkan dengan incik hubby.

Moga ikatan berkahwinan kami diberkati olehNya. Love u till jannah... Amin ... ♥

hadiah cincin



sejambak bunga ros
posted from Bloggeroid

Nov 6, 2013

Anak Derhaka - WW



Assalamualaikum



doa
Doa untuk ibu bapa





Oct 21, 2013

Resepi Aiskrim Oreo


Assalamualaikum

Salam isnin buat semua ... No MoNdaY BlueSs okeh ... hehehh semalam adalah hari kerajinan yana. Sebab apa?? sebab semalam, dari pagi dapur yana tak sunyi. Sampai orang sebelah tanya  .. "ada buat kenduri ke hari nie" ... heheeh ada juga yang minta resepi aiskrim oreo yang yana share gambarnya di instagram.

Pagi yana masak mini murtabak popia. Tak sangka sedap sampai licin pinggan (padahal semua lapar sebab belum sarapan) kikiki ... petang pula yana buat aiskrim oreo.

Kak +Sue-Rya Qistina nie resepi aiskrim oreo untuk akak ^^

----------------------------------------


aiskrim oreo

Resepi Aiskrim Oreo


Bahan-bahan :-
1. 1 tin susu cair 
2. 1/4 tin susu pekat manis ( + - ikut manis yang dikehendaki)
3. 2 sudu besar ovalette
4. Perisa coklat (tak letak pun takpe)
5. Biskut oreo 

Cara-caranya :-
1. Blender bahan 1 - 4 sehingga gebu gebas.
2. Selesai blender bahan tersebut asingkan kepada dua bekas.
3. Patah-patahkan biskut oreo dan masukkan dalam salah satu bekas yang diasingkan tadi.
4. Blanderkan biskut oreo bersama adunan tadi (tak hancur sangat lagi bagus).
5. Tuangkan kedua adunan tadi kedalam bekas bertutup mengikut kretiviti anda.
6. Simpan didalam tempat sejuk beku sehingga beku.
7. **Nak terasa biskut orea .. patah-patahkan sedikit biskut oreo dan taburkan berselang dengan adunan tadi..







Oct 19, 2013

Temujanji Di Klinik Kesihatan

Assalamualaikum

Pagi nie bawa mak pergi rawatan di klinik kesihatan.

Awal pagi kami dah keluar dari rumah untuk ke klinik. Mak cakap kena sampai awal... sebab kalau lambat nanti orang punyalah ramai.

Jam 7am kami dah terpacak kat depan klinik kesihatan nie. Adalah dua ke tiga orang yang dah sampai. Tapi klinik belum buka lagi.

Sekali tengok papan tanda.... jam 8am pagi baru klinik buka lah..... menunggu ler kami kat luar nie 1jam lagi. Orang dah mula ramai. Sama jerk lah macam datang lambat. Huhuhhh


temujanji klinik kesihatan
posted from Bloggeroid

Sep 18, 2013

WW - Perancangan Allah



Assalamualaikum





Sep 3, 2013

Bila Haziq Masuk Hospital

Assalamualaikum

Bila haziq masuk hospital.... memang gamat ler hospital yang sunyi sepi dari kebiasaan.

Haziq merupakan anak sulung along yana. Haziq juga merupakan anak kesayangan suami yana... manja sangat dengan suami yana.

Semalam haziq kena tahan wad.... sebab ada lendiran yang sukarkan dia untuk bernafas. Asal hisap susu jerk... asyik tersedak sebab tak dapat tarik nafas. Doktor kata takda apa yang serius. Cuma tekak dia ada luka sedikit. Sebab tue kena tahan hospital.

Semalam pergi lawat haziq kat hospital... YaAllah... seriau yana nak tengok haziq. Bukan sebab sakit yang serius..... tapi ke"aktif"an (ejaan baru) haziq yang buat kami tak senang duduk.

Bayangkan.... kat tangan dia tue ada tiup untuk masuk ubat. Tapi dia macam takda rasa sakit pulak. Berguling-guling kat lantai. Pastu siap berlari-lari satu hospital. Yang tak tahannya.... tukang tolak besi (besi yg ada tiup masuk air sambung kat tangan... tengok gambar.hehehh). Semput orang nak kejar dia.

Adoi..... haziq.... haziq. Memang sungguh aktif. Siap dia kenal nurse yang injit dia. Asal nampak nurse tue dia cakap "akut...akut....." (takut). Mesti dia fobia... hehehh kesian....

Mintak-mintak haziw boleh keluar hospital secepat mungkin. Kesian kat along yana semput nak kejar anak dia yang terlampau aktif tue... hehehh

PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...