HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Jun 24, 2013

Bertemu Kawan Blogger di MARDI Cameron Highlands



! Assalamualaikum !


Salam ukhwah semua ..... yana tak pernah terfikir suatu hari nanti akan jumpa kawan-kawan blogger yang selalu kita komen dan "citcat" hanya di alam maya. Tapi akhirnya .... ketemu juga di MARDI Cameron Highlands. Terima kasih eja (http://cikzaniff.blogspot.com/)  hehehhe

Sila abaikan sye yg pendek itu ... heheh

Sebelum bercuti ke Cameron Highlands yana ada Wechat ngan Eja ... tanya Apartment kat cameron highlands. Sebab yana tak sangka pula hari biasa banyak apartment yang dah penuh. Eja ada juga bagi beberapa no untuk dihubungi ... terima kasih eja.


Gambar dari Wechat eja

Dalam hati memang ada niat nak jumpa eja ... tak lama kejap pon jadilah. Walaupun belum janji betul-betul untuk berjumpa. Tapi yana siap-siapkan juga ole-ole dari melaka. Last minit, tak tahu nak bawak apa. Kebetulan kat kawasan perumahan nie tengah "pesta mangga" so yana bawa jerk ole-ole mangga untuk eja.

YB cilik melawat kawasan

Alhamdulillah .... niat untuk jumpa eja dipermudahkan. Terima kasih eja bawa yana, suami & haziq jalan-jalan dalam MARDI. Yana tak tahu pula dalam MARDI tue ada tempat untuk melawat. hhehehh tengok ler tue budak bertuah jalan-jalan. Fuhhh ... macho giler budak nie !! heheh

Insyallah ... ada masa jumpa lagi .... TQ eja & suaminya. Nanti datang melaka jangan lupa contact yana. Boleh yana bawa jalan-jalan kat melaka pula. ^^







Jerebu dan Topeng Muka



! Assalamualaikum !




Mentang-mentang lah keadaan cuaca Kita sekarang ini memerlukan kita untuk menggunakan topeng muka. Ada pula pihak yang mengambil kesempatan.

Rasanya sebelum jerebu pernah juga beli topeng muka nie. Harga sen jerk kot .... tapi sekarang .... hurm

Kat tempat korang harga berapa??

***banyakkan minum air kosong / suam dalam keadaan cuaca jerebu sekarang nie k ^^





May 30, 2013

Skim Rumah Pertama Hanya Omongan Kosong !!! ?????



! Assalamualaikum !

Bagi sesiapa yang pernah merasai pengalaman untuk membeli rumah pertama pasti sudah jelek dengan perkataan " Skim Rumah Pertama " . Fuhh ... memang tak boleh pakai langsung !! itu semua hanya omongan momokan kosong sahaja bagi menyedapkan hati insan yang memerlukan.

Faedah Skim Rumah Pertama


Untuk yang sedia maklum, yana ada apply untuk membeli "rumah mampu milik" ler sangat !! Pada bulan tiga lepas yana dan suami penat lelah beratur untuk merebut peluang yang diberi oleh pemaju untuk memiliki rumah mampu milik tersebut. Kami dah bayar "booking fee" dan sign dokumen kat lawyer. Selepas itu, kami perlu mencari bank bagi pembiyaan pinjaman rumah tersebut yang disediakan oleh pemaju. Antara bank yang boleh dipilih ialah BANK ISLAM, CIMB, MUAMALAT, MBSB ...

Yang menyakitkan hati dan menyesakkan minda sanubari ini adalah kerana ......... ini adalah pembelian rumah pertama bagi kami. Tetapi bila tanya mengenai "skim rumah pertama" semua bank tersebut menyatakan baik tak payah guna skim tersebut. Sebab !! memang takda faedah pun yang boleh kita dapat dari skim itu !! erkkk ....

Yang sebenarnya, pembelian rumah ini telah tergendala kerana "PEMAJU" tidak mendapatkan lagi GERAN bagi kawasan perumahan tersebut. So semua bank tidak mahu memberi kami "pembeli" pinjaman bagi pembelian rumah tersebut !! Arghh ... semak fikiran nie.

Cuma Bank Muamalat saja yang berani mengambil risiko dengan memberi pinjaman untuk membeli rumah di kawasan tersebut. Tetapi .... tetapi !!! diorang hanya boleh bagi kami 80% pinjaman sahaja !! WTHekk .... lagi 20% mana kami nak cari ????? kalau minta pada najib dia boleh bagi tak ??? huahuahhahh

MBSB lagi bagus boleh bagi 100% loan untuk rumah pertama. Tetapi ..... tetapi !! anda jangan terpedaya !! mana ada bank nak buat amal jariah !! cuba lah korang tanya betul-betul apa yang tersembunyi. Yana malas nak terangkan ..... huhuhhh semua bank sama jerk !!! "KEUNTUNGAN SEMATA".

Yana dan suami dah berbincang, mungkin kami takkan terima loan dari muamalat. Sebab kami tak mampu nak cari 20% tue !! kalau kami sign agreement loan pun belum tentu boleh dapat rumah. Sebab sampai sekarang pihak pemaju menyepi mengenai GERAN tersebut.

Menunggu dan terus menunggu !!! menanti sinar harapan ^^

SeKiaN dari Rakyat Biasa yang TiDaK KaYa !!



May 3, 2013

Surprise .... Happy Birthday



! Assalamualaikum !

Salam jumaat penghulu segala hari buat semua. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ini. Pejam celik sudah 28 tahun diberi ruang untuk hidup di bumi Allah. Terima kasih Ya Allah ... diatas limpah kurnia nikmat mu. 

Arghhh .... sweet 28 !!! yeah ... i'm still sweet okehhh ... ngeee

Malam tadi dapat surprise dari hubby ... huhuhh terharunya. Terima kasih Allah kerana menghadiahkan insan yang tidak terlihat harganya !! chewah ..... 



Malam tadi dah tidur .... tetiba ingat mimpi. terasa macam ada cahaya pula. Buka mata jerk .... ada orang nyanyi lagu Happy birthday .... hahahh nasib baik baru tidur ayam. Air liur belum sempat keluar lagi.. kikiikiki


Dapat hadiah Jam !! yeah .... suka suka suka ..... hubby perasan kot yana suka pakai jam pakai buang !! alah ... jam murah rm10 tue ... habis bateri buang ler ... beli lain !! heheheh Sekarang dah dapat jam mahal ... kenalah jaga bebaik. Kalau calar pon ... mau menangis seharian. PoYo !!


Punyalah jiwang hubby yana .... kikikikiii but i loike .... muaxxx 



Terima kasih pada rakan yang memberi ucapan dan doa buat yana. Terima kasih tak terhingga. Love korang !!! .... buat hubby terchenta ..... love u much !!



Apr 9, 2013

A Famosa Cowboy Town, Melaka


! Assalamualaikum !


Malam minggu hari tue, yana, hubby dengan adik beradik hubby pergi A Famosa Cowboy Town, Simpang Ampat Alor Gajah Melaka. Memang happening gilew ...... Berbaloi dengan harga tiket yang kita orang bayar.

Harga tiket untuk masuk Cowboy Town tak lah mahal sangat. Kurang dari RM60 seorang. **yana tak tahu harga sebenar sebab dapat tiket free ... hehehhh Tapi memang berbaloi-baloi ......

Jom layan gambar yang tak seberapa clear nie ^^



Bila time bunga api tue .... fuhhh gilew meriah. Macam sambut tahun baru !!






Banyak juga show yang diorang sediakan. Antaranya, cowboy, animal, kereta berhias macam-macam lagi lah. Yang syok tue .... kita dapat tengok, pegang ..... gajah !! abang ipar yana sampai jatuh bawah tempah duduk sebab nak mengelak belalai gajah. kikikikkk hilang macho dia **penakut gajah rupanya .....


Cuti-cuti nanti jom lah datang Melaka ..... Banyakkkkkkk tempat menarik untuk dikunjungi ^^ ... PsSsstttTt ... yana boleh jadi duta pelancongan Melaka tak ???? hehehhhhh




Apr 8, 2013

Adam Di Bilik Kuarantin



! Assalamualaikum !


Hari sabtu yana ada cerita mengenai  Adam masuk bilik kuarantinkan .... DISINI. Nie pula gambar-gambar adam semasa berada didalam bilik kuarantin.

Mood dia berubah-ubah ... yelah ... orang sakit. hehhehh kadang-kadang dia gelak tapi macam menangis. Kesian tengok dia.



Adam dah fobia dengan nurse tau .... bila dia nampak nurse atau doktor masuk bilik jerk. Dia dah menjerit, menangis. Padahal belum sentuh dia lagi. hehehhh Ini gara-gara dia kene injit ler malam tue .... meraung bagai nak rakkk ...


Kita yang dewasa nie pun tak tahan kalau kene injit kat tangan. Ini kan pula bb macam adam. Adam kene masuk air sebab dia tak boleh makan dan minum susu. Dalam mulut dia ada ulser.


Sabtu petang, papa adam minta bawa keluar adam dari hospital. Sebab doktor pun kata ciken pox nie macam virus. Virus memang takda ubat. So dari adam menangis jerk pandang muka doktor atau nurse. Baik bawak dia balik ... senang lah juga nak jaga dia.

Kesian tengok kalau budak-budak sakit ..... ~





Apr 6, 2013

Adam Masuk Bilik Kuarantin....



! Assalamualaikum !


Kesian dengan anak buah Yana nie, Adam zariff  .... Tak tahu kenapa tiba-tiba dia demam. Pastu badan Keluar bintik-bintik macam kene ciken pox pula. Umur dia belum setahun. Doktor kata jarang bb yang bawah Umur setahun kene ciken pox.


Sementara tunggu mama dengan papa Adam balik dari KL, along Yana bAwak Adam ke klinik, doktor bagi ubat sapu macam bedak Tue. Satu badan lumurkan. Minum susu pun dia tak nak. Makan lagi lah dia tak nak. Lemah jerk badan dia. Adam boleh telan minum air suam kosong jerk.


Malam tadi badan dia panas, tapi menggigil sejuk. Terus bawak adam Ke hospital bahagian kecemasan. Adam kene tahan wad. Kene kuarantin... Patutlah dia taknak minum susu dengan makan sume. Rupanya dalam mulut dia ada ulser doktor cakap.

Kesian dengor dia melalak kene injit bagai. Dah masuk wad ... Redha jerk lah. Kene ambil darah sume.

Moga Adam cepat sembuh !! Abang hazik dah rindu nak begasak sama...




Mar 29, 2013

Rindu Pada Mu ....



! Assalamualaikum !


Sunyi sepi rumah sekarang nie ...... cuti sekolah, rumah pun sepi. huhuhuh rindu pada mu my dear, my love, my my my dot my ..... hehehhhh



Yana rindu anak-anak buah yana bedua tue ..... kalau selalu suara diorang ler yang buat riuh kat rumah nie. Sekarang kan cuti sekolah ..... mak yana bawak diorang ke kuala lumpur. Pergi rumah mak adam. Adam tinggal rumah mak yana, masa cuti jerk mama dengan papa dia jumpa kat kampung. 


Beza umur adam dan haziq setahun jerk. Tapi macam nak sama besar jerk diorang nie kan. hehehh Sebelum ke kuala lumpur hari tue, mak yana bawak diorang ke saloon. Tengok ... dua-dua dah macam komando. Minggu nie balik ler diorang semula ..... riuh kembali. huhuhuhh Balik cepat tau sayang ..... muaxxx 







Nov 20, 2012

Alhamdulillah ... Bilik ICU


! Assalamualaikum !

Semalam lebih kurang jam 2.30ptg, operation along selesai. Lebih kurang 6jam along didalam dewan bedah. Setelah keluar dari dewan bedah, along telah ditempatkan dalam bilik ICU. Kami tidak dapat melihat keadaan along. Sebab along belum sedar .... mungkin kesan dari pelali belum habis lagi.

Petang kami datang melawat. Tetapi hanya dua orang sahaja dibenarkan masuk dalam satu-satu masa. Kami bergilir-gilir masuk untuk melihat along. Sejuk sungguh bilik icu nie.Alhamdulillah ... along sudah sedar. Tetapi tidak boleh bercakap sangat. Hanya matanya sahaja yang berkelip-kelip.

Yana tak lama didalam sana ..... tidak sanggup melihat keadaan along yang berselirat dengan wayar-wayar dan bunyi degupan mesin-mesin disitu. Lagipun kami tidak dibenarkan lama didalm bilik icu.

Moga along cepat sembuh dan dipindahkan ke wad biasa. Anak along, Haziq tidak dapat melihat ibunya. Ini kerana kanak-kanak dibawah umur 12tahun tidak dibenarkan masuk. Haziq asyik mengengek saja. Pilu jugak hati nie.

Yana bekerja hari nie. Tapi hati macam meronta untuk pulang kerumah. Walaupun mak tersenyum .... tapi dalam hati mak, yana tahu betapa risau hatinya. Tadi pagi-pagi mak dah ke hospital. Mak cakap hati tak tenang duduk rumah sebab along masih di bilik ICU.

Apa pun yana bersyukur along selamat. Moga segalanya dipermudahkan. Amin .....



PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...