HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Showing posts with label Cinta Hati. Show all posts
Showing posts with label Cinta Hati. Show all posts

Dec 20, 2013

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod 5


Assalamualaikum

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod 5








Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod 4


Assalamualaikum

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod 4









Dec 18, 2013

Masa Bersama Family

Assalamualaikum

Arghh ... pasni dah boleh tidur. Hehehh baru balik jalan-jalan. Masa bersama family.. bukan selalu. Tapi kalau dah berjimba memang macam tak ingat jalan pulang.

"Adam nak makan apa??"
"KepCcccc"

Bebudak sekarang nie kan. Umur belum dua tahun dah pandai mintak KFC... huhuh

So tadi kita makan kepccccc ....





Lepas makan kfc, hubby nak lepaskan gian kejap. Last2 ... muncul 2 orang penyanyi latar !!





Bukan main lain budak berdua tue bila dah dapat pegang mikrofon !! Nasib tak kena halau... hehehh

Masa bersama family lah yang boleh menenangkan jiwa raga. Walau bukan selalu, tapi berbaloi !!
posted from Bloggeroid

Dec 16, 2013

Happy Birthday Hubby

Assalamualaikum

Happy birthday hubby !! Kali kedua sambut birthday hubby sejak berkahwin. Kali nie dapat juga buat kejutan kat hubby.

Cerita nie hari jumaat lepas.. tapi baru nak cerita sebab kekangan waktu!! Wahh.. kelas ko maria !! Kahkah

Birthday hubby 14 december.. tepat jam 12am 14 haribulan tue. Terus buat kejutan !! Nasib baik hubby bagi respon terkejut. Kalau tak.. memang hentak kepala kat dinding ler sebab selalu kalau yana nak buat kejutan mesti tak jadi!! Hahahhh




Kek kecik jerk untuk suami... untuk alas perut. Hehehh lepas makan kek.. kitaorang lepak bandar. Makan-makan sambil tengok aksi-aksi mat rempit.





Jangan tak tahu... kat melaka nie mat rempit dah ubah hari untuk merempit. Bukan lagi sabtu malan minggu tau. Tapi setiap hari jumaat malam sabtu. Kalau tak percaya.. korang try ler lepak bandar melaka area bustand lama tue.. OpSss terlebih sudah !!


posted from Bloggeroid

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod 2


Assalamualaikum

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod 2





Dec 13, 2013

Bila Dekat Gaduh, Dah Jauh Rindu ...

Assalamualaikum

Bila dekat gaduh, dah jauh rindu ler pulak !! Realiti dunia macam nie lah... hehehh

Rasanya dah sebulan lebih kot... Tapi macam dah setahun pulak tak nampak. Rindu nak bertekak... nak lawan cakap.. nak marah-marah... nak minta tolong. Rindu semualah.... tue lah bila dekat macam kucing ngannnn tikus. Hehehh

Kami sekeluarga rindu dengan adik lelaki tunggal kami. Adik jalani latihan TLDM sejak awal november. Alhamdulillah... adik terpilih untuk berkhidmat dalam TLDM.

Mak siap tidur dengan bantal busyuk adik untuk hilangkan rindu. Hehehh dah nama anak lelaki tunggal. Mestilah semua orang rindukan dia.

Kalau kat luar dengan kawan2 dia ... fuhhh macam otai !! Langsi !! .. tapi ... kalau kat rumah... hehehh takmo lah bocor rahsia.. mau makan tapak ngan dia nanti.

Malam tadi mak suruh tuliskan surat untuk adik. Siap sertakan gambar kami semua. Mak cakap untuk adik hilangkan rindu pada kami. Malam tadi memang benak kepala otak nak tulis surat. Yelah.. terasa macam zaman dolu2 pulak nak kena tulis2. Sakarang kan dah canggih.. asyik taip msg jerk.. skill nulis pon dah kelaut.

Semoga adik yana sentiasa dilindungi OlehNya.. moga berjaya dan dapat banggakan kami sekeluarga. Amin ..


latihan TLDM
posted from Bloggeroid

Salam Jumaat .. Jom Kita Doa Bersama


Assalamualaikum

Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah segala urusan bagi diriku yang lemah ini, dan kau berikanlah ketenangan buat hambamu ini ... Amin ...




Dec 12, 2013

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod 1


Assalamualaikum

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod 1




Dec 10, 2013

Tangisan Bayi Tepi Longkang


Assalamualaikum

Susualan entry berita Bayi dibuang di tepi longkang yang yana update pagi tadi. Alhamdulillah .... panjang umur bayi yang tidak berdosa itu. 


"Ipoh: “Bayi itu pasti mati jika saya dan rakan tidak menjumpainya,” kata Chong Lean Fatt, 48, yang menemui bayi baru dilahirkan dibuang dalam keadaan bogel di tepi longkang berhampiran Jalan Lapangan Perdana 19, Taman Lapangan Setia, di sini, pagi semalam.

Bayi perempuan cukup sifat dan masih bertali pusat itu dicampak di kawasan sunyi berhampiran lokasi projek pembinaan rumah kedai yang baru disiapkan.

Chong yang juga seorang kontraktor berkata, dia bersama seorang rakan serta wakil syarikat pemaju menemui bayi malang itu pada jam 11 pagi selepas terdengar tangisannya. Menurutnya, dia datang ke kawasan itu untuk memasang jeriji besi di sebuah unit kedai dan segera memaklumkan kepada rakan."

Saya beritahu rakan mengenai suara bayi menangis, tapi dia kata itu mungkin bunyi anjing liar atau kucing. Saya tidak puas hati dan memaklumkannya kepada wakil pemaju projek kedai itu yang datang untuk memantau kerja pengubahsuaian." 



Bayi Di Buang Tepi Longkang


Assalamualaikum

Allahuakbar .... sedih hati nie kalau baca berita tentang orang buang bayi. Apalah perasaan "binatang" tue masa nak buang bayi tersebut. Takkan lah takda sekelumit perasaan belas kasihan pada bayi yang tidak berdosa tue. Kalau taknak bayi tue pon ... bagi lah orang yang nak. Ini buang bayi tepi longkang !!! Bodoh tahap gaban !!!


Arghhh  !!! sedih !! ........

"IPOH: Seorang bayi lelaki cukup sifat yang baru dilahirkan ditemui dalam keadaan tidak berpakaian berhampiran rumah kedai baru di Lapangan Perdana 19, Taman Lapangan Setia , di sini pagi tadi.

Bayi yang masih bertali pusat itu dipercayai baru dibuang di tepi longkang di sebuah kawasan rumah kedai sebelum dijumpai oleh orang awam.

Bayi itu dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan."


Orang susah nak dapat anak. Dia dah dapat anak ... sesuki hati jerk buang-buang. Buang tepi longkang pulak tue !!! 


Dec 9, 2013

Bantuan Sumbangan Untuk Mangsa Banjir Dari Negeri Melaka


Assalamualaikum

Sejak bencana banjir yang melanda negeri pantai timur khususnya negeri pahang. Tercari-cari juga info kat melaka nie. Niat hati nak membantu dari segi pakaian. Sebab banyak juga pakaian yang nak disumbangkan. Hari nie, alhamdulillah .. dapat info kat facebook. Akhirnya Bantuan sumbangan untuk mangsa banjir dari melaka ada juga diadakan.

Jejak kembara G7 prihatin bagi membantu mangsa banjir mengumpul pakaian dan barangan yang dirasakan boleh membantu mangsa banjir. AJK bagi jejak kembara akan menghantar bantuan tersebut dalam masa terdekat. Bagi bantuan jenis pakaian, diharap anda dapat mengasingkan pakaian tersebut seperti pakaian perempuan, pakaian lelaki, pakaian kanak-kanak dan sebagainya.

Segala sumbangan anda boleh diserahkan :-

- Hari Selasa
- 10.12.2013
- Jam 5.30 petang
- Lokasi Medan Selera Durian Tunggal, berhampiran masjid An Naim Durian Tunggal

Jom warga melaka, marilah sama-sama kita memberikan bantuan bagi meringan beban mangsa banjir. Moga sumbangan kita ini bermanfaat buat mereka.





Dec 6, 2013

30 Orang Pertama Dalam Islam Yang Perlu Kita Ketahui


Assalamualaikum


Siapakah orang pertama yang cipta telefon? alexander graham bell .. Siapakah orang pertama tulis bismillah ? ????? anak kalau tanya mahu demam nak jawab kan? .Jadi simpan nota ini untuk panduan bersama....

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM 
-----------------------------------------------

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

------------------------------------------------------

Sekarang rasanya dah boleh jawab soalan-soalan anak pintar kita??? In Shaa Allah boleh .... ^^



Teater Bahayanya Wanita


Assalamualaikum


Rasanya teringin sangat nak tengok Teater Bahayanya Wanita. Teater yang dibarisi barisan pelakon popular seperti Umie aida, Erra Fazira, Nora danish dan Zizan razak.

Rasa teringin sangat nak tengok teater bahayanya wanita sebab hampir setiap hari tengok pelakon-pelakon nie update IG *Instagram diorang tentang teater nie. Tue yang membuatkan rasa teringin membuak-buak.

Katanya, tiket dah boleh ditempah melalui online. So sesiapa nak tempah boleh ke web ini

Teater ini akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada 20 - 31 Disember 2013.

Ada sesiapa nak belanja yana tak??? hehehhh



Dec 4, 2013

Musim Hujan Yang Melanda

Assalamualaikum

Dah tiga hari mentari tak menampakkan sinarnya. Sejak musim hujan yang melanda nie.

Baju kat ampaian pon dah tiga hari tak berangkat. Akhirnya terpaksa dijemput ke dalam rumah. Hehehh

Sidai baju dalam rumah jerk. Hari nie pon mentari seakan terlena dek kerana hujan yang turun.

Harap negeri yang dilanda banjir tue selamat dari bencana yang teruk. Walaupun kat melaka nie tak banjir. Tapi melaka juga tersenarai dalam negeri yang dilanda hujan tanpa henti.

Hujan salah satu nikmat dariNya... bersyukur lah seadanya. Jangan sampai menyalahkan Hujan pulak !!



posted from Bloggeroid

Dec 2, 2013

Happy Anniversary !!

Assalamualaikum ... hari nie happy sangat !! Dapat surprise dari incik hubby. Hari nie anniversary kami. Happy 2nd anniversary....

Alhamdulillah... dah dua tahun usia perkahwinan kami. Bersyukur di jodohkan dengan incik hubby.

Moga ikatan berkahwinan kami diberkati olehNya. Love u till jannah... Amin ... ♥

hadiah cincin



sejambak bunga ros
posted from Bloggeroid

Dec 1, 2013

Ustaz Mu Tunggu Aku Datang

Assalamualaikum

Filem ustaz mu tunggu aku datang yang menampilkan kumpulan shiro sebagai pelakon utama filem ini dan penampilan istimewa diterajui oleh ustaz popular iaitu uztaz azhar idrus (UAI).

Filem yang satu-satunya boleh dikatakan berjaya menarik minat penonton untuk menonton walaupun tiada satu pun watak perempuan yang ditampilkan dalam cerita ini dari awal hingga ke akhir cerita.

Ustaz mu tunggu aku datang !!! Memang terbaik... tak kering gusi menonton gelagat shiro dalam cerita nie. Dalam gelak tawa, banyak juga part yang boleh menyedarkan kita dan membuka pintu hati kita tentang ISLAM.

Tak rugi tengokkkkk .... Ustaz Mu Tunggu Aku Datang !! **dah tengok tadi... rasa nak tengok lagi..hehehh


Filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang
posted from Bloggeroid

Nov 29, 2013

Selamat Tinggal Shout Box


Assalamualaikum

Salam jumaat dan selamat pagi buat semua. Macam sekejap jerk masa berlalu ... tiba-tiba dah hari jumaat !! tiba-tiba lah sangat kan .. hehehh entah sempat ke tidak kita bertemu jumaat depan. Sesungguhnya ajal itu rahsia Allah. Moga kita sentiasa diberi keberkatan dalam hidup ini. Amin ......

Hari nie yana nak ucapkan selamat tinggal buat Shout Box kesayangan hamba ini... huhh. Hari nie yana buang shout box yang ada kat sebelah kanan blog nie. Mungkin takkan pasang lagi..... huhuhuhh

Makin hari makin melampau kot ..... asyik-asyik terkena den !! dalam mood yang membuak nak BW, tetiba termasuk iklan penipu !! huh .. kalau cara macam nie lah .. memang den tak kenan !! penampooo baru tau .... !!

Lagi satu, penat-penat kita BW kat blog dia... kita baca entry dia. Kita komen ikhlas kat entry dia. Tetiba datang blog kita. "singgah sini balas kunjungan" tulis macam tue kat shout box kita !!! kahkah ..... tetiba BW kita tue jadi tak ikhlas uolSss ..... jaat aku nie

So haruslah ... shout box tue dihapuskan. Bukan yana tagih komen dari uolSss, tapi .... tapi .... lu pikiaq lah sendiri erk. hehehhh Pada penipu-penipu or spammer link tue ... bawa ler bertaubat !! tak halal pun cara korang tue. Peace Yoy ^^

Selamat Tinggal Shout Box





Nov 28, 2013

Doa Mohon Rezeki Halal


Assalamualaikum

Selamat pagi ... selamat bekerja .... selamat menjalankan tugas masing-masing. Semoga rezeki yang kita peroleh halal dan diberkati olehNya .. amin .... Jom Doa Mohon Rezeki Halal.

- Doa Mohon Rezeki Halal -




Nov 27, 2013

Terima Kasih Nuffnang !! CPUV lagi ... -WW-


Assalamualaikum

3 CPUV OnGoing



Terima kasih nuffnang !! CPUV lagi .... moga incik nuff murah rezeki !! kikikiki

Kalau singgah blog yana, nampak iklan menari-nari tue ... tolong2 lah klik erk ... ^^




Nov 24, 2013

Car Wash Di Hari Minggu

Assalamualaikum .. Car Wash di hari minggu... nie cerita pagi tadi. Baru jumpa line wifi laju (baru jumpa jalan balik rumah) hehehh... tadi line tenet hp dah macam siput ... biasalah... dah hujung bulan. Minta di topup ler.. line tenet nie. Huhuhu

Kereta dah hampir dua minggu tak disabunkan. Kereta pun dah macam tak serupa kereta. Berlumpur... musim hujan. So pagi tadi tengok cuaca baik Pergilah ziarah car wash. Nak cuci sendiri kat rumah memang tak ler... pemalas !!!

Hampir setengah jam juga duduk kat car wash tue sementara tunggu kereta dimandikan. Sampai haziq pun dah menunjukkan sintom BoSaN. Nasib baik ada penyelamat !! Haziq layan upin ipin ...

Selesai jerk kereta dimandikan.. rancang nak jalan-jalan kat bandar. Dalam perjalanan ...... alamak !!! Hujan turun dengan lebatnya... huhuhuhhh nangis tak berlagu. Baru makeup kereta cantik-cantik. Dah berlumpur semula. Nasib badan... kahkahhh

asal basuh kete jerk hujan ... asal hujan jerk basuh kete APTB



posted from Bloggeroid
PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...