HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Showing posts with label Ceritera Weekend. Show all posts
Showing posts with label Ceritera Weekend. Show all posts

Feb 5, 2013

Big Red Strawberry Farm, Cameron Highlands




Assalamualaikum

Big Red Strawberry Farm, Cameron Highlands memang terbaik !! best sebab dapat makan strawberry coklat .. hehehh



Selamat datang ke Big Red Strawberry Farm, Cameron Highlands. Wahhh ... ada macam duta strawbery tak?? heehhh



Ini adalah tempat yang paling yana sukaaaaaa ....... yeah !! poyo jerk. Yana suka tempat nie sebab dapat makan strawbery dengan coklat yang memang terbaik.


Tengoklah muka puas diatas tue. Tolong jangan meluat erk. hehehhh dengan cuaca yang sejuk, dapat makan strawbery yang masam manis dicampur dengan coklat suam... perhhh sodap !!


Makanan yang menarik perhatian yana untuk makan pada hari itu. Incik hubby tak suka strawbery. So keuntungan berganda buat yana. Makan sampai tak nampak jalan pulang. hehehh


Bil untuk makanan diatas, bolehlah .... sebab sedap dan berpuas hati, so tak berkira sangat ler tentang bil tersebut. Lagipun bukan duit yana ... duit hubby... kikikiii


Di Big Red Strawberry Farm, Cameron Highlands nie kita boleh petik buah strawbery sendiri. 1/2 kilo Rm25. Sekilo Rm50. So yana pilih untuk makan sepuas hati. Tak perlu petik-petik .... just order dan makan. kikikikk

Kalau korang ke cameron highlands jangan lupa singgah di Big Red Strawberry farm nie tau .... cuba rasa strawbery dengan coklat tersebut. Pasti terlupa jalan pulang ... hehehh kidding.





Feb 4, 2013

Cameron Highlands Cactus Farm



! Assalamualaikum !

Cameron Highlands Cactus Farm .... tajuk nak omputeh kan ... hehehh dalam bahasa melayu yana panggil kebun kaktus !! boleh tak?? hentam sajalah ....


kaktus

Wahhhh .... tengok kaktus tue. Menawan kalbu kan ..... tapi kalau terkena jari bisa jugak woo .... Macam-macam jenis kaktus ada. Berbeza warna, bentuk, size ..... macam-macam boleh jumpa. 

Selain pokok kaktus, kat sini pun ada banyak bunga tau. Cantik dan segar semuanya. Cair mata memandangnya. Tapi hanya boleh pandang jerk lah. Kalau nak beli takut membazir pula. Sebab belum sampai melaka dah layu dalam bonet. hehehh

bunga



Ini hanya sebahagian gambar saja. Gambar lain dalam kamera. Yana memang gile bergambar. hehehhh Yana tak beli apa pun kat cactus farm nie. Yana ngan hubby cuci mata dan pernafasan dengan bauan segar kat situ. 

Tak rugi kalau melawat cactus farm kat cameron highlands nie. Sebab harga pokok kaktus dan bunga-bunga kat sini tak lah mahal sangat. Kalau bawak anak-anak pun ok sebab diorang boleh tengok pokok kaktus real dari tengok dalam buku.

So yana sarankan buatlah lawatan ke cactus farm nie kalau sampai ke cameron highlands ok....





Permulaan Di Pagi Hari




! Assalamualaikum !

Selamat pagi ................................ semua

huhhhhhh 

Inilah penyakit yang sukar diubati oleh diri ini. huhuhhh setelah bercuti lama, penyakit malas pun senang datang. erk

Malam tadi yana tak boleh tidur. tak tahu kenapa ..... lebih kurang jam 4am lebih baru mata nie beransur lelap. So ................ pagi nie dah macam panda pun ado. Asyik menguap jerk.

Mengantuk SaNgaT !!! fuhhfuhhhh


mengantok


Wahai kengantukkan ...... main ler jauh-jauh !!

Nak cari Mood ..... nak cari mood


Psssttt ..... nanti akan penuh terhidang ceritera dari cameron !! jangan muak tau .... hehehh


***masih berfikir-fikir mengenai rajuk dan kembali "dotmy" apakah yg terbaik ??? huhuhhh







Jan 21, 2013

Jalan-Jalan Time ...




! Assalamualaikum !

Tetiba hari nie macam takda mood untuk menulis entry. Banyak yang ingin dikongsikan. Tetapi hanya berlegar-legar dalam kepala saja. Semacam tak mahu keluar untuk disampaikan. Hanya mampu mencorak didalam otak saja. hurmmm

Belek-belek blog. Ternampak pulak cerita nie yang tersimpan didalam draft blog. Cerita nie masa krismas hujung tahun 2012 lepas. hehehhh nampak disitu ..... banyak cerita yang hanya tersimpan didalam draft sahaja.

--------------------

Jalan-jalan di Mid Valley Megamall


Setiap kali kami datang kuala lumpur. Rumah adik yana, kat Mid valley nie ler tempat adik yana bawak kitaorang melepak. Memenatkan kaki, betis segala bagai. Alasan dia sebab dekat .... malas nak meredah jem di kota kuala lumpur tue .... weeeekkk nipu lebih adik yana tue. Malas cakap ler .... hehhhh

Cerita nie sebenarnya adalah rentetan dari sambutan hari lahir mak yana. Entry kat SINI

Kami pergi mid valley hari tue untuk cari hadiah mak. Mak nak blender perbagai guna .... hamboi demand nampak .... hehehhh nasib baik tak mintak rantai kapal .... fuhhh

Kitaorang yang perempuan jalan-jalan cari hadiah sambil mencuci mata. Yang lelaki?? heehhh diorang jaga anak-anak seludang ler ..... Habis diorang dera Haziq. Tengok gambar bawah nie .... kesian budak tue.



Tapi dak tecik nie memang ligat berjalan sejak dah dapat kaki .... awak tue baru 1 tahun 6 bulan. Tapi tak boleh nampak budak lain dekat ngan dia. Siap menegur ajak bermain. Haziq ... haziq ....


Gambar bawah nie .... terserlah kecomelan yana. Terkecik antara adik-adik yang lain .... huhuhhhh


Yang bedua bawah nie ..... diorang nak menunjukkan boikot terhadap McD ... konon ler tue. Makan roti bakar kat luar McD jerk. Tapi dalam hati .... terkeliur jugak dengan haruman makanan McD tue ...  poyo jerk kan ....


Bila time dah habis shopping sume. Balik rumah sume terbongkang !! sakit kaki segala bagai. Bukan penat berjalan .... penat ber possing jerk. Ekk elehhh ^^


***Hari-hari seperti ini susah untuk terjadi .... bila dapat berkumpul sekeluarga adalah kenangan terindah buat kami***







Jan 5, 2013

Jalan-Jalan Ke Muar

! Assalamualaikum !

Walaupun berjiran tapi ini adalah kali pertama yana menjejakkan kaki ke muar. Ada yang melayan mestilah sampai. Kalau tak.... Bila ler agaknya yana nak jenjalan kat muar nie kan.

Tak tahu ler apa masalah jiwa hari nie, meronta-ronta nak ke muar. Tujuan sebenar tak tahu pulak. So ajak jerk incik hubby ke muar. Kononnya nak merasa mee siput.

Dengan berpandukan GPS (guna pun sesat), kami ronda-ronda pekan muar. Lepak tepi laut, pantai ... Mall .... Sume kat tepi-tepi jerk. Hehhh hajat nak mencari mee siput tak kesampaian. Melayan GPS jerk, sampai perut dah lapar. So singgah jerk makan kat Muar Soup House. Makan nasi ayam hainan. APTB ... Ngeeee

Kami nak cari kedai makan pun tak tahu arah mana. Macam tak nampak kedai makan jerk kat pekan tue. Hehhehhh

Tak jumpa mee siput ... Erm.. Ada peluang jenjalan lagi kat muar nie... Hehehhh misi memujuk incik hubby perlu diteruskan selepas ini.

Layan jerk lah gambar yang sempat yana snap .... Hehhh :)

Jan 3, 2013

Tako Tao - Sedap ke ??




! Assalamualaikum !



Giler besar gambar tue ... hehehh Korang tahu apa tue TAKO Tao ?? yana pun baru tahu ... ek eleh ... gayat tol erk. kikiki



Tako Tao merupakan makanan dari jepun. Makanan orang jepun lah nie ... yana orang melayu saja nak merasa. Nie gara-gara bisikan syaiton adik yana ler. Dia cakp sedap ... sedap. Huh pantang ler dengar sedap !! mencari ler Tako Tao nie di tahun baru. Gambar tue Tako Chicken & Cheese. 

Tako Tao nie boleh dibeli di kios kat Jusco. Yana beli di Jusco aeon bandar melaka. Fuhhh ... tengok style orang tue masak meleleh air liur nie. Sebab terkesima dengan cara memasaknya. Poyo jerk kan ...

So far .... tekak melayu yana nie boleh terima lah makanan nie. Kalau sushi tue .... susah sikit nak terima tekak.

Dah dapat merasa terdiam ler .... kalau tak mencari jugak 




Allah Selamatkan Kamu



! Assalamualaikum !

Hari nie mula bekerja semula. Walaupun masih rasa sakit ..... huhuhhh Tak tahulah kenapa dengan perut yana nie. Rasa bisa jerk ....

Nie nak cerita kisah yang telah terkumpul sepanjang yana bercuti. Tak dapat menaip ... windu ... hehehh

Ahad lepas 30.12.12 merupakan hari lahir mak yana yang ke ....... 52thn. Alhamdulillah ... mak yana masih diberikan kekuatan tanpa sebarang penyakit.

Surprise kami pada hari itu menjadi !! yeah .... memula pada 29.12.12 kami keluar sekeluarga makan-makan. Kami berada di KL masa tue, rumah adik. Cuma along ngan suami jerk takda. Anak dia kami culik. hehehh Sorang pun buat tak tahu mengenai hari lahir mak.



Tepat jam 12am 30.12.12 kami Surprise !! mak dengan kek dan nyanyian Allah selamatkan kamu di kedai makan yang penuh dengan pelanggan lain. Time tue yana menyorok malu ... kikiki adik-adik lain wat muka tak bersalah tak malu




Bersyukur kepadaNya kerana memberi kesihatan pada mak. Moga mak sentiasa dibawah perlindunganNya ... Amin ... We Love u Mak ^^







Jan 2, 2013

Memories - 2012




! Assalamualaikum !

Fuhhhhhhfuhhhhh ... hokhokkkhokk

fuhhhhhhhhh

Berabuk !! Arghhh .... Hampir seminggu yana bercuti dari ber"blog ... maaf ler .. lupa nak ambil cuti. hehehh Banyaknya nak bayar hutang .. aduhhh ... nanti yana balas kunjungan kalian ya ... terima kasih lawat blog yana masa yana cuti. huhuhuhhh

Walaupun hari nie #Wordless Wednesday# tapi yana nak taip jugak walau tak panjang mana. Nak lepas rinduuu .... lalalalaaaaa 

Entry Mukadimah untuk tahun baru 2013 ... Selamat Tahun baru semua

Mengimbau kenangan 2012. Tahun yang tidak akan dilupakan. Pregnant ---- keguguran. Ermm ... Moga kami diberi rezeki lagi untuk merasai menjadi ibu dan ayah. amin ...




Tahun 2012 juga merupakan tahun yana mula aktif dalam dunia blog ini. Sehingga yana berjaya cashout nuffnang dan says heboh jerk . Tapi yang paling berharga adalah .... yana dapat ramai kawan baru dalam dunia blog nie. Walau tak seramai mana ... tapi menjadi penyuntik semangat buat blog yana. Terima kasih semua !!


Semoga tahun 2013 akan menjadi permulaan dan pengakhiran yang lebih baik dari tahun sebelumnya ... amin ....



Dec 24, 2012

Musim Buah - Owh Durian



! Assalamualaikum !

Cerita weekend yana masih belum habis ... hehehh biasa ler ... kalau cuti kerja, yana tak update blog. Kalau update pun tersangat ler simple .... guna hp terbatas.

Nie cerita durian pulak .. hehehh sabtu malam minggu yana ngan hubby round satu bandar Melaka. Jalan-jalan cari pasal ... biasa ler orang bujang ... hehehh Lebih kurang jam 12.30 tetiba nampak gerai orang jual durian masih belum tutup.

" ermm ..... terasa macam nak makan durian ler ....... "

"makan kat kedai boleh ... nak bungkus bawak naik kete .... NO !! "

"alaaaaa .... malu ler nak makan kat kedai. Tak puas ... nak makan kat rumah ... kusyuk sikit !! "

Hubby pun berhentikan lah kereta kat gerai tue .... kalah lawan cakap ngan yana ler tue ... kikkiiki. Rupanya kedai kawan hubby. Durian sekilo RM9.90. Tah durian apa yana pun lupa .... mata dah nampak durian jerk time tue !!

Kawan hubby suruh beli semua durian tue sebab tinggal bape biji jerk. Lebih kurang 7kilo. Yana kenyit2 mata kat hubby sambil senyum siput !! dalam hati doa mintak-mintak hubby lembut hati dengan kata-kata kawan dia tue. kikiki 

Hubby pun setuju beli semua ... tapi dengan SYARAT !! kopek kulit ... isi letak dalam bekas. Kalau nak tahu ... my hubby nie anti durian !! dia boleh muntah mengalahkan orang mengandung kalau terbau durian. Pengsan pun dia boleh !! kahkah kelakar ler ....


Fuhh !! dapat tiga bekas aiskrim !!! walawehhh ... senyum lebar yana. Tak sabar nak sampai rumah !! siap dapat free gift !! Buah pulasan dengan limau kecik2 tue ... keuntungan berganda yana malam tue .. kikiki


Sampai jerk rumah, Hubby berkurung dalam bilik. Siap spray minyak wangi !! Yana ke dapur mengerjakan DURIAN !! walaupun jam dah menunjukkan pukul 2am !! wahh .. untung mentedarah durian sensorang. Mak ngan adik beradik lain semua takda. Untung .... untung ....











Udang Goreng Tepung



! Assalamualaikum !

Weekend semalam yana jadi isteri solehah !! yeah solehah ler sangat ... hehehhh hari nie nak share apa yang yana masak untuk incik hubby semalam.

Resepi : Udang Goreng Tepung

Bahan Udang Goreng Tepung :-
  1. Udang
  2. Tepung Gandum
  3. Putih Telur
  4. Garam
  5. Lada Sula
  6. Serbuk Kunyit
=======================

Udang Segar

Campurkan semua bahan tadi bersama udang. Jangan terlalu cair (alaaa... macam buat cekodok tue). Goreng udang tersebut dengan api yang sederhana besar.

Udang - setelah dicampur semua bahan

=============================================

Tadaaaaa ....... siap sudah Udang Goreng Tepung untuk incik hubby.


----------------------------------------------------------------------------------

Selepas makan yana buat ler muka nak mintak penampo mintak pujian .... yelah .. bukan selalu yana masuk dapur masak.. opsSss !! pecah rahsia. hehehh Sekali hubby bersuara !!

" Ermm .... udang nie bukan kene buang kulit dia ke?? macamana tepung nak melekat kat isi kulit kalau kulit tak buang ...... "

Huh !! pengsan !! kahkahhh ... tue ler yana excited sangat nak masak sampai terlupa tak terfikir langsung. Padan muka aku !! erk ... tapi nasib baik hubby cakap sedappp ... kalau tak cuti setahun masuk dapur. kikiki





Dec 16, 2012

Kedai Gunting Rambut


! Assalamualaikum !


Selamat pagi .... Bangun ... Bangun .... Matahari dah mencanak atas kepala tue. Huhuhu teringat masa belum khawin dulu. Mak menjerit-jerit kejut bangun. Hehehhh

Tadi baru lepas sarapan bersama hubby tecenta ! Roti canai sadin + roti kosong. Erk .. Banyakkan yana makan. Bukan selalu .... Lalaalaaa

Sekarang yana di kedai gunting rambut. Hubby tengah gunting rambut. Rambut lelaki nie cepat panjang erk. Rasanya baru 3 minggu lepas teman dia gunting rambut. Kat kedai nie juga ....

Lelaki kalau dah biasa dengan kedai @ orang yang mengguntingkan rambut mereka, mereka takkan cari kedai lainkan. Pshhh ... Pakcik kedai gunting rambut nie kan .... Nama manja dia "Boy" !!

Memula yana dengar orang panggil pakcik tue boy, yana tetiba boleh tersengeh sendiri ..... Kikiki pakcik tue nampak muda bila orang panggil dia boy. Erk .... Yana bukan kutuk ler ... Puji jerk.

Ok lah ... Selamat berhujung minggu semua ... Esok dah kerja ... Huhuh

gunting rambut


Dec 13, 2012

Durian Crepe - Jangan Fikir Keuntungan Semata



! Assalamualaikum !



Hari ini yana bukan nak bagi resepi durian crepe atau tips mengenai Durian Crepe yang menjadi kegilaan ramai di musim ini. Hari ini yana nak bagi ceramah sedikit .. erk ... Durian Crepe - Jangan Fikir Keuntungan Semata.

Dah baca tajuk ?? jap kasi repeat lagi sekali ...  Durian Crepe - Jangan Fikir Keuntungan Semata. Hhhaaa ... baru korang tahu motif yana letak gambar durian crepe kat atas tue kan (abaikan muka ala2 rabbit tersebut ....)

Al-kisah ... sebelum nie yana ada share Resepi Durian Crepe DISINI. Tak sangka pula dapat hit yang tinggi angkara durian crepe.. OpssS .. ter off topik pula. Sebelum kali pertama yana nak menjalankan misi membuat durian crepe. Yana perlulah rasa kesedapan durian crepe tue macamana kan. 

So yana pun search kat google. Bagaimana untuk mendapatkan durian crepe nie. Last2 jumpa juga satu blog nie. Dia jual durian crepe di melaka. RM10.00 untuk 4pcs. Fuhh .. tengok gambar memang gebu, Yana pun pergilah tempat yang dijanjikan untuk ambil durian crepe tue.

Balik rumah ... (dalam kereta tahan liur dulu ....) yana, mak dan adik-adik lain makan lah. Incik Hubby ... tak reti makan durian, bau pun dia boleh muntah !! So dia bertapa dalam gua ... kikiki 

Ermm ... hurm ..... erkkkk ..... "apalah ... cream jerk banyak !! baik bagi nama Cream crepe / crepe cream ... itu antara respond dari para perasa yang lain. Macam ujian rasa plak time tue. Tapi memang tak puas hati ler .... nak cakap banyak, benda dah beli ..... halalkan jerk lah. So buat sendiri lagi puas hati kan .....

Kita meniaga nak rezeki yang halal kan .... kalau silap meniaga menanggunglah kita nanti. 

-Sekian -











Dec 8, 2012

Selera tue Penting...



! Assalamualaikum !

Tadi Petang teringin pula nak makan sup panas-panas. Hubby start enjin kereta, bedesup ke destinasi yang biasa kami kunjungi. Kat mana?? Mee hassan, tengkera lah... Mana lagi.

Order mee kuning+mee hoon, air mata kucing suam. Popia goreng sepinggan. Popia basah dah habis pulak.
Pehhh.... Tak padan dengan demam. Hehehhh demam tolak tepi.. Kalau dah teringin, demam pon dah tak terasa.

Popia

tengkera, melaka



Bubur Kasih Sayang .... Wink

! Assalamualaikum !

Selamat pagi semua... Pagi nie bangun dari tidur. En hubby dah masakkan bubur untuk yana. Katanya bubur kasih sayang... Wink. Sila jangan muntah. Hehehehhh

Semalam demam panas. Ingat nak pergi kerja. Tapi bangun pagi, kaki kejang tak boleh bangun, badan panas sangat. Sempat juga hubby tazkirah pagi-pagi buta, "tak payah nak sayang sangat kat kerja, sayang nyawa tue lg baik". Erkk ... Hubby call bos yana. Senang cite.

Ermmm... Sedap juga bubur yang hubby masak nie. Walaupun jarang masuk dapur...heehehee

***update pakai hp jerk nie....

Dec 6, 2012

Payment Says - Terima Kasih



! Assalamualaikum !

Alhamdulillah ... rasanya hari nie rezeki mula menampakkan bayang setelah berusaha. Mana ada rezeki datang bergolek kan?? Tanpa usaha mana ada hasil. Hari nie baru nak buka email hotmail. Rupanya semalam dah dapat email dari says. Tapi tak perasan pulak. Yana dapat Payment advice dari Says.

payment says

payment advice says

Then tadi yana saja online Maybank2u, rupanya duit dah terus ada dalam akaun. Alhamdulillah ... memang memudahkan kerja. Lebih kurang sebulan juga selepas klik button cash out kat Says. Hari nie dah dapat berita. Tak banyak .... Tapi alhamdulillah. Saja blur kan amount tue. Malulah .... hehehh

maybank2u


Hari nie dua kali kan yana post topik nie, yang pertama tadi pendapatan dari Nuffnang (tinggal tunggu cek sampai rumah...). Yana bukan blogger popular .. tapi niat di hati cuma nak naikkan semangat rakan lain yang sama-sama berusaha macam yana. Tolong menolong sesama rakan. Bukan kene buat kerja berat pun kan.. Terima kasih semua ... *** kamu yang berkenaan, "Apa yang penting ?? kerjasama ... " Terima kasih.

Chaiyokkkk





Dec 3, 2012

ABC Tanjong, Di Melaka



! Assalamualaikum !

Sebelum baca entry cuba cuci mata dengan gambar dibawah

ABC


Hari nie nak cerita pasal makanan lagi. Biasalah orang melaka mestilah promot makanan melaka. Korang layan jerklah ok ... hehehhh

ABC Tanjong adalah sebuah gerai makanan yang agak popular juga di Melaka ini. Walaupun nampak seperti gerai jalanan. Tetapi makanan yang ada tidak membataskan kita untuk datang kali yang ke2. Kedai ini terletak di kawasan Tanjung Kling menghala ke Pantai Puteri iaitu lebih kurang 10Km dari Bandar Melaka.

Apa yang istimewanya disini? Hahhh .... tenguk gambar pun dah terliurkan. Itu baru sikit. Kalau nak lebih datang cuba sendiri. Dah nama pun ABC Tanjong mestilah ABC tue yang paling menarik. Selain itu, disini juga ada menyediakan mee kari (memang sedap), nasi lemak, cendol, coconut shake, Oreo aiskrim, western food, satay ..... macam-macam ado ...... 

aiskrim

Jom Jalan-jalan Melaka






Semalam ... Hanya Semalam



! Assalamualaikum !

akad nikah


Semalam merupakan hari ulang tahun perkahwinan yana dan hubby yang pertama. 
Semalam juga menjadi hari gila-gila kami berdua. Kami telah menghabiskan masa "sehari suntuk" menjelajah satu MELAKA. Kami telah menghabiskan masa dengan berborak mengenai perkenalan kami seharian hanya didalam kereta. Kerana ia lebih privacy .... kahkah

Semalam ... Hanya Semalam


Siapa dah baca entry yana sebelum ini "Ulang Tahun Perkahwinan"

Hanya seorang saja yang meneka. Mungkin yang lain tak perasan dengan soalan yana kot .... siapa yang nak mencuba boleh ke entry tersebut. poyo jerk kn ......


*** Sebenarnya tengah kering idea untuk menaip ..... lalalaaaaaaa





Dec 2, 2012

Ulang Tahun Perkahwinan



! Assalamualaikum !

ku ada kamu
02 Dec 2011

YaAllah .. pejam celik genap setahun usia perkahwinan kami. Hari ini adalah Ulang tahun perkahwinan kami. Terasa seperti dizaman bercinta lagi. Masih mekar bunga-bunga cinta dihati kami ... chewahhhhh .... dah mula nak jiwang dak yana nie.

Syukur Alhamdulillah ... Semoga Allah kekalkan cinta hati kami sehingga ke syurga dan memberi kami peluang untuk merasai menjadi ibu dan ayah  ... Amin ...


Jom layan entry Perkahwinan kami --> DISINI

PssSss --> tak dapat nak taip banyak..on9 guna HP. Tunggu hari isnin k. Insyallah :)

Sebelum tue ..... sempena ulang tahun perkahwinan yana. Yana nak belanje seorang yang bertuah untuk dapat topup RM5 ... hehehhh

Soalan : Sila teka dimanakah tempat kali pertama yana dan suami berjumpa (jatuh cinta) ??

Sila komen dibawah ... jawapan yang paling tepat dan terpantas adalah PEMENANG






Nov 26, 2012

Cermin Mata


! Assalamualaikum !

Hari nie nak cerita mengenai kisah cermin mata lagi. Yeah cermin mata / spek!! yang memang sinonim dengan diri yana nie. Kalau takda cermin mata memang gelap lah dunia ku ini ... huhuhhhh sila lihat gambar dibawah -->

glasses

Lihat didalam bulatan yang bertanda merah itu .... huhuhhh patah sudah. Pada pertengahan bulan October (entry Rabun Mata) lepas yana baru tukar cermin dia. Semalam terbang melayang lagi duit poket ku ini gara-gara bingkai spek pula yang patah. Yana terpaksa ke dua tiga buah kedai juga untuk mencari bingkai yang sesuai dengan cermin sedia ada. Kerana tidak semua bingkai sama dengan cermin yang telah ditebuk lubang itu. Hasilnya .. -->

cermin mata tiada bingkai


Lepas nie nak kene tempah cermin mata yang full bingkainya lah ...... untuk keselamatan. Macam gambar kat bawah nie. Ok tak ???

cermin mata






Nov 24, 2012

Banner Dari Mialiana


! Assalamualaikum !

Gembira sungguh hati ini bila ada yang sudi buatkan Banner untuk yana. Yana telah mendapat Banner dari Mialiana. Yelah... kalau dilihat Banner dari hasil tangan sendiri memang jauh ketinggalan.

Yana telah terpilih dari Segmen Banner Gift #3 yang telah dijalankan oleh Kak Mia.

Blogger Mialiana memang seorang yang baik hati dan peramah. Sentiasa melayan follower beliau, tak kiralah yang femos amos hinggalah yang setahun jagung macam yana nie (orang tak kenal pun...). Kalau tak percaya...cuba lah ke blog beliau. Banyak bukti kat situ. hehehhh Terima kasih kak mia.

Cuba tengok hasil tangan Banner dari Mialiana nie. Cantik kan .....




Sudi-sudilah letak Banner yana nie diblog korang. Kita boleh Exchange Banner kan ... Kalau dah letak komen kat box. Nanti yana letak Banner korang di Pages khas yang telah yana sediakan Disini.

Terima Kasih Kak Mia





PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...